3. Ciri Idaman

3.6K 15 0
                                    

Fateh berjalan di koridor tingkat tiga menuju ke kelasnya. Dari situ dia melihat Nina yang sedang menulis sesuatu. Dia melihat jam ditangan kanannya. Tepat jam 7.30 pagi. 

"Nina, tak siap kerja ke tu?" Fateh menegur Nina. Dia meletakkan beg dikerusi kosong bersebelah Nina dan duduk.

"Fateh, pinjam wei. Nak tiru." Nina membuat muka minta simpati kepada Fateh. Fateh menunjal kepala Nina.

"Boleh, dengan syarat." kata Fateh. Tangannya menyeluk ke dalam beg mengambil buku latihan Prinsip Akaun.

"Cool. Aku tak kisah apa pun syarat, aku buat." Kata Nina. Dia terus merampas buku dari tangan Fateh.

"Perlahan-lahan lah. Koyak buku tu nanti." Fateh menegur apabila dia melihat Nina menyelak helaian mukasurat dengan kuat.

"Aku malam tadi huru hara gila. Kak Ayu tak balik-balik lagi. Ummi dengan abah sibuk dengan work. Tinggal aku uruskan bilik semalam." kata Nina tanpa dipinta. "Semalam bilik tiga dengan bilik tujuh bersepah gila babi. Aku kena mop, tukar cadar baru." sambungnya. Tangannya masih ligat dengan menyalin semula apa yang ditulis oleh Fateh.

"Banyak lagi ke?" kata Fateh. Dia melihat jam menunjukkan pukul 7.45 pagi. "Sikit lagi. Satu soalan je tinggal." kata Nina. 

"Aku pergi kafe bawah dulu eh? Lapar." kata Fateh yang sudah bangun. Dia mengusap perutnya yang kelaparan. Sebelum waktu kelas bermula jam 8.00, dia ingin bersarapan dulu di kafeteria sekolahnya.

"Jom. Aku dah siap." kata Nina. Dia menghabiskan titik terakhir dalam buku latihan Prinsip Akaunnya.

...


"Fateh, kau pergi tak trip next week?" tanya Nina sambil menghirup milo ais yang tingga separuh. 

"Hm aku tak cakap lagi dengan mak aku. Tapi, aku pergi je. Dah bagi nama. Kau pergi tak?"

"Pergi. Tak sabarnya nak pergi pulau." Nina tersengih-sengih. Dia sudah membayangkan betapa seronoknya nanti.

"Miss Rose nak 25 orang je kan?"

"Yup. Aku rasa 15 orang budak kelas kita, lagi 10 orang budak kelas sebelah." kata Nina. Fateh mengangguk perlahan. Ada sesuatu dalam fikirannya sekarang. Nina dan Fateh yang bersekolah di sekolah swasta tidak menyukarkan mereka mendapat tempat untuk pergi ke mana-mana trip. Bagi tingkatan lima cuma ada dua kelas sahaja. Setiap kelas mempunyai pelajar tidak lebih daripada 20 orang. Memudahkan pembelajaran dan cikgu-cikgu untuk fokus kepada pelajarnya.

"Jom lah naik kelas. Nak pukul 8 dah ni." kata Fateh. Dia dan Nina berjalan menuju ke kelas.

...

Asrul mengetuk permukaan meja perlahan. Matanya semakin layu, tetapi dia cuba untuk menahan kantuk itu dengan mengetuk meja. Syarahan Puan Hafizah di depan tidak mendapat perhatian Asrul. Asrul kini berada pada semester empat bidang arkitek. Selepas tamat SPM, dia memohon asasi kemudian terus menyambung ke bidang sains seni bina. 

"Genji, kelas dia habis pukul berapa?" Asrul menyinggung siku rakannya Genji yang duduk disebelah.  Genji menulis angka 10 pada test pad di atas meja. Asrul mengeluh. Lagi 20 minit kelas History of Architecture akan tamat. Asrul mengambil handphone dan kunci kereta didalam beg kemudian diselukkan ke dalam poket. Dia terus keluar dari kelasnya. 

Apabila sampai di kereta dia menghantar mesej kepada Genji untuk membawa begnya pulang ke rumah sewa dan dia akan mengambil kemudian. Enjin kereta di start. Dia mengetuk stereng kereta memikirkan siapa yang ingin menemannya.

'Nuya, dah bangun belum?' Asrul menghantar mesej kepada Nuriya yang lebih mesra dipanggil Nuya. Nuya merupakan rakan sekelas Asrul semasa disekolah. Selang berapa minit notification dari aplikasi whatsapp berbunyi. 'Kelas cancel. Jom breakfast.'

Bersalut TubuhWhere stories live. Discover now