Part 1 - Permulaan

1K 10 1
                                    

  Disebuah Desa yang agak terpencil tinggal seorang remaja lelaki berumur linkungan dalam 20an.Kehidupannya agak sederhana dan mempunyai keluarga yang sempurna..Zahrul nama nya dan digelar Ah Chai,mungkin kerana kehidupannya yang selalu hidup dan rapat dengan seorang lelaki cina dewasa bernama Ah wong.
    Kwan-Kwan memangil nama pendeknya chai,dengan keadaan tubuh dan raut wajah nya putih serta berambut hitam dicmpur coklat menyebabkan jika sekali pndang melihat dia seperti cina.Chai juga adalah seorang yang mudah bergaul,tetapi tidak mudah mempercayai orang lain.
Ibu chai adalah seorang suri rumah mana kala ayahnya seorang anggota polis.Hidup adik beradiknya sentiasa di kawal ketat oleh siayah.Ayah mana tidak sayangkan anak,semestinya inginkan yang terbaik untuk anak-anak,bagi chai pula apa yang ayahnya lakukan adalah satu konkongan dalam hidupnya.Baginya hidup yang sempurna adalah kebebasan yang tiada sekatan.

"Hei chai,lu sini sikijap"tegur ah wong apabila melihat chai sedang duduk debalik kotak-kotak tempat kerjanya.

"kenapa wong?"balaa chai,sambil bangun dan menghampiri

"lu tolong,baca ini apa tulih.Gua tak pandai baca"

"haiyaa,,tu la..dulu suruh pergi sekolah u lari,"balas chai smbil mengambil kertas ditangan ah wong.

Ah Wong adalah lelaki tua berumur dalam ligkungan 50an.namun mempunyai susuk tubuh yang masih kuat,mungkin kerana kerajinan dia bekerja dan hidup susaah membuatkan dia masih kuat.

"Hey lu orang buat apa,ular ka?",Tiba-tiba satu suara mengherdik mereka yang sedang sibuk berbual.apa bila di toleh kelihatan iwan dibelakang sambil ketawa.

"Cilaka lu,wa ingat siapa tadi."balas ah wong apa bila melihat iwan yang mengherdik merek,manakala chai hanya tersenyum.

iwan adalah sahabat chai.mereka sentiasa bergerak kemana-mana bersama.dan mereka juga merupakan rakan sekerja.Mereka bekerja disebuah syarikat transport penghantaran barang,Ah wong adalah seorang supervisor,manakala chai dan iwan hanya loadig barang.Selepas barang2 sudah diturunkan dari satu lori kontena,merekalah yang tukang pecah-Pecahkan mengikut zon dan mengangkat barang-barang itu ke lori-lori kecil.selepas siap semua maka siaplah kerja mereka,jika awal siap maka awal lah mereka boleh balik.

Mereka bekerja hanya dua jam sehari,bermula dari pukul 4pagi hingga siap loading pukul 6pagi.Sehingga lupa akan waktu solat atau memang melupakan,kerana chai hanya solat ketika dihadapan kedua ibu bapa mereka.jika asa peluang untk menipu dalam solat dia akan melakukannya.

"Lu olong mau balik ka mau salapan?"tanya ah wong setelah melihat chai dan iwan mula memanaskan engin motor.

"sarapan lah,lapar wooo"jawapan iwan sambil mengosokkan perut nya.

"dekat mana"tanya ah wong lagi.

"tempt biasa la,warung simpang depan tu"balas chai pula sambil helmet disarungkan kepala.
Chai dan Iwan terus memecut motor mereka ke destinasi seterusnya,sampai shaja mereka diwarung,kelihatan masih banyak meja kosong dan seperti biasa mereka akan memilih meja paling jauh dari riuh kedai dan agak terpinghir sedikit supaya senang untk mereka berbual,
Setelah mereka melabuhkan punggung ke kerusi,datang pelayan warung mengambil pesanan.

"Wei chai ko tak rasa nak cari kerja lain"tiba-tiba iwan bersuara,selepS pelayan beredar.

"tak tau lagi,kenapa?"tanya chai yang pelik dengan soalan iwan.

"kau rasa cukup ke gaji kita ni?"

"buat masa ni aku rasa cukup la,rokok n makan minum serta minyak motor"

"masa depan lak?"

"Hurm"hanya itu yang mampu chai balas,mungkin betol kata iwan.
Apa yang iwan katakan adalah betul,gaji mereka rm950 sebulan.tetapi dengan keadaan ekonomi semasa malah ditambah dengan kehendak hawa nafsu angka itu kadang-kadang tidak mencukupi.

SAKARATULMAUTWhere stories live. Discover now