Bab 4 [ODP]

40.2K 1.6K 23
                                    


" Akak.. ".  Suha menuju ke arah Dhia dengan muka yang agak takut. Dhia memeluk bahu Suha yang jelas dalam ketakutan.

" Korang buat apa dekat suha?". Tanya Suha sambil memandang muka budak lelaki itu dan 2 orang rakannya. Muka budak lelaki itu selamba seperti tiada apa yang berlaku.

" Kau kakak dia ?". Budak lelaki itu menunding jari telunjuknya ke arah Dhia lalu jarinya bergerak ke adik .

" Tak sangka akak kau cantik macamni suha.. ". Kedengaran mereka ketawa. Dhia tidak paham apa yang jadi ni. Budak lelaki itu menyambung percakapannya 

" Patutlah kau pon cantik , lawa tak salah aku pilih kau". Makin sinis ketawa mereka. Dhia yang mendengar ni hanya berasap je. Muka budak budak lelaki ni macam pernah nampak tapi dekat mana ye. Ouh! dekat depan pagar sekolah pagi tadi. Baru Dhia teringat.

" Okay lah geng jom kita chaw! nanti je lah kita sambung". Kata budak lelaki itu dan mereka bergerak ke arah pintu kelas. Gaya macam samseng. Dhia memerhati tiga orang budak lelaki tersebut berjalan di depannya dan berselisih dengan Suha.

Dhia dengar samar samar apa yang dikatakan oleh budak itu " Nanti kita sambung ye sayang. Kau perempuan aku! ". Itu yang Dhja dengar. Dhia hanya pandang mereka dengan pandangan yang tajam. Apa yang dorang dah buat. Dhia dengar ketawa mereka sehingga hilang selepas keluar dari kelas ini.

" Kenapa ni adik!. Apa yang dorang buat kat adik bagitahu akak". Dhia memegang kepala adik supaya jelas terlihat mukanya. Muka adik kelihatan basah dengan air mata.

" Dorang jahat kak...dorang dorang bu....buli adik ". Pecah tangisan Suha di depan Dhia. Tak pernah Dhia melihat adiknya menangis macam ni. Pelukan erat diberikan kepada Suha

" Kenapa ni Kak Dhia?". Dhia berpaling kepala melihat suara orang itu. Rupanya Isya.

Dhia membawa Suha duduk di kerusinya dan menenangkan Suha. Isya hanya diam. Dhia menenangkan Suha dengan menepuk belakang.

"Ni mesti keje si Afiq dan geng dia. Apa lagi dia tak puas hati dengan Suha. Kesian aku tengok Suha. Nak cite kat Kak Dhia pasai dorang selalu kacau Suha, Suha dah bagi tahu awal awal jangan bagitahu akak dia. Abiss apa aku nak buat ni tak kan tengok je Suha macam ni". Isya berkata di dalam hati. Sambil menepuk suha.

" Isya tau ke apa yang jadi sebenarnya ni dekat Suha". Pertanyaan Kak Dhia menghentikan lamunan Isya.
" Maaf kak, Isya tak tahu". Maafkan Isya kak, terpaksa tipu akak.

" Adik sudah tu, adik tak nak cerita apa yang dah jadi sebenarnya, dekat akak??, adik dah makan ke belum ni". Suha mengangkat muka lalu menyeka air mata dan mengelap muka nya yang basah. Suha hanya mengeleng.

"Isya ada belikan Suha nasi bungkus ni kak". Beritahu Isya kepada kakaknya. 

Dhia ternampak dua orang budak perempuan masuk ke dalam kelas. Budak perempuan itu memandang Dhia pelik. Dhia mengeluarkan ubat dan berikan di tangan Suha tanpa ada sapa sapa nampak.
Nasib dua orang budak perempuan tu duduk membelakangi Suha dan Isya. Cuma Isya saja rakan yang tahu penyakit suha.

Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now