Part 5

57 1 0
                                    

  Yanti hanya menoleh melihat chai yang cuba menghampirinya,larangan chai hanya sia-sia.Yanti sudah duduk diatas tembok batu koridor sambil menanges.

"u,cuba bawa bersabar,kita bincang,kenapa dan apa masalah"-chai cuba memujuk

Kelihatan usaha chai hanya sia-sia,chai cuba melangkah setapak,kerana jarak chai dan yanti hanya lebih kurang satu depa,lagi satu langkah mungkin chai mampu menarik yanti. Tetapi apa bila chai mahu mengorak langkah,kelihatan yanti nekad untuk terjun,membuatkan chai membatalkan niatnya.

     Chai masih cuba memujuk,namun umpama air mencurah ke daun keladi,sedang chai sibuk cuba memujuk, tiba-tiba yanti menjatuhkan tubuhnya,chai terus berlari kehadapan cuba mencapai yanti namun hanya angin yang dapat disambut,jelas kelihatan dimata chai,tubuh yanti jatuh lalu laju menjunam kebawah tiba-tiba terdengar ngilaian wanita ketawa,chai melihat yanti tadi yang jatuh kebawah kini sudah ada duduk didalam rumahnya sambil mengilai tertawa,rambutnya yang panjang menutup sedikit wajah nya,namun chai masih dapat melihat wajah yanti tiada bermata dan berhidung,jelas semua itu berulat,kaki chai beku kaku dan lemah.Yanti yang dari keadaan duduk tiba-tiba berdiri,jelas kaki nya tidak jejak ke bumi.Semakin lama semakin hampir ia mendekati chai,namun chai tidak mampu buat apa-apa.Kehadapan mahu pun kebelakang.
    Bau busuk mula menguasai ruang udara,chai mula semakin sejuk,yanti yang dikenalinya bukan seperti yang dikenali,dan chai tahu apa yang ada dihadapan nya itu adalah sejenis makhluk Allah juga,kini yanti berada dihadapannya hanya 1 meter,rambut yanti yang panjang paras pingang dan berwajah berulat itu membuat kan chai semakin lemah,akhirnya yanti berhadapan wajahnya dengan chai,chai hanya mampu menutup mata sambil mengigil ketakutan,tiba-tiba chai sudah berada diatas koridor dan akhirnya jatuh bersama yanti.sewaktu tubuhnya melayang jatuh menjunam kebumi Chai hanya mampu menyebut Allah,dan dia tahu tubuhnya akan hancur setiba ditanah,

"Arghhhhhhhhhhh"-baru chai mampu bersuaraaTubuh chai hampir mencecah bumi seakan beberapa saat lagi akan tamat riwayat hidupnya,Kelihatan yanti berada dihadapan nya,juga sedang terjunam kebawah,tetapi wajah yanti tidak seperti tadi  

  Satu hentakkan kuat terasa ditubuh dan kepala chai,membuatkan chai tersadar dari mimpinya,apabila terjaga dia melihat dirinya ada dilantai,

"arghhh,mimpi rupanya,"chai bermonolog sendirian sambil bangun mengosok kepalanya yang terhantuk ke lantai rumahnya,rupanya dia terjatuh dari kerusi sofa tempat dia melabuhkan tubuhnya tadi.

    chai melihat jam didinding rumah nya,"sudah pukul 4.30am" bisik hati nya,chai mencapai handfonenya kelihatan ada 1 massage tidak dibuka,lantas jari nya menekan button buka,apa bila dibuka rupanya massage dari yanti "hai chai maaf ganggu,kamu sedang buat apa ya?" Ringkas massage dari yanti,namun tidak dibalas oleh chai,malah hanya mencampakkan handfone nya ke atas sofa semula.LAlu menyambung tidurnya yang terganggu tadi,tanpa memikirkan apa-apa tentang mimpinya.

    Kringgggg,,,,,,Kringggggg,,,,kringggggg... Jam loceng handfone chai berbunyi memecahkan kesunyian pagi itu,menandakan sudah pukul 7.00am.Tetapi chai masih lena dialam mimpi,tiada tanda-tanda dia mendengar bunyi jam locengnya.Setelah hampir 15 minit berbunyi barulah chai bangun,lalu bersiap seperti biasa. waktu kerjanya pukul 8 namun chai lebih suka bersiap awal.

Setelah semua selesai chai terus menunggang motorsikalnya menuju ketempat kerjanya,seperti biasa selepas punch card,chai akan menyiapkan resit-resit barang untuk dihantar kemudian barulah dia menuju kewarung tempat yanti bekerja,apa bila melihat chai sampai diwarung,kelihatan yanti sudah menyiapkan sarapan dan minuman untuk chai.Semuanya telah diketahui yanti maklumla kerana sebelum sampai ke warung chai akan massage terlebih dahulu,jika tiada pelanggan lain yanti akan duduk dihadpan chai sambil bersembang kosong,atau lebih tepatnya yanti menemankan chai makan.

     Begitulah rutin harian chai pagi sarapan dan makan tegah hari akan di warung yanti,mana kala malam chai akan masak maggie atau nasi berlaukkan telur mata sahaja.leka dengan kerja chai sampai tidak sedar sudah petang,

"sekejapnya masa berlalu"

Selesai sahaja kerja hari itu,chai terus pulang kerumah,mandi dan merehatkan dirinya,tiba-tiba kedengaran handfone nya berbunyi, "nombor tidak dikenali" chai terus menjawab panggilan..

"Hallo,,"-chai memulakan bicara

"halo chai,ni gua bala la"-Bala membalas sapaan 

"ohh,wa ingat siapa tadi.nombor siapa ni?"

"hahaha,ni nombor gua lagi satu,kredit no biasa habis"

"ok2,haa ada apa call wa?"

"malam ni lu nak lepak sama tak?"

"tak la,wa penat la,heheh lain hari ok"

"ok2,saaj wa tanya,mana tau lu nak lepak.

"ok"

     Pangilan pun di tamat kan,chai melihat jam baru pukul 8:20pm,tetapi tiada pula yanti massage nya,selalunya waktu begini dia sudah massage,
"mungkin dia busy kot"bisik hati chai.sambil duduk chai melihat berita di tv yang terletak dihadapan nya,Sedang leka tiba-tiba hidung chai terhidu sesuatu bau busuk,chai cuba menganggap itu hanya bau dari sampah jiran atau sebagainya,namun bau itu semakin kuat dan menganggunya,chai bangun dan terus ke dapur melihat tong sampahnya,khuatir jika ada mknan yang telah rosak dan membusuk tanpa disedarinya.
      Apabila dilihat kedalam tong sampah tiada apa-apa yang kelihatan,chai terus menuju semula keruang tamu,baru hendak duduk semula kesofa kelihatan ada kelibat disebalik bilik nya,yang dapat dilihat jelas dari ruang tamu."eh,apa benda pulak la ni"bisik hati chai mula kerisauan.Chai membatalkan niat untuk melabuhkan punggungnya tadi,perlahan-lahan dia menjengah kebilik,apabila diteliti kosong.hatinya mula lega,kemudian chai pusing kebelkang,sekujur tubuh wanita bermuka berulat betol-betol dihadapan mukanya,

    "Arghhhhhhhhhh"  ..........

SAKARATULMAUTWhere stories live. Discover now