Lalu Nana perlahan-lahan membuka pintu, "Selamat pagi cik, saya dari skynet" jawap pekerja skynet. Rambut Nana kelihatan serabai dan memakai pajamas pikachu serta mukanya pucat lesu, Nana pun mengambil barangnya itu dari pekerja skynet tadi lalu masuk ke dalam apartment. Nana memegang bungkusan yang sederhana besarnya lalu Nana membaca alamat yang tertulis di bungkusan itu, "Ohh.. Rupanya patung yang saya oder dari Ebay" katanya. Nana membuka bungkusan itu dan mendapati ia sebuah patung BJD(ball joint doll) dari Amerika, Nana pun meletakkan BJD itu disebelah patung porcelain yang baru di beli semalam. Tiba-tiba Nana tergerak hati untuk melihat patung porcelain itu dan Nana perasan ada secebis kertas kecil yang diletakkan di dalam poket patung itu, Nana pun memegang kertas itu lalu membacanya "This is Marry, she is my bestfriend and I love her". Nana tertanya-tanya siapakah yang menulis nota itu, lalu di hujung nota itu ada tertulis "owner of the doll is Molly". Lalu Nana memusingkan nota itu kebelakang dan melihat ada tertulis tahun iaitu tahun 1960, "ini mesti tahun patung itu dibuat dan patung ini diberi nama Mary" kata Nana dalam hati. Selepas itu Nana pun masuk ke kamar mandi, setelah selesai bersarapan Nana pun membuka laptopnya sambil memeriksa jualan kosmetiknya di Facebook.Jam menunjukkan 10.30 pagi, Nana terasa bosan lalu terfikir untuk menelefon Kim ajak berborak. "Apa agaknya Kim buat dalam masa-masa macam ni?" soal Nana. Lalu Nana pun menelefon Kim, akan tetapi berkali-kali Nana telefon tapi tak diangkat. "Rasanya Kim pergi dating kot? Maklumlah hari ni kan hari sabtu" katanya sambil tersenyum. Kemudian Nana membuka laman web google dan mencari produk-produk mekap yang menjadi kegilaan wanita sekarang agar dia dapat menjual produk tersebut di pagenya itu, setelah selesai Nana pun menyediakan makanan tengah hari.
"Bukk!!" kedengaran bunyi benda jatuh dari bilik tempat Nana menyimpan koleksi-koleksi patungnya itu. Nana pun cepat-cepat masuk ke dalam bilik itu, rupanya patung BJD tadi telah jatuh ke lantai. Nana pun mengambil BJD itu dan menyimpannya semula ke tempat asal, lalu Nana pun berjalan keluar dari bilik itu dan duduk di atas sofa sambil menonton televisyen.
Tak sampai pun beberapa minit, "Bukkk!!" sekali lagi kedengaran bunyi benda yang jatuh dari bilik yang sama. "Angin kot tiup sampai jatuh barang-barang kat bilik tu" katanya dalam hati, Nana pun masuk semula ke dalam dan melihat patung BJD tadi jatuh ke lantai. Nana tidak berfikir panjang lalu mengambil BJD itu dan meletakkannya semula ke rak bersebelahan dengan patung porcelain. Saat Nana pusing dan hendak keluar dari bilik itu, tiba-tiba.......Pintu bilik itu tertutup dengan sendirinya, Nana membuka pintu itu namun tidak berjaya sama sekali. "Apa hal ni?" katanya, Nana berusaha sekuat hati membuka pintu itu namun tetap tak dapat dibuka.
"Nana.... Nana.... Hahahahahhahaha.." kedengaran suara budak kecil memanggil Nana, seterusnya Nana perlahan-lahan menoleh ke belakang, saat Nana pusing ke belakang tiba-tiba patung porcelain yang bernama Mary itu berdiri betul-betul di hadapannya. Nana tercengang dan ternganga mulutnya, muka Nana menjadi pucat... Mata Nana terbuka luas dan peluh mulai mengalir dengan derasnya seluruh muka. "Ini mustahil!" Nana berteriak, rupa patung porcelain itu mula berubah. Mukanya menjadi bengis dan darah mula mengalir keluar dari kelopak mata patung itu serta gaun patung itu juga berlumuran darah. "Nana.....Nana.....!!" patung itu bersuara memanggil Nana tapi kali ini dengan nada yang sangat marah, "Apa yang kamu nak dari saya?!" kata Nana dengan suara berteriak. Badan Nana mula bergigil dan patung itu mula berjalan dengan sendirinya menghampiri Nana, kedua tangan patung itu kelihatan terangkat ke atas dan mula nak menerkam Nana.
Nana kuatkan hatinya berdiri lalu lari sekuat hati ke pintu bilik lalu menendang-nendang pintu tersebut. "Tolong! Somebody please help me!" jerit Nana sambil menangis meminta tolong, disebabkan terlampau takut Nana pun pengsan."Nana..?? Nana bangun!!" kedengaran suara yang memanggil-manggil Nana,
"Nana!! Bangun!!" sekali lagi Nana mendengar suara itu. Setelah beberapa minit, Nana pun mulai sedar dan perlahan-lahan Nana membuka matanya. "Kamu da bangun, risau saya tau!" kata Kim yang berada disisinya ketika Nana pengsan. "Saya kat mana ni?" soal Nana kepada Kim, "Saya call kamu tapi tak jawap, lepas tu saya datang lah kat apartment kamu lepas tu saya ketuk pintu kamu tak buka, lalu saya mengambil keputusan panggil pak guard suruh buka pintu ni" jelas Kim kepada Nana sambil menangis. Kim pun perlahan-lahan memegang tangan Nana dan membawa Nana duduk di sofa, "Nah, drink this water" kata Kim kepada Nana lalu Nana pun mengambil gelas itu dan minum. Nana mulai melihat sekeliling seperti mencari sesuatu, Kim merasa hairan dengan sikap Nana lalu menanya Nana "What's wrong girl? Apa yang kamu cari?". Nana seperti tidak mendengar kata-kata Kim itu dan terus melihat sekeliling lagi, lalu Kim menepuk bahu Nana dan sekali lagi bertanya "What's wrong? Apa yang kamu cari sebenarnya? You can tell me about it". Nana menunduk kepalanya lalu menangis, Kim bimbang dengan keadaan Nana lalu Kim pun memeluk Nana sahabat karibnya itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Patung Porcelain
HorrorCerita ini bermula apabila seorang wanita yang bernama Nana membeli patung Porcelain dari sebuah kedai antik.. Sejak Nana membawa patung itu balik ke rumah, banyak hal-hal yang pelik berlaku.. Adakah Nana akan membuang patung porcelain itu atau....??