Bab 46 [ODP]

29.4K 1.1K 46
                                    


Last update . minggu depan aku spm dah. Bye korang. 💕



"Jahanam kau!" Jerit Ayyan tumbukan demi tumbukan yang padu diberi kepada Nasrul kuat sehingga terlepas pelukan pada Dhia serta merta dan jatuh ke lantai.

"A.. Abang" Gagap Dhia memanggil apabila melihat Ayyan tanpa henti menumbuk Nasrul tanpa Nasrul membalasnya.

"Bangsat kau! Bini aku kau sentuh memang cari nahas sial!". Setelah puas melepaskan tumbukan kini leher baju Nasrul dicekak kuat sehingga terdorong Nasrul mendekati wajah bengang Ayyan.

Nasrul menahan perit pada pipinya. Sungguh amat menyakitkan. Pasti sebentar lagi lebam pipinya akibat tumbukan yang bertubi tubi tadi.

" A.. Abang " Dhia yang memaut bahu Ayyan ditepis kuat oleh Ayyan bersertakan jerkahan.

"Kau diamlah!!". Jerkah Ayyan dapat menarik perhatian orang ramai yang datang ke mall itu.

" Aku tanya kau ni bangsat. Asal kau peluk bini aku! Dah kemaruk sangat ke! Kalau kau kemaruk sangat cari perempuan lain lah!!". Kolar baju Nasrul dilepaskan kasar. Terbaring Nasrul sambil memegang pipinya.

Perut Nasrul , Ayyan pijak dan sepak melepaskan geram yang teramat. Makin meringkuk Nasrul mengecilkan tubuhnya akibat kesakitan.

Darah mula keluar dari hidung dan mulut Nasrul. Pipi Nasrul mula menunjukan lebam yang keunggu ungguan.

"Abang!". Sekali lagi Dhia memanggil suaminya yang seakan akan dirasuk memukul Nasrul tanpa henti. Orang sekeliling hanya melihat tanpa ada yang membantu.

Mata tajam Ayyan beralih kepada Dhia. Dhia segera menundukan pandangan apabila terpandang mata Ayyan yang serupa helang.

" Kau ikut aku!". Tangan Dhia ditarik kasar. Dhia hanya mampu mengikuti pergerakan Ayyan yang sememangnya kasar. Hampir terjatuh dia kerana tarikan kasar daripada Ayyan.

"Abang sakit!". Rayu Dhia bersama linangan air mata. Sungguh sakit pergelangan tangannya kini. Rasa mahu patah.

" Diamlah!" Tengking Ayyan. Tidak dapat dikawal perasan marahnya terhadap Dhia walaupun dia tahu itu bukan kesalahan Dhia langsung namun apa yang telah dilihat tadi seakan Dhia merelakan saja perbuatan Nasrul.

Pintu kereta dibuka secara kasar. Tubuh Dhia ditolak masuk tanpa secalit senyuman yang terhias di wajah Ayyan.

Dhia yang tidak bersedia terus terduduk di seat kereta. Perutnya dipegang. Ayyan menolaknya agak kuat. Risau akan kandungan yang masih baru lagi.

"Astaghfirullahalazim" .

Beristighfar Dhia di dalam hati. Semoga kandungannya baik baik saja.

Ayyan masuk dengan hempasan pintu kereta yang kuat. Menghasilkan bunyi dentuman yang kuat. Terhinjut bahu Dhia ke atas akibat terkejut. Jantungnya berdetak hebat.

Tali pinggang digapai sebaik Ayyan memandu kereta dengan kadar yang gila ; laju. Menegang urat di leher dan di tangan Ayyan.

Dhia tersandar penuh ke seat apabila Ayyan tidak memperlahankan keretanya. Ayyan masih dengan marahnya yang tak terkawal. Masih tersisa lagi marah di hati.

Ikutkan hati nak saja Ayyan menumbuk muka Nasrul sehingga pecah. Memandangkan Nasrul berperangai setan.

"Abang". Gugur air mata Dhia dengan keadaan dia ketakutan. Namun Ayyan sedikit pun tidak mengalihkan pandangan kepada dirinya.

Kelajuan kereta ditambah lagi. Dhia memejam kuat matanya. Ayyan memotong beberapa buah kereta di lebih raya tanpa memikirkan keselamatan sesiapa pun.

Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now