Ketika Ruben hendak menelefon polis, telefonnya tiba-tiba ada suara budak yang sedang menyanyi "you are my sunshine...my only sunshine...you make me happy.....". Ruben menekan-nekan butang telefonnya agar suara itu berhenti namun suara itu semakin kuat bernyanyi... Nana menutup telinganya tetapi suara itu dapat menembusi telinga Nana yang tertutup....Suara budak itu tiba-tiba bertukar menjadi suara yang sangat menakutkan, semua barang-barang Nana di meja mahupun di kerusi semuanya berterbangan diudara lalu jatuh ke lantai... "Praaannnggg!!" bunyi benda berjatuhan dan hancur berkecai... Ruben memeluk Nana demi melindunginya dari terkena barang-barang yang berjatuhan itu.. "Cik Nana, bersedia untuk keluar dari rumah ni!" kata Ruben sambil memegang tangan Nana dan bersedia untuk berlari kearah pintu depan...mereka berdua pun mula berlari sekuat hati hingga sampai ke depan pintu, lalu Nana cepat-cepat memasukkan kunci ke tombol pintu. Berkali-kali Nana terlepas kunci dari tangannya kerana Nana sangat ketakutan lalu Ruben mengambil kunci itu dan memasukkannya semula ke tombol pintu... "Kachak!!" bunyi pintu terbuka lalu Ruben pun menarik tangan Nana dan membawanya keluar dari apartment itu.
Mereka berlari sekuat hati menuju ke pondok security guard apartment itu... "Pak.. Pak guard..." nafas Ruben terputus-putus kerana penat berlari bersama Nana, "Kamu kenapa ni? Apa hal?" kata pak guard itu. Ruben pun menarik nafas dan menenangkan hatinya seketika lalu berkata "Pak guard, boleh tolong telefon polis tak? Ada sesuatu yang terjadi di apartment nombor 005!" sambil mendongak melihat apartment Nana. Kelihatan kelibat lembaga kecil berdiri di tingkap apartment Nana... Lembaga itu melambai-lambai kearah Ruben dan Nana... "Encik, boleh tak saya tau apa yang terjadi sebenarnya?" soal pak guard itu lagi, "pak guard just call polis..saya tak tau macam mana nak jelaskan semua ini?" jawap Ruben yang masih dalam keadaan bingung. Pak guard itu pun menelefon polis lalu menyuruh Ruben dan Nana menunggu dipondoknya itu...
Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi siren polis, "hah..polis dah sampai, tenang ye" kata pak guard kepada Ruben dan Nana. Polis pun masuk ke dalam apartment Nana dan mula membuat pemeriksaan, "tenang ye cik Nana, everything will be fine" pujuk Ruben. Setelah beberapa jam menyelongkar dan menyiasat serba sedikit tentang situasi ini, polis pun menghampiri Nana "cik, boleh tak datang ke balai untuk memberi keterangan lebih lanjut lagi tentang kes ini?" soal polis. Nana pusing melihat Ruben lalu berkata kepada Ruben "boleh tak kamu pun ikut saya ke balai?" soal Nana, Ruben menganggukkan kepala lalu mereka pun masuk bersama ke dalam kereta polis. Setibanya di balai polis mereka pun membuat laporan dan menceritakan semua yang terjadi. "Kami akan menyiasat lebih lanjut lagi tentang kes ini, kalau boleh kamu jangan masuk ke apartment itu buat masa ini boleh tak?" jelas inspektor itu. "Ini kad saya, kalau ada apa-apa yang terjadi sila call saya ye" ulas inspektor itu lagi. Ruben pun mengambil kad itu dan membawa Nana keluar dari balai polis, "terima kasih tuan..." belum sempat Ruben menghabiskan ayatnya inspektor itu menyampuk "panggil Jeremy dah cukup" kata inspektor tadi. Selepas selesai membuat laporan, Ruben pun menelefon uber untuk membawa Nana balik ke rumahnya.
Setiba di rumah Ruben, Nana masih terdiam membisu kerana masih trauma akan kejadian itu.. "Cik Nana, don't worry...you're okay now" sambil memeluk Nana, beberapa minit kemudian Nana mula tenang, "Ruben, tak payah lah panggil sya cik Nana lagi..panggil je Nana dah cukup" sambil tersenyum melihat Ruben, "Okay Nana yang comel..." jawap Ruben. Mereka pun berbual seketika...tiba-tiba Nana teringat tentang ciuman Ruben yang hangat itu lalu mukanya mula merah seperti tomato, "kenapa ni cik...eh..Nana? Kamu demam ke?" kata Ruben sambil menyentuh dahi Nana. "Tak...saya okay je" sambil Nana berpaling kearah lain, Ruben tersenyum melihat gelagat Nana lalu Ruben mencium dahi Nana.. "Eh..?" kata Nana dan mukanya bertambah merah.. "I really mean what I said before..that I love you" kata Ruben dengan riak muka yang serius melihat Nana.... "But Ruben..." belum sempat Nana menghabiskan ayatnya Ruben pun memegang muka Nana lalu mencium bibirnya.. Malam itu menjadi malam yang sangat bermakna buat Nana dan Ruben....sehingga Nana terlupa akan kejadian itu seketika... Mereka berdua pun tidur bersama di bilik milik Ruben.
ANDA SEDANG MEMBACA
Patung Porcelain
TerrorCerita ini bermula apabila seorang wanita yang bernama Nana membeli patung Porcelain dari sebuah kedai antik.. Sejak Nana membawa patung itu balik ke rumah, banyak hal-hal yang pelik berlaku.. Adakah Nana akan membuang patung porcelain itu atau....??
