Part 9

51 2 0
                                    

    Setelah hampir 5 minit chai sujud tekun,akhirnya dia bangun duduk tahiyat akhir.Selesai solat subuh itu,chai terus kehadapan dan melihat ah wong serta dua lagi kawannya sedang lena di ulit mimpi.Ustaz pula sudah tidak kelihatan mungkin sedang menunaikan solat di bilik satu lagi yang terbiar kosong.Chai terus keluar di koridor menghirup udara segar pagi dan masih dalam keadaan gelap.

"Assalamualaikum,jauh termenung...apa yang dimenungkan?? Ibu dan ayah??"-tiba-tiba ustaz muncul dari pintu koridor sambil keluar duduk disebelah chai.

"Dosa"-chai menjawab ringkas...

"Kenapa itu yang kamu menungkan..?"-ustaz mengajukan soalan cuba memahami jiwa chai tika itu.

"Saya banyak dosa ustaz,mungkin sebab tu Allah menguji saya sebegini...sejak saya kerja sni saya tidak pernah solat..tadi la baru pertama kali saya solat di sini,saya sebenarnya tiada hala tuju ustaz."

"kamu tahu apa yang kamu kene sekarang ni?"

"Hurmmm...."-jawab chai sambil mengelengkan kepalanya.

"kamu kne minyak pengasih (dagu),tetapi...."-ustaz menghentikan kata-katanya sambil termenung jauh keawan...

"tapi.....kenapa ustaz??"

"Tapi orang yang buat kamu ni,nak kamu mati..perlahan-lahan kamu tidak terurus,makan susah,tidur kamu akan terganggu dan akhirnya kamu mati beragan..Sihir ini bukan biasa-biasa,ia mempunyai semangat alam.di buat dari perlbagai sumber sehingga di puja menyeru iblis"-ustaz menerangkan panjang lebar

"Jadi..???? saya akan mati??"-tanya chai sambil memandang wajah ustaz yang duduk disebelahnya.

"Ajal itu hanya Allah yang tentukan,dan semestinya kamu akan mati begitu juga saya."

"Huhhhh"-Hela nafas kedengaran dari chai sambil dia merenung kembali hamparan luas dihadapan matanya.Difikiran chai masih memikirkan nasib yang dilaluinya,dan siapa yang menyihirnya,apa salahnya.Semua persoalan itu bermain segar ligat diingatannya.

Hari yang dinanti telah tiba,chai hadir sendiri ke rumah ustaz dan berubat.Ustaz pula kelihatan bersungguh membantu chai,anak muda yang baru melihat cahaya tetapi awan mendung sudah mendahului.Hari-hari yang dilalui chai seakan tiada perubahan malah chai kelihatan semakin kusut,gelung hitam telah terlihat disekeliling matanya,badannya mula susut dan makan nya tidak lagi berselera.Dia merasa cinta dan saying namun tidak tahu pada siapa,seakan mencintai benda yang tidak wujud.
Setelah seminggu berubat secara tradisional,tiada apa yang berubah.Manakala yanti pula tidak berhubungan dengan chai.Chai semakin teruk dan ada kala terlantar sakit,ustaz mencadangkan untuk berubat dengan seorang lagi sahabatnya.Tiada kata bantahan dari ah wong yang semakin risau dengan keadaan chai.Sihir yang mengenai chai memakan diri nya sedikit demi sedikit tanpa belas ehsan.
Ustaz membawa sahabat segurunya berjumpa dengan chai,berharap dengan ikhtiar ini Allah akan memberi kesembuhan yang baik pada chai.

"mintak maaf,boleh hulurkan tangan kanan saudara?"-sahabat ustaz meminta izin,chai pun tanpa banyak bicara menghulurkan tangan nya.Kemudian ustaz memegang tengah telapak tangan chai mengunakan ibu jarinya sambil membaca beberapa ayat suci al-quran.Semua yang ada hanya berdiam dan menanti jawapan dari sahabat ustaz.

"Insyallah boleh dirawat lagi"-ringkas jawapan yang dimiliki.

Kemudian ustaz dan sahabatnya itu berbual sesame mereka dan seakan cuba menyelindungkan sesuatu.ustaz bangun dan mencapai sehelai kertas bersama sebatang pen lalu ditulis sesuatu yang tidak diketahui oleh chai.
Selesai menulis dan bercakap ustaz dan sahabatnya bangun lalu bersalaman.Nampaknya sahabat ustaz sudah mahu pulang,tetapi chai masih tidak dapat jawapan atau apa-apa yang perlu dilakukan.

"Kamu ambil ni...kemudian buat ikut apa yang telah ditulis.."-tiba-tiba ustaz menghulurkan kertas tadi tetapi sudah dilipat kemas,seakan tidak membenarkan untuk dibuka waktu itu.


"saya sendiri?"-chai Tanya untuk kepastian kerana khuatir adakaha dia tidak perlukan pertolongan ustaz lagi.

"iya kamu sendiri..tapi ingat...buat macam yang telah ditulis."

"baik ustaz"

Selepas menyimpan kertas dan menghabiskan air yang dihidangkan,chai pun pulang ke rumah.Hatinya tidak sabar untuk mengetahui apakah isi kandungan yang tertulis diatas kertas itu.Umpama ingin mengetahui sebuah wasiat atau mungkin benar wasiat sebelum nafas nya berakhir.Sampai di rumah chai tidak terus membuka nota itu tetapi dia terus mandi dan makan tengahari,Dia bercadang untuk bukanya selepas solat Zohor.Agar dia dapat baca dengan tenang dan faham dengan betul.
Azan zohor berkumandang indah tengah hari itu,chai duduk tenang sambil membalas segala bait2 azan,kemudian menunaikan solat zohor.Selepas selesai memberi salam dan berdoa chai mencapai nota yang diberikan ustaz kepada nya,dengan lafaz "Bismillah" kertas itu dibuka lipatannya dengan perlahan dan cermat.Apabila terbuka semua lipatan chai termenung melihat ap yang harus dilakukannya,adakah ini yang perlu dilakukannya untuk sembuh.

Nota itu tertulis :-

*Sebelum tidur ambil wuduk.. baca – AL-fatihah,Ayat kursi,3 kul dan surah al-mulk
*Selepas masuk waktu zohor ambil 3 ketul anak kunyit lalu ditumbuk dan di perah,ambil air/getahnya minum..tetapi sebelum minum harus baca.. Bismillah 5,bismmillah 6,al-fatihah,al-ikhlas 3x,ayat kursi.
*Selepas bangun pagi iaitu sebelum solat subuh,harus mandi mengunakan menghadap kiblat dan baca bismillah 5, serta niatkan didalam hati(berdoa) agar segala penyakit gugur bersama air yang mengalir jatuh dari tubuh.
*Lakukan selama 3 hari berturut kemudian selang 1 hari sebelum menyambung 7 hari berturut.

Selepas membaca nota itu chai bersiap untuk keluar membeli barang yang diperlukan seperti kunyit,dia harus mencari anak kunyit.Chai ingin melakukannya hari itu juga,kerana kesakitan jiwanya sangat terseksa dan dia seakan tidak sanggup lagi menanggung lama.
Barang yang dicari sudah siap sedia untuk 3 hari berturut,tidak sukar bagi chai untuk mencari bahan itu,tetapi chai tidak tahu apa yang bakal menimpa pada dirinya selepas itu,kerana kesannya tidak diberitahu oleh ustaz.Mungkin kerana tidak mahu chai membatalkan niat untuk berubat.
"Alhamdulillah"-chai berbisik sendirian didlam hatinya setelah semua tugas itu dapat dilakukan dengan mudah pada hari pertama,walaupun air kunyit itu seakan terasa tajam ditekaknya namun chai berjaya lakukan,sambil terbaring chai membaca surah dan ayat yang disuruh dan melelapkan matanya dengan tenang.Ketenangan yang disangkakan sampai kepagi itu rupanya tidak,pada jam 02:40am chai dikejutkan dengan hentakan kuat didadanya membuatkan dia tersentak bangun sambil tercungap-cungap meminta nafas,ditambah dengan terkejut dan hentakan membuatkan keadaannya bertambah makin teruk,tiada siapa tika itu dan chai tahu dia tinggal keseorangan dan harus lalui keseorangan.
Dalam keadaan tercungap kekurangan nafas chai cuba bangkit mencapai handfonenya untuk meminta tolong,namun tidak mampu.Dadanya terasa sempit kesan hentakan itu membuatkan dia tidak mampu bernafas dengan betol malah membuatkan tubuhnya lemah.

"Chaiiiiiii~~~.....chaiiii~~~"suara lembut memangil nama nya itu kedengaran lagi.

"Allahhhhhhh....Allaaahhhhhh"-jerit hati chai,dalam masa yang sama dia cuba mencari dari mana bunyi itu datang.

SAKARATULMAUTWhere stories live. Discover now