Part 6

51 1 0
                                    

Hanya jeritan itu yang kedengaran lalu semua jadi sunyi,tiada bunyi kipas mahupun angin yang selalu kendengaran.
Krinnnngggg....Krinnnngggggggggg bunyi jam handfone chai memecah kesunyian pagi itu,chai bangun lemah sambil tangan nya mengosok sedikit kepala yang terasa sakit,

"eh benjol,"bisik hati chai setelah memegang dikepalanya yang terasa sakit."Aku bermimpi ke semalam? atau aku pengsan?" chai bermonolog sendirian.Perlahan-lahan chai bangun melihat keadaan kelilingnya,kelihatan pintu koridornya tidak tertutup,bermakna dia tidur tanpa menutup pintu.

"mungkin aku terhantuk" chai cuba menyedapkan hati nya.seperti biasa,chai berkemas untuk ketempat kerja dan pastas berjumpa yanti.Selepas makanannya sampai dibawa oleh yanti,terus yanti turut melabuhkan pungunggungnya dihadapan chai.

"u ni kenapa,?i tengok u macam serabut je?"-yanti memulakan bicara pagi itu,setelah melihat chai yang semakin banyak termenung.

"Tak ada apa lah,cuma i macam tak sihat la"balas chai cuba menyembunyikan hal sebenar.

"u tak payah nak tipu i la,i kenal u macam mana"

"sebenarnya i tengah fikir smthing la,dah dua hari i kena"

"u fikir apa? hantu?"

"Ehhh..!! Mana u tahu?"

"Errr,i teka je"

"hurmmm, betol la apa u teka tu,sebab kelmarin i mimpi hantu,malam semalam pun sama"

"maksud u?? hantu macam mana?

"hantu tu muka dia berulat,i tak dapat tengok muka dia"

"Yanti.......tolong kiraa"-tiba-tiba perbualan mereka terputus setelah yanti dipanggil.

"Ok."balas yanti sambil bangun menuju kearah pelangan yang memangilnya.

   Chai terus menjamah maknannya sambil termenung,walaupun dia sendiri tidak tahu apa yang dimenungkan.
Hari ini chai melakukan kerja tidak seperti biasa,dia lebih banyak termenung dan berdiam sahaja.Selesai semua kerja, chai terus pulang kerumah dan membersihkan dirinya.Chai seakan menanti malam semakin larut,atau chai sebenarnya dalam ketakutan dengan apa yang menghantuinya.

   Sambil duduk disofanya chai mencapai handfone nya,rutin selalunya iaitu bersms bersama yanti,adakala dia tersenyum sendri seakan orang gila."Parpppppp" tiba-tiba bunyi sesuatu jatuh didalam bilik,handfone ditangan hampir terjatuh kerana terkejut,pantas chai melihat jam didindingnya, 10:50pm

"ish,sekejap nya masa berlalu,rasa macam tadi baru pukul 8"bisik hati chai separuh terkejut kerana begitu lama dia leka berSMS dengan yanti.Chai cuba buat-buat tidak tahu akan bunyi itu,atau mungkin lebih tepat memberanikan diri.Chai bangun dengan gagah dan semangat terus menuju kebilik dan membuka lampu,kelihatan gambar nya jatuh terlungkup,

"Ptot la,haisshh gambar jatuh je"-bisik hati chai

   Chai menghampiri gambar yang sebelum ini diletakkan diatas meja sambil disandarkan kedinding,tidak mustahil boleh terjatuh,adakala akal manusia ini suka menciptakan mistik walaupun keadaan itu logiknya boleh terjadi,contohnya seperti apa yang terjadi sekarang.chai mengangkat semula gambar itu lalu meletakkannya kepada keadaan seperti sebelum ni

Malam itu tiada yang aneh berlaku seperti malam-malam sebelumnya.Chai melalui hari-hari dengan keadaan normal,bagun kerja,balik kerja,rehat dan tidur.Tetapi chai mula menyendiri menghabiskan masanya duduk dirumah,selalu termenung,kurang makan dan keadaan pun agak tidak terurus.Perubahan Chai ini mungkin tidak disedari oleh dirinya sendiri,tetapi bagi Ah Wong,Bala dan khai mereka dapat melihat perubahan itu dengan jelas,sudah seminggu lebih keadaan chai begitu,dan telah ditegur oleh ah wong dan bala tetapi hanay senyuman yang dilemparkan

SAKARATULMAUTWhere stories live. Discover now