Part 10

70 4 0
                                    

    Setelah pangilan namanya sepi tiada lagi, Perlahan-lahan chai duduk sambil mengusap dadanya sendiri,umpama memujuk dirinya sendiri.Nafasnya semakin pulih,tubuhnya semakin bertenaga kembali.Namun mata chai masih melilau melihat sekeliling tetapi kosong,hanya angin malam menyapa.Chai bangkit lalu mengambil wuduk dan menunaikan solat tahjut,dia teringat akan pesan ustaz kepadanya tempoh hari sewaktu duduk dikoridor.

   "Jika kamu terjaga disepertiga malam,bangun dan lakukan lah solat tahjut,semoga Allah mendengar doa mu,"pesan ustaz,tidak pernah dilupakan chai.Dalam solatnya chai hanya memohon agar diberi peluang dan kesembuhan,kerana dia sedar dan tahu dirinya semakin teruk dikikis penyakit misteri.Hening malam itu yang selalu sunyi sepi kini terdengar suara tangisan seorang lelaki.sesekali tangisan itu diam kemudian kembali semula.

    Tanpa chai sedari dia tertidur disejadahnya,mungkin kerana penat menangis.Pagi itu tiada apa perubahan yang dirasai oleh chai pada tubuhnya,dia mulai rasa bahawa peluang untuk dia sembuh sudah tiada.Chai melakukan rutin harian seperti biasa,kerja serta semua hariannya dilakukan Cuma di tambah dengan solat dan tidak mensia-siakan waktu yang terluang.setiba je malam pasti akan mendebarkan bagi chai,hidupnya akan jadi tidak menentu,takut pada sesuatu yang tidak diketahui,tetapi dia inginkan masa ini berlalu pantas,sehingga dia tidak tahu bahawa dia sakit sudah lama dan melalui kesakitan jiwa ini terlalu lama.Hari ini hari kedua chai dapat melakukan apa yang disuruh oleh ustaz,dan semuanya berjalan dengan baik.Selepas solat isyak chai mengambil senaskah buku tertulis ( Yassin ).Perlahan-lahan dibuka lalu dibaca dengan tenang setiap ayat didalam kitab itu dibaca sekali maksudnya,sehinggalah sampai ayat  "Inama Amruhu Idza Arada Sya'ian An Yaqula Lahu Kun Fayakun"(QS. Yasin: 82) dan chai membaca maksudnya : " (Sesungguhnya urusannya-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah ia," Qs. Yasin:82).Selepas membaca maksud ayat ke 82 surah yassin itu, jiwa chai tersentak bagai ditampar hebat.Selama ini chai masih menganggap sihir yang dilakukan kepada hebat dan kuat,sedangkan semua itu atas izin Allah juga.Bacaan diteruskan hingga habis.

   Chai mengambil keputusan untuk tidur diatas sejadah sahaja,sebelum tidur dia melakukan apa yang harus dilakukan dan berdoa harap dia mampu lena hingga ke pagi.

"Azrulll.....Azrulllll...!!!!"-Suara garau memangil chai seakan sedang marah,

Chai tersentak dari lelapnya,baru sahaja matanya ingin rehat lama tetapi telah dikejutkan dengan herdikan memanggil nama nya,Chai terus duduk sambil melihat sekelilingnya,tiada apa-apa yang ada,baru sahaja dia ingin membaringkan tubuhnya kembali,

"Azrull...!!!!"-herdikan ini lebih kuat dari tadi,membuatkan chai menjadi takut,

"Siapa..?"-chai cuba memberanikan diri bertanya.

     Sunyi........Tiada jawapan mahupun herdikan lagi,chai bangun dari duduk untuk melihat dibahagian ruang tamu,tetapi tiada sesiapa yang dilihat,chai tidak terus mengalah disitu dia nekad kali ini untuk mencari siapakah yang memanggilnya,chai ke ruang koridor rumahnya namun sama juga,tiada sesiapa.Chai mengambil keputusan untuk keluar ke kedai makan mamak untuk menghilangkan ketakutan yang dialami,dan cuba mencari ketenangan,dompet yang terletak diatas meja ruang tamu di capai,tetapi handfone didalam bilik tempat dia terlelap tadi tidak diambil,mungkin bagi chai tiada gunanya membawa fone,kerana dia ingin kan ketenangan tanpa gangguan.
   Sampai dikedai makan chai melihat gelagat manusia satu persatu,ada yang sedang duduk tertewa bersama teman-teman,ada yang sedang bermesra dengan kekasih,ada yang sedang duduk termenung sendirian,"Mungkin dia ada masalah juga,seperti aku"bisik hati chai sendirian apa bila melihat seorang lelaki sedang duduk termenung.Tetapi kebanyakkan manusia yang ada pada waktu itu sedang sibuk bermain handfone.

   "Hisshhh mamak ni,tolak rezeki ke...aku dah alma duduk sni tak nak oder ke.."hati chai merunggut sendirian.Sedang chai merungut sendirian dia terlihat seorang kanak-kanak lelaki duduk ditepi jalan berhampirannya,dari gaya serta wajah kanak-kanak itu,chai dapat meneka dia berumur dalam lingkungan 9 tahun.Kanak itu melihat tepat kearah chai tanpa berkedip,chai memanggilnya namun tidak dihiraukan malah kanak-kanak itu terus melarikan diri.
   "Arghhh..budak-budak zaman sekarang"..chai bermonolog sendirian,dia menganggap kanak-kanak umur begitu di Bandar pesar itu tidak mengherankan,jika dikampung halamanya,pasti kanak-kanak itu akan dimarahi oleh ibu bapanya atau mungkin tidak lagi dibenarkan keluar selewat itu.Jam pun sudah menunjukkan pukul 2:30am tetapi masih tiada seorang pun pelayan mamak tu melayan chai.Dengan perasaan hampa dan separuh marah chai bangkit dari kerusi lalu pulang ke rumah,kerana matanya pun sudah mengantuk
   Setiba dirumah baru chai ingin melabuhkan tubuhnya disofa.Kringggg......Kringgg......tiba-tiba Handfone chai berbunyi,tetapi kali ini dia tidak mahu masuk kebiliknya semula.Kerana bimbang jika itu semua adalah gangguan misteri.Chai teruskan hajat membaringkan tubuhnya disofa,sambil membaca ayat-ayat suci al-quran yang disuruh akhirnya chai terlelap dalam kesunyian dan mungkin kepenatan setelah penat berjalan kaki pulang dari kedai.
   Allahhh hu akhbarrr.....~~,Azan subuh sudah berkumandang manakala chai baru terjaga,lena sungguh dia hari itu,selalunya sebelum azan dia sudah terjaga,tetapi kali ini dia terjaga setelah azan berkumandang.Chai terus bangun lalu jalan ke biliknya untuk mengambil tuala,setelah pintu bilik dibuka dan chai melihat kearah sejadahnya.

"Allahhhhhhhh..."-Chai separuh menjerit sambil tubuhnya longlai terduduk jatuh,kaki lututnya lemah,anggota tubuhnya mengigil

SAKARATULMAUTWhere stories live. Discover now