Patung Porcelain (Part 10)

12 0 0
                                        

<Rumah Jeremy> Jeremy mula bermimpi... Dalam mimpi itu Jeremy melihat kelibat seorang perempuan yang memakai gaun putih berdiri berhampirannya...muka perempuan itu tidak begitu jelas, namun Jeremy merasakan yang dia mengenali perempuan itu.. Tiba-tiba perempuan itu pun bersuara.. "Hi grumpy, I'm so glad that you're okay" kata perempuan itu sambil tersenyum manis, Jeremy tersentak dan muka perempuan itu kelihatan semakin jelas...rupanya perempuan itu adalah Kim, rupanya sangat berseri-seri. "What's wrong grumpy? Kenapa diam?" soal Kim, Jeremy masih mendiamkan diri... Lalu Kim pun menghampiri Jeremy dan berbisik ditelinganya.. Air mata Jeremy mengalir dengan deras sehingga membasahi pipinya... "Kim!" Jeremy menjerit lalu terbangun dari tidur. Jeremy pun menyentuh pipinya yang basah itu.."Kim.." kata Jeremy sambil menutup mata..

Keesokkan harinya Jeremy pun bangun lalu duduk di katilnya, Jeremy masih terbayang tentang mimpinya semalam.. "Terima kasih Kim.. " kata Jeremy sambil menutup mata dan menyentuh dadanya. Jeremy pun bangun dari katil dan terus ke bilik mandi.. Jam menunjukkan 8.30 pagi, Jeremy pun bergegas ke balai polis.

<Balai polis Georgia> Setibanya Jeremy di balai polis, Jeremy pun bergegas pergi ke bilik bedah bahagian forensik. "Selamat pagi tuan Jeremy, selamat bertugas semula" forensik itu menyapa Jeremy, "selamat pagi, boleh tak kamu tunjuk pada saya evidence yang kamu jumpa dalam kereta arwah Kim?" kata Jeremy. Forensik itu pun mengambil bukti itu lalu memberinya kepada Jeremy, "terima kasih, biar saya bawa evidence ni ke pejabat saya" kata Jeremy lalu beredar dari situ. Setibanya di pejabat, Jeremy pun mula menyusun bukti-bukti itu di meja kerjanya. Jeremy mula memeriksa bukti itu satu persatu sehinggalah Jeremy tergerak hati untuk melihat beberapa helai kertas yang terkumpul didalam plastik evidence itu. Jeremy pun membuka plastik itu lalu melihatnya, dikertas itu ada tertulis sesuatu lalu Jeremy pun mula membacanya. Setelah membacanya Jeremy pun mula faham dengan semua kejadian-kejadian ini, "now I understand all of this..I'm going to end this now" katanya. Semasa Jeremy bangun dari kerusi dia perasan ada benda yang berkilau disalah satu plastik evidence itu, bila Jeremy mencapai plastik itu Jeremy dapati ada nama Kim tertulis diatas plastik tersebut. Benda yang berkilau itu merupakan seutas rantai yang memiliki huruf K, Jeremy pun mengengam rantai itu.. "Kim, I'll do this for you" katanya lalu keluar dari bilik itu. Ketika Jeremy hendak keluar dari balai polis tiba-tiba seorang perempuan meluru kearahnya, "Jeremy! Jeremy! Please help!" jerit perempuan itu. Jeremy melihat kearah perempuan itu, rupanya perempuan itu adalah Nana.. Kelihatan Nana yang masih berpakaian pesakit, "Jeremy! Kim is gone! She is dead!" kata Nana sambil menangis, "it was that doll!! It was Mary who killed her!" jerit Kim lalu Jeremy cuba menenangkan Nana lalu memeluknya. "I know..I know.." jawap Jeremy lalu menceritakan semuanya kepada Nana, "sekarang apa yang harus kita buat ialah kita harus pergi ke Jerman" jelas Jeremy, mereka pun masuk ke dalam kereta dan terus jalan.

<Lapangan terbang Ghibli> Setibanya mereka dilapangan terbang itu, Jeremy pun membeli tiket untuk dirinya dan juga Nana. "Nana, ini duit pergi beli pakaian..cepat tau" kata Jeremy. Lalu Nana pun bergegas mencari kedai yang menjual pakaian, setelah membeli pakaian Nana pun masuk ke tandas lalu menukar pakaiannya. "Pengumuman, pernebangan ke Jerman akan berlepas sebentar lagi..sila masuk ke gate yang bernombor 5, terima kasih" Jeremy dan Nana pun masuk bersama ke gate bernombor 5 dan tidak lama kemudian mereka pun berlepas... Semasa berada diatas kapal Nana mendiamkan diri sambil melihat kearah luar tingkap, "Hey, do you want something to eat?" soal Jeremy namun Nana hanya mendiamkan diri. Pramugari pun menghampiri tempat duduk Jeremy dan Nana, "hello sir, how may I help you? Do you want something to eat or drink?" soal pramugari itu. "Please give me two sandwich and two mineral water" jawap Jeremy. Pramugari itu pun memberi sandwich dan mineral water kepada Jeremy, "nah ambil ni dan makan, saya faham kamu tengah sedih tapi kena jaga kesihatan..nanti kalau pengsan saya yang susah tau!" kata Jeremy sambil menghulurkan sandwich dan mineral water kepada Nana lalu mereka pun makan bersama. Sejam telah berlalu.. Jeremy pun sibuk menulis laporan siasatannya, "rupanya patung itu marah kerana terpisah dari tuannya, dan.. " belum sempat Jeremy menghabiskan kata-katanya itu Jeremy merasakan lengannya ditindih dan bila Jeremy menoleh..dia melihat kepala Nana yang menyandar pada lengannya. Jeremy ingin mengerakkan lengannya namun setelah melihat Nana yang tidur lena itu, Jeremy pun membiarkan saja lalu menyelimutkan badan Nana mengunakkan jaketnya. Pernerbangan ke Jerman mengambil masa 15 jam lalu Jeremy pun berehat dan tertidur..

<Jerman> setelah mendarat di Jerman, "bangun! Kita da sampai ni!" kata Jeremy lalu Nana pun bangun dan mereka berjalan bersama keluar dari kapal itu. "huaarrgghh.." Jeremy menguap sambil meregangkan lengannya, "pertama, kita harus mencari hotel dahulu lepas itu baru kita pergi bersarapan" kata Jeremy lalu mereka pun menaiki teksi dan meneruskan perjalanan.
Setibanya disebuah hotel, Jeremy pun pergi ke kaunter untuk mendaftar masuk bilik hotel. "Excuse me miss, I would like to check in a room with two single bed please" kata Jeremy kepada pekerja di kaunter tersebut. Perempuan itu pun memeriksa komputernya lalu berkata kepada Jeremy, "I'm so sorry sir, there were only one room left and it has a queen size bed" jawap perempuan itu. Jeremy mengaru kepala sambil berfikir...akhirnya Jeremy terpaksa menyewa bilik yang hanya mempunyai satu katil bersaiz queen itu. Jeremy dan Nana pun masuk ke dalam bilik, "you can clean yourself up and nanti kita pergi bersarapan" kata Jeremy lalu Nana pun masuk ke dalam bilik mandi.
"Waahhhh...sakitnya kepala!" jerit Jeremy lalu baring di atas katil, setelah Nana selesai mandi dia pun keluar dari bilik mandi dengan hanya memakai tuala. "Ermm..Jeremy, giliran kamu lagi mandi saya dah siap" kata Nana lalu berjalan kearah bilik khas tempat menukar pakaian dan semasa Nana berjalan...Nana tertendang kaki kerusi yang berada dekat dengan katil itu. Lalu Nana pun terjatuh... "Aaaahh!" jerit Nana lalu sepantas kilat Jeremy bertindak menyambut Nana dari jatuh ke lantai. "Are you okay?" soal Jeremy dan Nana hanya mendiamkan diri sambil melihat kearah Jeremy.. Tanpa disedari Jeremy pun perlahan-lahan mendekati bibir Nana, ketika dia cuba untuk mencium Nana.. Tiba-tiba Jeremy teringat tentang Kim dan semua kejadian itu lalu Jeremy menolak Nana ke atas katil dan terus berpaling kearah lain, "we come here to find the truth and we should go and eat breakfast!" katanya lalu masuk ke bilik mandi. Nana terdiam membisu lalu teringat tentang sahabat karibnya Kim.. Memori indah bersama-sama Kim masih segar di ingatan Nana.. Nana tersenyum apabila dia teringat tentang Kim yang suka mengurat jejaka yang kacak dan telatah Kim yang mencuit hati.. Nana ketawa sendiri dan tiba-tiba air mata mengalir membasahi pipi Nana.. Kesemua kenangan itu membuatkan Nana merasa sangat sedih kerana Nana tahu yang Kim tidak akan kembali lagi.. Nana pun menangis sekuat hati.. Selepas Nana merasa sedikit tenang, Nana pun memakai pakaian yang dibeli semasa berada di lapangan Ghibli itu. Jeremy pun sudah siap berpakaian casual lalu mereka berdua pun turun dan bersarapan bersama-sama.

Selepas selesai bersarapan, Jeremy pun membawa Nana menaiki teksi dan pergi ke satu tempat. "Okay saya dah cari kat google, tempat yang saya nak bawa kamu ni ialah tempat di mana Molly Peterson pernah diami" jelas Jeremy. "Patung porcelain itu marah kerana terpisah dari tuannya Molly, sebab itu ia melakukan semua ini" jelas Jeremy lagi. Jeremy memberitahu Nana semua maklumat tentang patung itu lalu Nana pun berkata kepada Jeremy, "sebelum saya beli patung tu, saya pernah nampak kelibat seorang budak perempuan dan dia cuba memberitahu saya sesuatu" jelas Nana lalu berkata lagi " selepas saya ternampak kelibat budak itu, saya mengalami mimpi yang yang sangat buruk.. Budak itu marah lalu mencekik leher saya" kata Nana. Jeremy mulai memahami semua hal ini dan dia pun sudah dapat jawapannya. "Nana, saya rasa saya dah faham dan saya minta kamu hubungi Ruben.." kata Jeremy.

<The Orphanage house> tidak lama kemudian, mereka pun sampai... Mereka turun dari teksi dan berdiri di hadapan pagar yang sangat besar. Ketika mereka masuk ke dalam kawasan itu, Nana melihat rumah yang sangat besar namun kelihatan usang. "Okay, mari masuk kedalam" kata Jeremy lalu mereka pun menghampiri pintu depan rumah itu dan mengetuknya.. "Tok..tok..tok!"... Tiba-tiba pintu itu terbuka dan mereka melihat seorang perempuan tua membuka pintu itu, "hello, you must be Jeremy Miller" kata perempuan itu lalu perempuan itu pun menjemput mereka untuk masuk kedalam. Nana dan Jeremy pun melangkah masuk ke dalam rumah......

Patung Porcelain Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang