"Abah, lusa Nina pergi Perhentian. Ummi ada bagitau abah kan?" Nina memandang Umminya, Puan Fareeda meminta kepastian.
"Ada ummi bagitau abah." kata Encik Kareem. "Berapa hari?" tanya Encik Kareem kepada Nina. Mereka bertiga sedang menikmati minum petang dibahagian rooftop rumah mereka. Kebetulan hari biasa jadi tak banyak orang keluar dan masuk roomstay mereka. "Emm empat hari tiga malam." kata Nina.
"Elok-elok je kat sana. Make sure mandi laut dengan Fateh, jangan sorang-sorang. Tu je." pesan Encik Kareem. "Nina nak duit lebih sikit ye bah." kata Nina sambil tersengih.
"Jangan risau, nanti ummi tambah ye." kata Puan Fareeda mengusap pipi anak kesayangan mereka. Nina merupakan satu-satunya anak Puan Fareeda dan Kareem. Selepas berkahwin lima tahun, mereka dikurniakan anak pertama mereka. Selepas itu, Puan Fareeda tidak lagi boleh mengandung selepas keguguran anak kedua.
"Abah ngan ummi nak apa-apa tak? Nanti Nina bawak balik." kata Nina.
"Nina balik dengan selamat pun cukup." kata Encik Kareem. Nina tersenyum. Dia bersyukur kerana dikurniakan ummi dan abah yang penyayang dan sangat menyokong dengan apa yang dia ingin lakukan. Dia melihat Kak Ayu yang sedang menaiki tangga.
"Eh Kak Ayu. Lama tak nampak?" tanya Nina. Kak Ayu membawa sesuatu didalam pinggan. "Ni kek sarawak. Kak Ayu balik Sarawak hari tu." Nina melihat kek yang berwarna warni yang berada diatas meja. Dia mengambil satu dan menyuap ke dalam mulutnya. "Emm... sedapnya Kak Ayu." kata Nina. Dia mengambil satu lagi potongan kek dan dimasukkan ke dalam mulutnya. Dia keriangan. Kak Ayu yang berdiri menunduk. Sesekali dia cuba memandang Puan Fareeda yang sedang melayan Nina. Tetapi Encik Kareem memandangnya tajam. Dia kembali menunduk.
"Ayu." panggil Encik Kareem.
"Ye Encik." jawab Kak Ayu sambil menunduk.
"Okay balik kampung haritu?" tanya Encik Kareem.
"Hm okay je." balas Kak Ayu sepatah.
"Nina... ingat tak syarat yang aku cakap dengan kau haritu?" tanya Fateh. Dia berdiri disebelah Nina yang sedang duduk di bustop sekolah. Jam menunjukkan 6 petang. Mereka sedang menunggu bas yang akan membawa mereka ke Besut, Terengganu untuk trip ke Pulau Perhentian.
"Janji yang mana?" Nina mendongak sedikit kepala memandang Fateh yang sedang berdiri.
"Kau tak ingat ke? Ala masa kau pinjam buku latihan prinsip akaun akaun hari tu. Ingat?" tanya Fateh tersengih-sengih.
"Oh. Ha nape?" Nina berkerut memandang Fateh yang tersengih-sengih seperti orang angau.
"Hm... sana sikit." Fateh menolak badan Nina meminta ruang untuk dia duduk. Nina kesot sedikit ke kiri.
"Mimi budak kelas sebelah kau kenal dia kan?" tanya Fateh.
"Kenal. Dulu masa kem berpusat aku satu chalet dengan dia. Kenapa?" tanya Nina.
"Minta nombor dia untuk aku." kata Fateh. Nina terpempan mendengar kata-kata Fateh.
"Kau suka dia eh?" Nina masih lagak bersahaja. Fateh tersengih-sengih dan mengangguk. "Aku ada nombor dia. Jap." Nina mengeluarkan handphone dari seluar jeansnya. Dia menekan icon contact dan mencari nombor Mimi.
"0182778891." kata Nina. Fateh menaip semula nombor yang disebut Nina. "Thanks Nina." kata Fateh. Fateh bangun terus menuju ke arah Hisyam dan Fendi rakan kelas mereka yang lain. Nina memandang Mimi yang berada dikelompok kelasnya. Mimi yang memakai skinny jeans hitam paras paha dan tshirt lengan panjang berona kuning, rambutnya paras pinggang dilepaskan. Nina melihat pula pakaian yang dipakainya boyfriend shirt dan jeans paras buku lali dengan cap nude. Dia mengeluh.
YOU ARE READING
Bersalut Tubuh
RomanceNina merupakan gadis 17 tahun yang polos dan naif. Dia ingin mengubah menjadi seorang gadis yang cantik dan seksi untuk memenuhi ciri-ciri gadis idaman Fateh, rakan karibnya. Fateh, rakan sekolah Nina sering menunjukkan ciri-ciri lelaki budiman apab...