Bab 16 [ODP]

34.3K 1.1K 23
                                    


Rumah banglo yang agak lama tidak dijenguk dimasuk oleh Ayyan. Kakinya melangkah ke ruangtamu. Di pandang segenap ruangtamu itu. Memang tak berubah.

Agaknya sudah sebulan dia tidak menjejaki kaki di rumah banglo ini. Setiap minggu dia akan upah seorang pembantu untuk membersihkan kawasan dalam dan luar rumah.

Tangga di daki ke atas. Bilik hujung di cari. Bilik yang mempunyai pintu berwarna coklat kehitam hitaman. Lain dari warna pintu yang bilik yang tersedia ada.  Kunci di masukkan ke dalam tombol pintu.

Klik! Pintu berjaya dibuka.

Gelap, malap.

Suis di petik. Lampu terbuka menerangi bilik itu. Bilik yang gelap mula cerah. Gambar yang banyak tergantung di setiap ruang dinding di lihat.

Potret yang masih belum siap dilukis masih lagi di atas papan lukisan. Hampir siap.

Kerusi di tarik dan terus duduk. Gambar perempuan yang dilukis itu di usap. Cantik!

Baju berlengan panjang disinsing(?) hingga ke paras siku. Takut nanti terkena cat. Berus di bawah diambil dan terus menyambung lukisan. Sebelum itu berus di basuh dengan air.

Setelah siap!. Sekali lagi gambar perempuan itu diusap. Potret yang baru sahaja siap digantungkan di dinding.

Kakinya mula bergerak ke gambar gambar perempuan itu. Penuh! Ya memang penuh!. Semuanya gambar dari zaman U hingga sekarang. Silap! Dari zaman sekolah menengah. Cuma perempuan tu je tak pernah perasan.

"Dhia kau cantik sangat. Sangat cantik. Aku langsung tak boleh berpaling dari kau. Langsung tak boleh!. Tapi kau tak pernah perasan aku selalu stalk kau masa sekolah menengah.

Cuma bila aku dah besar. Dah masuk U sama macam kau. Aku beranikan diri untuk bagi kau hadiah walaupon secara senyap. Sampai lah aku tekad nak bagi kau depan orang ramai.

Aku jeles bila kau bagi perhatian dekat lelaki tu tapi aku? kau tak pernah kesah!".

Ayyan berhenti bercerita. Air mata berkumpul di tubir mata. Bila teringat kisah semasa di U. Hatinya sakit! Tersangat sakit!.

Flashback masa di U.

Aku tersenyum gembira apabila melihat hadiah ditangan aku. Cadangnya Aku ingin memberi hadiah ini kepada Dhia secara berhadapan antara satu sama lain. Tapi yang terjadi? Lain. Aku nampak Dhia sedang bersembang dengan seorang lelaki. Dekat sangat dekat.

Kaki aku berhenti. Hati aku sakit!. Dhia hak aku!. Tak ada sapa yang boleh dekat dengan dia kecuali aku. Iya aku. Syafiq Ayyan tak akan membenarkan!

Aku nampak lelaki itu bangun dari kerusi sambil mengemas buku. Kelihatan lelaki itu macam nerd? Cermin mata besar? Baju kotak kotak! Tapi tetap tak boleh! Aku tak izinkan sapa sapa dekat dengan buah hati aku.

Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now