Bab 7 [ODP]

38.6K 1.5K 8
                                    


Sreeetttt.....

Bunyi pisau di gesek.

" Dhia kenapa kau tak nak layan aku ha?. Teruk sangat ke aku kat mata kau ha?! ". Kata Ayyan sambil mengesek pisau itu di dinding.

"Kau nak tunggu aku bertindak baru kau nak terima aku ke ha?".

Ayyan bercakap seorang diri seperti orang gila. Pisau yang telah diasah di belai di depan mata dia.

" Kau nak main kasar dengan aku ke? ". Rambut tiba tiba di tarik kasar.

"Kau main gila dengan aku Dhia...". Ayyan tergelak sendiri. Gelak yang begitu menakutkan di mata orang.

" Kita tengok sapa yang menang kalau kau nak main dengan aku Dhia ". Ayyan kembali ketawa. Nyaring!. Sekali orang tengok seperti orang gila yang terlepas dari tanjung rambutan.

"We will see". Serentak itu pisau dibaling terpacak di atas tilam katil.

....

"Akak, adik nak cakap sikit boleh". Dhia yang sedang menonton TV terus berpaling melihat adiknya
Suha.

" Tanya lah". Dhia memperlahankan nada suara di TV.

"Boleh tak kalau adik... adik..". Takut pulak nak cakap pasal ni dengan akak.

"Adik apa?. Cakap lah". Kenapa dengan Suha. Macam urgent je. Mesti ada pape ni kalau tergagap.

"Kalau adik cakap, akak jangan marah ye".

"Iya, akak tak marah. Cakap je. Kenapa ni?". Dhia memegang tangan Suha. Sedikit sejuk. Mesti ada pape ni. Haihh budak ni.

"Ermm, adik.. adik nak pergi perkhemahan". Membulat mata Dhia mendengar apa yang telah Suha katakan.

"Kenapa nak pergi?. Kan adik tak boleh pergi aktiviti macam tu. Kesihatan adik macam mana. Doktor kata jangan kan adik. Kenapa ni".

Berdas das Dhia menjawab. Sebab tu aku tak berani nak tanya kat akak. Mesti jadi macam ni. Akak mesti cakap pasal kesihatan.

"Ala kak, bukan selalu sekali sekala je". Suha memujuk kakaknya dengan memegang tangan.

" Memang lah bukan selalu, tapi adik kan tak sihat. Kalau jadi apa apa nanti macam mana ". Risau Dhia bila Suha teringin nak pergi perkhemahan tu.

"Ala, nanti adik jaga kesihatan okay. Akak jangan risau tentang tu". Suha masih dalam keadaan memujuk kakaknya.

Harap harap akak izinkan. Suha teringin sangat nak buat aktiviti macam tu dengan kawan kawan. Sebab penyakit, Suha terpaksa lepaskan peluang nak buat macam macam aktiviti.

Macam tahun lepas. Suha nak pergi ke perkhemahan. Tapi akak tak izinkan alasan sebab sakit. Puas Suha pujuk Dhia tetapi tetap sama jawapan Dhja. Tak boleh. Suha terpaksa akur demi kesihatannya.

" Tapi.. kenapa Suha nak sangat pergi ni. Cuba bagi tau akak. Apa best nya pergi perkhemahan tu ". Dhia bukan tak izinkan Suha pergi tapi risau akan keadaan Suha. Nanti kalau sakit masa dekat sana macam mana.

" Sebab Suha tak pernah pergi mana mana aktiviti luar sekolah. Lagipon kawan kawan Suha pergi. Isya pon pergi. Suha teringin nak pergi juga. Nak rasa pengalaman perkhemahan macam mana".

Dhia nampak Suha menarik muncung. Dhka menghela nafas. Berat rasanya nak izinkan Suha pergi. Tapi tak sampai hati nak hampakan keinginan adiknya yang satu ni.

" Bila pergi ". Suha terus pandang Dhia dengan muka tak percaya.

"Akak izinkan ke? Suha pergi?". Teruja sungguh adik aku ni. Hishh nasib sayang.

Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now