Part 6 [ODP]

40.4K 1.6K 50
                                    


Sudah seminggu Dhia berkerja di kedai bunga. Alhamdulilah semuanya baik. Dan seminggu juga lah Dhia mendapat surat. Surat yang pelik pelik. Semenjak berjumpa dengan Ayyan. Bermacam macam surat yang Dhia terima

Salah satu isi dia. 'I love you Dhia'. Dan bermacam macam lagi. Dhia tak pasti siapa yang hantar. Pernah juga Dhia terpikir penjenayah ke yang hantar?. Dan dia juga terpikir Ayyan ke yang hantar. Sebab Ayyam je yang macam.. Entah lah. Dhia takut juga tapi buat tak ada apa apa sudah.

Dhia duduk di tepi sambil mengubah bunga bersama Anis. Ya Anis ialah rakan kerja setempat Dhia. Kitorang pon agak rapat. Mula mula ingatkan yang si Anis ni sombong rupanya. Baik. Cuma agak kasar. Macam tomboy. Haha tak apa lah janji baik dan rajin.

" Dhia jaga kaunter kejap Akak nak ke tandas ni ". Terpegang pegang seluar yang dipakai. Dah tak tahan sangat tu. Dhia dan Anis ketawa.

Dhia bangun dan pergi ke kaunter. Manakala Anis mengubah bunga.

" Dhia kau tak dek Boyfriend ke?". Aikk Anis ni. Tak ada soalan lain ke nak ditanya. Soalan tu juga.

"Tak ada kenapa tanya?. Kau ada ye". Dhia mengusik si Anis ni. Nak kacau aku lah tu!

" Yeke tak ada muka lawa tak kan tak dek. Menipu je kau ni ". Anis mencurigai Dhia. Dia ni kang hempuk guna bunga ni kang.

"Rupa aku ada Boyfriend. Alamatnya lari lah dia". Anis menunjuk dirinya sendiri serta berbaur gurauan disitu.

Dhia dan Anis ketawa. Apa lah Anis ni. Dhia gelengkan kepala.

Tiba tiba datang seorang lelaki berkot masuk ke kedai kami. Dengan lagak bergayanya.

Dhia tercengang!. Kenapa dia datang sini. Jangan cakap nak beli bunga. Hishh memang lah beli bunga kalau tak buat apa dekat sini ngek lah kau ni Dhia. Haishhh.

Kaki mula mengeletar. Tangan mula mengigil. Kenapa ni. Jangan takut. Dia tak kan buat apa apa dekat kau punya. Kang Kak Athar dengan Anis hempuk baru tau. Mau gol terus.

" Selamat datang ke kedai bunga Athar. Boleh saya bantu ". Dhia bercakap seperti biasa walaupun rasa nak pengsan ni.

"Encik datang beli bunga ke?. Nak bunga apa". Soalan yang biasa kami tanya kepada pelanggan yang datang. Dhia memandang Anis. Yang Anis leka dengan gubahan bunganya.

Lelaki ini hanya memandang Dhia. Timbul rasa tidak senang. Dhia mula berpeluh. Cepat lah cakap nak beli apa. Jantung ni macam baru lepas berlari laju semacan je.

" Encik nak beli bunga apa ". Malas nak lama lama dengan dia. Rasa macam nak halau je dia ni. Tapi nanti Kak Athar kata kita kena hormat pelanggan. Abis kalau macam ni rupanya aku rasa, akak pon maki je. Bukan sekarang waktu dia kerja ke.

" Saya nak beli bunga dengan depan saya ni boleh". Okay dia mula bukak cermin mata hitam dia. Dan memandang aku. Ya Allah indah nya pemandangan ni. Aku tak tipu. Memang Ayyan mempunyai wajah yang kacak.

"En.. Encik jangan me.. merepek". Kenapa tergagap ni. Nampak sangat kau takut dengan dia Dhiaaaa.

"Kenapa tergagap ni sayang". Dia mula menongkatkan mukanya menggunakan kedua tangannya sambil tekun melihat wajah pujaannya yang berona merah.

Malu mungkin?

" En..cik jangan main main. Kalau tak nak beli sila keluar". Dhia halau pelanggan ke?. Kalau akak tau ni mesti  kena marah.

" Macam ni ke layan pelanggan ". Sinis soalan dia. Dhia betul menyampah dengan orang yang macam ni.

Kau bertambah cantik Dhia. Sejak aku jumpa kau minggu lepas, hati aku makin suka kat kau. Tapi kau tak rasa apa apa ke?. Bisik hati Ayyan

"Saya minta maaf kalau tersalah bahasa". Terpaksa Dhia meminta maaf kalau dibuatnya Ayyan ni kecoh. Abis Kak Athar nanti. Pasal aku , dia yang akan kena.

" Haha takut ke?. Aku tak akan buat kecoh kalau kau ikut aku keluar ". Ugut?. Kenapa lelaki kacak depan Dhia macam ni ?.

"Maaf saya tak boleh. Saya di sini bekerja bukan nak berjalan". Dhia betul betul tak selesa nak keluar dengan Ayyan. Minta maaf lah sangat sangat. Dah lah perangai macam orang gila.

" Ouhh kalau macam tu apa kata panggil bos awak datang hadap saya. Saya nak cakap dengan dia kenapa pekerja dia ni layan pelanggan macam ni eh!". Tersenyum Ayyan bila mengugut Dhia. Dhia tidak mahu atas salah dia orang lain kena.

" Ja.. Jangan. Saya minta maaf sekarang saya sedang kerja. Tak boleh keluar ". Terpaksa Dhia gunakan pekerjaan supaya tak keluar dengan Ayyan. Harap harap lelaki ni faham. Dhia tak suka keluar semasa bekerja. Kalau terpaksa atas sebab tertentu tak apa.

"Ouhh really". Apesal susah sangat nak ajak perempuan ni keluar. Ayyan tau Dhia tidak suka akan dirinya tapi tak apa nanti aku akan buat kau suka aku. Tunggu je lah.

Dhia hanya menunduk. Tak berani nak bertentang mata dengan Ayyan. Ayyan mempunyai daya tarikan yang kuat. Tapi tidak dapat mengetarkan hati Dhia

" Betul kau tak nak keluar dengan aku.. ". Ayyan mendekatkan mukanya ke muka Dhia. Dhia pandang ke tempat Anis berada tapi mana dia. Asal tak dek!.

"Ha tu bos kau kan". Ayyan menyambung kembali percakapan dia dan menunjuk ke arah Kak Athar yang sedang berjalan ke arah kami.

Oh no!. Jangan.
Dhia mengelengkan kepala.
Aku tak tau nak buat apa ni.

" Ya kenapa ni encik boleh saya bantu ". Kak Athar mengambil tempat di sebelah Dhia. Sambil tersenyum memandang lelaki ini dan Kak Athar memandang Dhja dengan pandangan -kenapa-.

"Tak dek saya nak cakap yang macam mana cik boleh ada pe... ".

" Saya ikut awak ". Belum sempat Ayyan melanjutkan ayatnya sudah dipotong oleh Dhia laju

Aku tak nak Kak Athar kena marah. Ni salah aku bukan salah Kak Athar.

Kak Athar melihat kami berdua pelik!. Terangkat kedua kening Kak Athar.

"Bagus...". Ayyan mengangguk sedikit kepalanya.

" Aku bukan kejam sangat nak buat kau macam ni. Aku ambil kau jam 9 nanti. Bagi sini no telefon kau ". Ayyan berbisik kepada Dhia. Ayyan menadah tangan seperti meminta gula gula.

Dhia tidak mrmbuang masa lagi terus menulis nombor telefonnya sebelum menyerahkan kepada Ayyan

" Terima kasih". Ayyan mengambil kertas itu dan tangannya masuk menyeluk poketnya. Kad Bisnesnya diberikan kepada Kak Athar dan berlalu pergi.

Sempat Ayyan kenyitkan mata ke arah Dhia sebelum memakai cermin matanya.

" Wow CEO. Mantap ". Kak Athar bersuara sambil matanya melihat kad itu.

"Untung lah CEO minta nombor telefon". Kak Athar mengusik Dhia menggunakan sikunya. Dhia tersenyum hambar.







Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now