Part 2

180 3 0
                                    

  Sejuk,dingin dan lapar itulah yang dilalui chai setiap hari ketika pergi kerja pada jam 04.00am,Waktu manusia lain sedang masih dilena buai mimpi,namun chai tidak keseorangan kerana iwan dan beberapa pekerja Loading barang akan melalui keadaan itu.
Selepas penat bekerja chai duduk dikerusi yang terletak disatu sudut store,kerusi yang agak usang dan hampir rosak itu adalah tempat chai selalu merehatkan badannya.Sedang chai berehat dia didatangi ah wong secara tiba-tiba.
"hei chai,lu mau tak jd kelendan?"ah wong bersuara.

"Kalau lu mau siklang wa ckap sama ah pai"balas ah wong lg setelah melihat chai masih termenung,

"mahu la wong,tapi bila start"tiba-tiba chai membalas membuatkan ah wong tersenyum.

"ini hali la start,bukan susah maa,,lu tido saja"

"bagi gua balik mandi dulu la,sudah peluh-peluh ni,,tak selesa kerja"

"boleh,kita gerak k,l pun pukul 9 itu macam"

"ok,,boleh-boleh"

"ok,gua pergi ckap sama ah pai dlu haa" balas ah wong,lalu berlalu masuk ke ofice yang terletak dipenjuru store,kelihatan dari jauh ah wong sesekali terangkat tangan,kemudian gelak,dan serius,mungkin dia bercerita tentang chai.

Setelah setegah jam ah wong bercakap dengan ah pai,dia menghampiri chai sambil menunjukakn isyarat tangan ibu jari terbuka tanda Ah pai terima cadangannya dan chai akan mengikutnya ke k.l hari itu.

"Wei chai kau serius ke nak ikut si ah wong tu?"tiba-tiba iwan bersuara sambil punggungnya dilabuhkan ke sebuah kotak yang terletak disebelah kerusi chai.

"iya la,aku nak cuba je"balas chai sambil melihat lori-lori dihadapannya.

"abis tu kau x nak main game lg ke?lepak ke?"

"alah tu hari ahad pun boleh,

"hari berlalu sekejap je bro,mana puas"

"tak apalah,"jawab chai tidak termakan hasutan iwan yang mula kerisauan kerana tiada kawan bakal lepak bersama nya.

Habis kerja terus chai balik kerumah untuk mandi lagi sekali,mandia pertama adalah pada pukul 3,30am.selesai bersiap chai duduk dimeja makan yang terhidang sarapan pagi,di meja makan kelihatan siayah dan ibunya sedang bersarapan bersama,adiknya pula semua sudah kesekolah awal pagi.chai terus dduduk bersarapan bersama ibu dan ayahnya,

"ayah ibu,hari ini rul kerja ikut lori naik k.l - J.b..mungkin lepas ni"chai memulakan bicaranya,dengan famlynya chai mengelarkan diri dengan nama singkatan dari nama sebenarnya.

"dengan siapa"tiba-tiba ibunya bersuara

"dengan ah wong,sebab dia jalan sorang tak ada klendan"

"kerja elok-elok,pikirlah masa dean"balas ibunya lagi,sambil melihat siayahnya yang hanya duduk mendengar perbualan chai dan ibunya.

Sebelum keluar rumah,ibu chai sempat membungkuskan nasi goreng lebihan sarapan pagi tadi ke chai,harapan seorang ibu melihat anaknya berjaya didunia tidak pernah luntur.

"Ah wong,dah boleh gerak ke?"chai bertanya sambil sibuk dia memanjat lori 10tan yang agak tinggi itu

"sikijap,gua mau tutup ofice"balas ah wong sambil berlalu ke bilik ofice

Chai tidak pelik tentang itu kerana dia tahu ah pai sangat mempercayai ah wong,walaupun chai tahu ah pai sangat susah mempercayai orang.

Selepas segala pintu dikunci,dan stor sudah tertutup rapat dan selamat.Ah wong terus naik kelori.chai hanya melihat ah wong menarik satu punat yang terletak di belah kanan bawah stereng nya,," Piiisssssssshhhhhhhhh"bunyi angin yang kuat lagak seperti kereta api yang bakal berlepas.Chai tidak pernah melihat itu di lori 3tan dan 1tan.

"kalau lu mau tido pergi belkang ni,baring"ah wong bersuara sambil mata menjeling kebelkang sit.

"Wow..siap ada bilik kecik ea"Balas chai yang sedikit seperti orang jakun apa bila melihat dibelkang itu terdapat sebuah bilik muat untuk dia baring tidur lena,

Chai terus kebelkang untuk melelapkan matanya sekejap,kerana dia ingin bangun apa bila sampai di k.l..Ah wong pula fokus pada pemanduannya,walaupun sudah agak tua,tetapi dia matanya masih awas dan cekap.Setelah sampai di seremban chai terjaga dan terus menuju dikerusi hadapan.

"waa sikijap saja tido"ah wong bertanya

"sekejap apa,lama la ni,best siap ada aircond,,ehhehehe"chai gelak sambil melihat ah wong.

"nanti sampai k.l la baru bangun"

"tak apalah gua nak tngok-tengok jalan"

"gila ini olang mau tengok jalan tar tu buat apa"

"arghhh,diam la lu ahwong"bal;as chai yang tahu ah wong sengaja menyakatnya.

Sepanjang perjalanan sampai ke k.l chai hanya banyak bertanya,tempat,kawasan dan jalan yang mereka lalui.Ah wong pula tidak jemu melayan kerenah chai yang seakan budak-budak,sesekali terdengar gelak tawa mereka.hubungan mereka mungkin akan semakin akrab,ditambah lagi chai seorang periang dan mesra malah ah wong orang yang terbuka dan suka bergurau senda.

SEtelah hampir 5 jam perjalanan kini mereka sudah masuk ke tol besi,iaitu penanda mereka sudah bakal memasuki Kuala Lumpur.Hari pertama chai harus mengetahui tempat utnuk dia ambil barang,atau mungkin tempat stor di kuala lumpur ni.dikepala chai terbayang stor yang besar dan dipenuhi barang-barang.

"kita pergi syarikat MINTYE dulu baru pergi store"ah wong memberi tahu,

"ok wong,wa ikut je"balas chai smabil mata melilau melihat kesesakan kuala lumpur yang selalu dihadapi orang-orang sni danjuga chai yang bakal melaluinya setiap hari.

Mintye syarikat yang terletak di segambut,syarikat yang agak besar membuat plate brakedan kini lori mereka sudah memasuki kilang mintye dan rupanya sekdar menunggu sahaja barang dimasukkan kedalam lori,dan disusun oleh mereka..

"waaa,dia orang siap susun ke wong"tanya chai pelik

"iya la,sebab tu wa ckap lu ikut je,tak payah buat kije"balas ahwong sambil menekan padel minyak setelah siap lori itu di isi,hampir separuh juga.

terus kami menuju stor yang berada di K.L ni,dan ia amat mengejutkan aku kerana stor nya tidak besar seperti aku gambarkan,lebih kecik sekali ganda,dan tidak terletak jauh juga.masih dikawasan segambut,Selesai sahaja lori diparking,bahagian loading terus menjalankan tugasnya menurunkan barang mmintye terlebih dahulu,sebelum memasukkan barang yang ingin di hantar ke kawasan selatan tanah air,Chai dan ah wong hanya duduk di kedai makan yang terletak hanya 50meter dari stor tempat mereka.

"ah wong lepas dia oramg siap,kita pergi mana pula?"chai bertanya.

"kita balik muar la,"balas ah wong sambil tersengih menanmpakkan giginya yang kurang

"owh,kita hidup atas jalan raya jela ye?"

"ya maaa,lu ingat hidup atas awan ka,hahahhaha?"

"hahaha baru wa tau hidup seorang driver lori"

"susahkan?,jangan lu ingat senang,gaji besar"

"nanti gua nak tulis la kehidupan seorang driver lori"balas chai sambil ketawa,  

SAKARATULMAUTWhere stories live. Discover now