Part 3

94 3 0
                                    

  Setelah puas chai dan ah wong bergelak tawa di warung,mereka pun kembali ke lori untuk melihat barang-barang yang hendak dibawa,adakah sudah siap atau belum.Setelah memastikan semua nya dalam keadaan baik ah wong mengajak chai naik kelori dan meninggalkan stor.

"Ehh wong sekarang mahu pergi mana lagi?"chai bertanya kerana jam baru menunjukkan pukul 6:30pm.sedangkan ah wong selalu sampai Store di JB jam 3:00 atau 4:00am.Pastinya dia bertolak dalam pukul 9:00 atau 10:00pm.

"kita lepak dlu la,,lu mau balik cepat-cepat buat apa,lu bukan ada amoi maa?"balas ah wong,amoi yang dia maksud kan adalah bini.

"Wa ingat lu nak balik dh,"

"bukan la,wa mau ajak lu pergi tempat kawan wa"

"jauh ke,dekat mana?"

"lu ikut ja,gua ckap tempat pun bukan lu tau,,"

Apa ah wong kata kan itu memang benar,bukan nya chai tahu pun kalau dia sebut nama tempat.Sepanjang perjalanan chai hanya melihat pemandagan dan suasana Kuala Lumpur yang masih sesak walaupun sudah semakin gelap,umpama tempat itu tiada waktu rehat,atau mungkin mereka hanya mengejar dunia.

"okay sudah sampai"tiba-tiba ah wong memberhentikan lorinya dihadapan sebuah permis yang menulis dua huruf sahaja JR tulisan itu berwarna merah.

"sini ambik barang juga ka?"tanya chai pelik,sambil mata nya sibuk melihat lampu berkelip-kelip dan meriah.

"bukan lah,kita duduk rehat dulu,nanti malam baru kita jalan maa,tido dlu"

"ohh..tapi macam bukan hotel pun wong?"

"lu tengok mana?"

"ini JR"

"Bolooo kaa,itu Pub ma,kita rumah kedai depan situ"ah wong membalas kata-kata chai sambil tangan menunjukkan satu barisan rumah kedai dihadapan mereka.tetapi bukan disebelah lori mereka

"owhh,hahahahah"chai ketawa kecil melihat kebodohan dirinya sendiri,

"kita tido dulu,ini rumah kedai ah pai punya,untuk wa rehat tidor dlu"balas ah wong lagi sambil dia turun dari lori,dan diekori chai.

Chai dan ah wong pon menuju kerumah kedai yang dimaksudkan,ah wong tanpa banyak bicara terus merebahkan tubuhnya di tilam kecil yang sedia ada di ruang tamu rumah itu,disisi tilam itu aku lihat ada sebuah jam loceng yang jarum jam nya diset kan pada pukul 9:00pm.belah atas kepala tilam pula terdapat bekas membuang puntung dan habuk rokok.
chai pun merebahkan tubuhnya pada kerusi malas yang ada terletak dihadapan sebuah tingkap,lalu mereka pun tidur.kepenatan jelas kelihatan diwajah mereka.
        Krinnngggggggg......Kringgggggg....Krinnnnnngggg...

Bunyi jam loceng ah wong memecah kesunyian malam,lantas kedua-dua mereka bangun.bersiap untuk pulang ke Selatan tanah air,sebelum memulakan perjalanan chai sempat menoleh ke pub yang terletak di tepi lori,kelihatan beberapa gadis dan lelaki lingkungan 20an baru keluar dari pintu pub sambil jalan nya tidak teratur,

"Lu jangan tengok...talak baguihhh"tiba-tiba ah wong bersuara,mungkin melihat chai kusyuk melihat.

"saja wa tengok,dia orang mak ayah talak marah ka?"balas chai,tanpa menoleh.

"kalau mak ayah mrah,talak dia orang duduk situ ma,,,"

Chai hanya mendiamkan diri,lori semakin lama semakin jauh meninggalkan kawasan yang aneh bagi chai.kini baru chai tahu sedikit kehidupan di kota Kuala Lumpur yang orang lain katakan maju,Adakahkah kemajuan itu harus ditunjukkan dengan ada nya manusia beragama islam melayu yang hidup seperti orang barat? atau adakah kemajuan itu harus ditunjukan dengan kelalaian manusia dari menyembah YANG ESA..sepanjang perjalanan chai hanya termenung,manakala ah wong melayan lagu "Nyata dan Maya -Search" yang diputarkan oleh radio sinar FM.Ini adalah hari permulaan chai dan banyak lagi yang bakal dia kenali di kota ini,Mungkin esok,lusa atau tulat ada sesuatu yang lebih baru,kerana kota raya itu dipenuhi pelbagai makhluk dan sifat.chai pula ibarat manusia dari sejarah lama.

SAKARATULMAUTWhere stories live. Discover now