2. Bucu Katil

4.3K 20 2
                                    

Asrul meletakkan handphonenya ditepi katil. Dia merangkul belakang gadis yang terbaring disebelahnya. Selepas penat memujuk gadis ini malam tadi akhirnya dia berjaya. Dia masih teringat kelincahan, keghairahan dan kenakalan yang ditunjukkan oleh gadis tersebut malam tadi.

Gadis itu merengus manja apabila Asrul menyelak rambut yang menutupi leher gadis itu dan menciumnya. Tangan yang berada diatas perut gadis tersebut dilarikan ke bahagian dada yang terdedah.  Gadis tersebut mendengus.

"Baby..." rengek gadis tersebut manja. Suara gadis yang manja itu menyebabkan Asrul tentu arah. Dia memusingkan badan gadis itu memandangnya. Dia mencium leher gadis itu.

'Tuk... tuk... tuk...' pintu diketuk dari luar. "Asrul!" Asrul merengus.

'Tuk... tuk... tuk...' pintu diketuk lagi. "Asrul!" Dia mengetahui pemilik suara itu.

Asrul menepuk paha gadis dihadapannya dan mengisyaratkan gadis itu diam dan memakai baju. Dia mengutip pakaian yang yang berterabur diatas lantai dan melemparkan pakaian kepada gadis tersebut.

'Tuk... tuk... tuk...' pintu diketuk dengan lebih kuat. "Asrul!!" jeritan lebih kuat. Apabila dia melihat gadis itu enggan memakai pakaian, Asrul mengangkat gadis itu kemudian diletakkan dalam bilik air. Pakaian dan selimut turut dilempar ke dalam bilik air. Asrul mengisyaratkan senyap kepada gadis itu. Pintu ditutup. Dia terus menyambar boxer dan menyarungnya.

Asrul membuka pintu. Dia melihat Nina tercegat di depan pintu. Asrul mengeluh. "Nak apa?" tanya Asrul. 

"Powerbank aku mana?" kata Nina yang melihat Asrul dengan rambut yang kusut masai. 'Baru bangun tidurlah tu.' desisnya sendiri.

"Bukan haritu aku dah pulang ke?" Asrul menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Esok tu kau rembat pastu bawak balik." Nina menjengahkan kepalanya ke dalam bilik Asrul. Asrul menunjal kepala Nina supaya tidak melihat keadaan biliknya. Dia berharap tidak ada apa-apa yang ditinggalkan semasa kelam kabut tadi.

"Hah! Tu atas meja kau tu." Nina menolak dada Asrul dan meluru ke arah powerbanknya. Dia sudah berjanji dengan Fateh untuk menonton wayang dan bermain go-kart. Dia risau sekiranya bateri habis tanpa sempat mengambil gambar yang banyak. Nina mengambil powerbank dan menekan butang power, kelihatan angka 0 tertera di skrin powerbanknya.

"Yishhh... dah pakai bukan reti nak cas balik!" bentak Nina. Asrul mengambil powerbank yang berada ditangan Nina. Kemudian membuka laci meja dan memberikan powerbanknya kepada Nina. 89% power yang ada dalam powerbank tersebut. Nina tersenyum puas. 

"Nanti aku pulangkan." kata Nina. Dia memandang Asrul dan memberi senyuman yang dia rasakan comel. Tetapi Asrul hanya memandangnya tidak berkelip dengan pandangan yang dia tidak dapat tafsir. Asrul melangkah mendekati Nina. Nina menelan liur melihat Asrul yang sedikit pelik ini. Dia baru teringat dia kini berada dalam bilik Asrul berdua dan keadaan Asrul yang hanya berboxer. Dia mengundur kebelakang setiap kali Asrul mara ke arahnya. Kini jarak diantara mereka adalah satu jengkal. Asrul sengaja ingin mengusik Nina. Dari jarak itu, Nina boleh menghidu bau dari Asrul.

'Buk!' Asrul jatuh ke lantai. Nina menolaknya sekuat hati. "Babilah. Mulut busuk sial!" marah Nina. "Muka je helok dah, mulut bau loji!" kata Nina dan meninggalkan Asrul yang sedang bergolek diatas lantai. Tolakan Nina tadi telah menyebabkan punggungnya mengenai bucu katil yang diperbuat dari kayu jati.

Nina menutup pintu bilik Asrul dengan kuat. Dia keluar dari rumah Asrul yang berada di belakang rumahnya. Dia memasuki rumah melalui pintu belakang. 

Asrul menggosok punggungnya beberapa kali. Jeritannya menyebabkan gadis yang berada didalam bilik air keluar. "You okay tak baby?" tanya dia lembut.

"Sakit sial. Makan apa entah budak tu, kuat pulak tu." Kata Asrul. Gadis itu bantu menggosok punggung Asrul perlahan. "Ala sikit je ni. Lepas kita ehm ehm elok lah tu." kata gadis itu. Dia mencapai jari Asrul dan dipegangnya. Asrul merentap tangannya.

"Ehm ehm apa? Tengok ni, dah kecut!" Asrul menunjuk ke arah boxernya.

"Habis I macam mana?" rengek gadis itu.

"You onani jelah sana." kata Asrul. Dia mencapai tuala yang tergantung dan menuju ke bilik air. Gadis tersebut merebahkan diri ke katil, tanda merajuk.

...

Asrul keluar dari bilik air. Dia melihat gadis tadi sudah keluar dari biliknya. Dia tidak terlalu memikirkan perasaan gadis yang bersamanya. Sebab dia tahu, mereka pasti akan datang semula kepadanya. Asrul menyarung boxer kemudian jeans lusuhnya. Dia mencapai tee hitam dengan tulisan linkin park berwarna putih. Rambut dikeringkan kemudian disarungkan dengan snow cap hitam. 

Asrul menuju ke rumah Nina. Dari jauh dia melihat Fateh yang sedang masuk ke rumah Nina. Dia melajukan langkahnya. Dia melihat Fateh sedang mendaki anak tangga menuju ke tingkat satu. Asrul menuju ke ruang tv. Dia membuka tv dan mencari siaran tetapi tidak ada siaran yang menangkap perhatiannya. 

Selepas beberapa kali menukar siaran, dia berhenti di saluran 104. Romantika Farid Kamil dan Diana Danielle disiarkan. Selepas hampir tiga puluh minit melihat siaran, dia memandang ke tingkat atas. Dia teringat Fateh yang menaiki tingkat atas tadi. Dia rasa tak sedap hati.

Asrul bangun dan mula mendaki tangga. Dia melihat Fateh dan Nina berada didepan pintu bilik Nina, sedia untuk turun. "Eh kau buat apa dekat sini?" tanya Nina, berkerut. Asrul sedang tercegat dihadapan tangga.

"Hah? Nak bagitau tak jadi join korang tengok wayang and go kart." kata Asrul. Menggaru kepanya yang tidak gatal. Masakan dia nak bagitau yang di nak tau apa yang Fateh dan Nina buat diatas.

"Kau ajak dia ke Fateh?" Nina memandang Fateh. "Yelah takkan berdua je kut. Jomlah der. Takkan aku nak berdua je dengan makcik banyak cakap ni." pujuk Fateh. Dalam hati Nina dia berharap Asrul tidak mendengar pujukan Fateh.

"Ehm awek aku ajak datelah." Asrul menepuk bahu Fateh kemudian menuruni tangga. Nina dan Fateh membontoti Asrul. "Sure taknak ikut?"

"Ei takyahlah ajak dia." rengek Nina disebelah Fateh.

"Yap! Korang have fun, aku jaga roomstay ni." kata Asrul menuju ke ruang tv. "Okay. Nanti jangan lupa tekan pintu ni kalau kau nak keluar." jerit Nina kepada Fateh. "Okay ciao." laung Fateh pula dari pintu utama.

Asrul memandang ke arah kereta yang berhenti didepan rumah melalui tingkap. Fateh dan Nina menempah grabcar untuk memudahkan perjalanan mereka. Asrul mencebik. Remote tv diambil dan siaran ditukar beberapa kali. Dia menutup tv selepas tiada siaran yang menarik. Handphone didalam beg diambil. Aplikasi whatsapp dibuka.

'Baby... sambung tadi jom.' butang hantar ditekan.

'You kat mana? I kat rumah you ni.'

'Lah tak balik lagi ke. Dalam seminit I sampai. Give me a suprise.'

Asrul tersenyum lebar. Dia mencapai beg dan menuju ke rumahnya.

Bersalut TubuhWhere stories live. Discover now