Bab 40 [ODP]

39.6K 1.1K 75
                                    

Terbaru edit..

-+++--

Akad nikah yang hanya didatangi oleh orang orang terdekat berjalan dengan lancar. Dhia masih menunduk di sebelah emak mertuanya : mama Ayyan. Manakala Ayyan bersama papanya. Wiah pula ke tandas.

Ini semua disebabkan Ayyan ingin mempercepatkan akad nikah nya sehingga tidak sempat membuat rancangan persiapan.

Air mata yang mula mengalir dari dalam mata Dhia turun ke pipi di kesat cepat kerana tidak mahu sesiapa melihat.

Terasa kosong hidupnya selepas apa yang Ayyan lakukan. Emak mertua Dhia menggosok bahu menantunya lembut. Diusap sambil melihat wajah menantu yang lama di tunggu.

Tapi tak sangka pula perkahwinan anaknya dibuat secara ringkas. Malah baru memberitahu pada mamanya sehari sebelum bernikah.

"Dhia sabar ye. Mama kenal Ayyan tu macam mana. Dia buat semuanya ni mesti ada sebab. Maafkan Ayyan ye Dhia. Mama tahu apa yang telah berlaku tapi mama tak boleh nak buat apa lagi. Mama harap perjalanan hidup Dhia sebagai isteri Ayyan sentiasa gembira. Maafkan anak mama ye".

Air mata wanita berumur hampir separuh umur menitis mengenangkan perbuatan keji anaknya terhadap wanita sebaik Dhia.
Papa Ayyan : Encik Ahmad menumbuk pipi anaknya sehingga terteleng kepala anaknya ke tepi. Tetapi hanya senyuman sinis dibalas oleh anaknya kepada Encik Ahmad.

" Aku tak sangka perangai kau seburuk ni! Aku tak tahu apa salah aku dapat anak macam kau ni!" Sekuat hati papanya menengking Ayyan sebaik segala urusan selesai dan semua orang sudah berangkat pulang ke rumah masing masing

"Kau rasa puaslah dengan apa yang kau buat ke? Kau rasa puas! Ke aku tanya ni!". Bahu Ayyan ditolak kuat. Terdorong tubuh Ayyan ke belakang akibat tolakan papanya.

"Ye along puas! Kenapa? Ni bukan salah along! Salah Dhia! Along dah cakap baik baik tapi dia tolak! Jadi jalan macam ni jelah senang!"

Jawapan daripada anaknya mengundang perasaan marah yang membuak buak. Tangan digenggam menjadi sebuah penumbuk sebelum ingin menumbuk sekali lagi muka anaknya malahnya satu tangan menghalang perbuatannya.

"Abang! Sudah tu! Semua ni dah jadi pun! Dhia dah sah jadi isteri Ayyan!". Marah Puan Faridah : mama Ayyan dalam nada terkawal.

Dijeling anaknya sekilas lalu menarik nafas berat dan begitu juga dilepas nafasnya.
"Papa dah tak tahu nak cakap apa lagi long! Kau dah besar panjang kan jadi papa harap kau tahu bezakan yang mana satu betul dan mana satu salah. Kau jagalah Dhia baik baik. Tu pesan aku pada kau long! Jadi suami yang berguna dan bertanggungjawab".

Panjang pesanan yang di ingatkan oleh Encik Ahmad pada Ayyan. Kini pandangan Ayyan beralih kepada Dhia yang sedang duduk sambil melihat perbuatan papanya.

Sekilas terasa menyesal lakukan perkara bodoh tu! Semuanya bersebab!

'Kalau tak disebabkan aku tak kawal mesti semua ni tak jadi!'

Kesal Ayyan di sudut dalam hatinya. Melihat kan wajah isteri sahnya bagaikan kosong , hilang kegembiraan
dalam hidup Dhia.

Dhia mengalihkan mata yang bertembung dengan suaminya. Tak sanggup nak tengok muka yang membuat dirinya bagaikan perempuan Kotor! Murah!

Terlintas segala perbuatan Ayyan di fikirannya. Mata dipejamkan demi menahan diri dari meraung

Ayyan masuk ke dalam bilik dengan menolak pintu secara kasar. Berlaga pintu dengan dinding apabila pintu di tolak sebegitu keras.

Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now