Bab 30 [ODP]

32.2K 1.2K 126
                                    

( terbaru ) edit.

___

Ni aku wat baru nk wat byk sikit moments dorg. Maaf lame tk update sbb exam. Minggu ni still exam tapi nk update gak lah! 😂

Aku akan update tgok bile free. N chapter lepas aku akan ubah sikit² . hope korg suka. Bye!

👕⌚📎



Dhia melilau di dalam mall tersebut. Tak tahu mana nak pergi. Adiknya Suha dah tinggal di dalam asrama di sekolahnya. Katanya senang nak study. Dhia akur membenarkan adiknya tinggal di asrama. Sekarang tinggal dia sorang kat rumah tak ada kawan nak sembang.
Dhia berhenti di depan kedai baju yang menarik perhatiannya. Kedai baju tersebut di masuk dengan hati yang gembira.

Baju muslimah di belek dan di tenung tekun.

Lawa....

Keinginan memiliki baju tersebut naik. Dhia masih membelek lagi. Tersenyum dia seorang diri.

Matanya membuntang apabila terlihat harga pada baju itu. Hancur lumat merundum keinginannya untuk memiliki baju tersebut.

"Ni kalau aku beli mahu tak makan aku sehari..". Terkeluar keluhan dari mulut Dhia

Di sangkut kembali baju tersebut. Jarinya mengelus baju muslimah itu.

"Nak beli ke?". Tersentak Dhia apabila suara garau menegurnya. Kepalanya berlanggar dengan dada lelaki tersebut.

Tangan Dhia mengosok dahinya. Matanya melihat gerangan yang menegur.

Sekali lagi matanya membuntang. Terus menunduk dia menekur lantai.

Apelah nasib. Keluh Dhia di dalam hati.

"Sakit ke? Sorry aku tak sengaja". Lelaki itu mengosok dahi Dhia menggunakan jarinya.

Dhia menjauhkan dirinya dari lelaki tersebut. Suka suka nak sentuh orang! Ishh!


"Aw.. Awak buat apa dekat sini A.. Ayyan?". Soalan bodoh terpancul dari mulut Dhia. Setiap kali jumpa Ayyan je mesti perasaan takut tu ada.. Hmm..

"Kalau orang datang mall ni dia buat apa? Berenang ke?". Sindir Ayyan bersama senyuman senget. Agak lama dia tak jumpa buah hatinya satu ni. Rindu! Rasa nak peluk je! Tapi fikir balik nanti orang dalam mall ni tengok lah pulak! Penyebok!

Ayyan memegang baju yang Dhia letakkan tadi. Cantik! Sesuai dengan Dhia! Bakal bini aku! Auchh!

"Kau suka baju ni". Baju muslimah tersebut di tunjukkan ke arah Dhia.

Dari menekur ke lantai kini kepala Dhia naik memandang baju yang di pegang oleh Ayyan. Terkelip kelip mata Dhia melihat Ayyan. Kenapa tanya macamtu?

"Aku tanya ni bukan nya suruh kau diam!". Suara garau Ayyan berubah menjadi tegas. Bengang soalan dia tak di jawab. Geram apabila Dhia terkedip kedip mata bulat tu menengok. Rasa nak cium je mata tu! Aishh

"Suka... ". Jawab Dhia perlahan. Muka di tunduk ke bawah melihat kasutnya. Malu pada masa yang sama takut dengan Ayyan.

Ayyan memanggil pekerja yang berada tidak jauh dari mereka dengan dingin. Wajahnya bila dengan orang lain macam nak cincang halus lumat je.

"Ya apa yang saya boleh bantu Encik". Pekerja perempuan yang di panggil memberikan senyuman manis kepada Ayyan dan dhiaDhia dalam hati pekerja itu gerun melihat Ayyan 

"Aku nak baju ni". Jari Ayyan pantas menunjuk pada baju muslimah yang di sukai Dhia. Selesai membayar Ayyan menarik Dhia berdiri di sebelahnya.

"Kau ada nak pergi mana mana lagi". Langkah Ayyan terhenti di tengah mall begitu juga Dhia. Beg baju tersebut di pegang oleh Ayyan. Well! Gentle right?

Dhia sedikit terkejut bila di soal oleh Ayyan. Mulutnya bergerak seperti ingin berkata tetapi tidak keluar.

Ayyan menaikkan keningnya menunggu ayat yang bagai keluar dari mulut munggil Dhia. Di perhati saja bibir Dhia yang kemerahan itu rasa nak ngam aje. Tapi di sabarkan.

"Tak!". Akhirnya keluar juga walaupun hanya satu perkataan tiga huruf. Tangan di gengam sesama sendiri. Nak hilangkan gemuruh

"Kalau macam tu jom aku bawa kau gi satu tempat".

"Per.. pergi mana?". Dhia agak pelik bila Ayyan mengajaknya pergi.

"Adalah jom!". Tangan Dhia di satukan dengan tangannya lalu manarik lembut Dhia mengikutinya.
Terpancul senyuman gembira di bibir Ayyan kerana Dhia tidak melawan arahan dan pengangannya pada Dhia.


-----

Bersinar mata Dhia melihat panorama indah di depan matanya sekarang. Baguslah dengan cuaca yang redup lagi menceriakan hatinya.

Dia di sekeliling bunga yang begitu cantik dan indah. Sekarang dia dan Ayyan berada di taman bunga yang berbagai warna dan bentuk.

"Suka hm..". Bisik Ayyan di belakang telinga Dhia. Kembali Dhia ke dunia sebenar akibat hembusan nafas terasa di telinganya. Terkulat kulat Dhia dibuatnya.

"Cantik tak tempat yang aku bawak kau ni". Ayyan membisik romantik di telinga Dhia. Mengelat Dhia ke tepi sikit. Tak suka di buat begitu!

"Cantik tak!?". Ayyan menunduk menyamakan ketinggian antara dia dan Dhia. Kadang kadang rasa geram je tengok budak ni! Rasa nak buat bantal peluk!

"Cantik sangat.. Saya suka.." Jawab Dhia jujur dan ikhlas. Terasa ada tangan yang ingin melingkari pinggangnya segera dia bergerak ke depan mengelakkan dari di peluk oleh Ayyan.

Ayyan mendengus kasar! Tau yang Dhia larikan diri dari di peluk. Dhia saja melarikan diri lalu memegang bunga yang berada di sekelilingnya.

Indah...

Wangi.. Bau bunga ni! Nak makan boleh? Ala cantik betul bunga ni! Nak buat jus! Komen Dhia riang

Ayyan yang ternampak Dhia menghidu bunga tersebut mendekati Dhia lalu berbisik sesuatu

"Dari kau hidu bunga tu.. Baik kau hidu aku.." Gumam Ayyan berbisik dengan nada yang perlahan.

Meremang bulu roma Dhia! Percakapan Ayyan macam miang! Gatal! Gigi di ketap tak suka dengan tindakan Ayyan.

Tapi dia tahu dia tak boleh melawan sebab dia yang akan kena semula.

Nafas di tarik dan di hembus lalu tanpa menghiraukan Ayyan Dhia beralih ke bunga yang lain.

Ayyan memandang Dhia tajam! Ikut hati aku nak je angkut budak ni bawa balik!

Ditendang bunga yang Dhia pegang dan hidu bersungguh melepaskan marah! Tak guna punya bunga!

Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now