6. Terlepas Kata

2.4K 22 1
                                    

Nina mengeliat perlahan. Badannya masih rasa sakit yang teramat sangat. Dia rasa selesa dengan katil yang lembut dan selimut yang gebu. Bilik yang beraircond sangat selesa. Dia berguling ke kiri. Tetapi golekannya terhenti apabil terdapat objek keras disebelah kiri yang menghalang. Dia membuka mata. Matanya terbeliak apabila melihat seorang lelaki tanpa baju sedang baring di sebelah. Cardigannnya juga sudah hilang. Terus dia teringat Zarul yang cuba merogolnya semalam. Dia menendang lelaki itu ke bawah. Dia menjerit.

Asrul memegang buntutnya yang terhentak ke lantai. Dia bangun dan melihat Nina sedang menjerit di atas katil. Dia bangun semula dan duduk diatas katil. "Kau okay?" tanya Asrul. Nina berhenti menjerit apabila melihat Asrul yang berada didepan matanya. Kemudian dia teringat semalam dia jumpa dengan Asrul di Pulau Susu Dara. Tetapi dia melihat Asrul yang hanya berboxer. Dia menjerit lagi. Asrul yang masih mengantuk terbeliak mendengar jeritan Nina. Dia terus menekup mulut Nina sehingga menghimpit Nina sedikit.

"Kau janganlah jerit macam tu. Nanti orang ingat aku buat jahat pulak." kata Asrul. Nina menepuk bahu Asrul kuat apabila dia sedar kedudukan mereka yang terlalu hampir. Asrul melepaskan dan Nina menolak Asrul hingga terbaring. Dia mengambil selimutnya dan menyelimutkan Asrul yang terdedah. "Kau apahal tidur sebelah aku? Dengan macam tu?" marah Nina. Asrul kembali duduk didepan Nina.

"Dah tu takkan aku nak baring kat atas lantai. Lagi kira okaylah aku pakai. Selalunya tak." kata Asrul. Dia membaling selimut kembali ke arah Nina. "Habis dekat rumah aku rileks je." kata Nina membaling semula selimut ke arah Asrul.

"Rumah orang lain. Ni bilik aku sendiri. And aku selesa macam ni." kata Asrul. Dia memandang keadaan Nina yang sedikit terdedah. Dress pendeknya telah tersingkap hingga menampakkan seluar dalamnya yang berbunga dibahagian tepi. "Nah selimut, tutup apa yang patut." Asrul baling selimut tepat ke muka Nina. Nina teringat yang dia meminjam dress pendek Mimi semalam. Dia cepat-cepat menutup tubuhnya.

"Asal kau bukak cardigan aku?" kata Nina. Dia melihat Asrul yang sudah berdiri dan sedang minum air botolnya. "Dah bau muntah, aku buang jelah."

"Asal kau buang?"

"Sebab busuk." jawab Asrul perlahan. "By the way, kau duduk pulau mana?" tanya Asrul kepada Nina yang sedang berselubung dengan selimut. "Lah... perhentianlah kau dah kenapa?" tanya Nina.

"Nanti kau whatsapp Fateh, kasi tau kau balik dengan aku." kata Asrul. Dia mencapai tualanya ingin menuju ke bilik air. 

"Tak apa nanti aku pergi bilik aku. Dekat je kan?" kata Nina. Dia kembali baring.

"Kau nak pergi dari Redang ke Perhentian naik apa? Jalan kaki?" tanya Asrul sebelum menutup pintu bilik air. "What?!" jerit Nina kembali duduk.

"So sekarang kita dekat Redang? Dah berapa lama kau dekat sini? Tak bagitahu aku pun. Kau datang dengan siapa?" tanya Nina bertubi-tubi selepas Asrul keluar dari bilik air. Asrul membiarkan jawapan Nina tidak terjawab. Dia menyarung shortpant dan singlet hitam ke tubuh. Tuala yang dililit dipinggang di baling ke arah Nina yang sedang duduk di kerusi. Nina mengambil tuala itu dan membalingnya ke lantai.

"Asal air ni macam masam tapi sedap eh?" tanya Nina kepada Asrul. Asrul berhenti menyikat rambut. Dia menuju ke Nina. "Air mana kau ambil?" dia gusar sekiranya Nina minum air 'itu'. Nina menunjuk ke arah botol yang bergelimpangan di tepi kerusi. "Berapa banyak kau minum?" tanya Asrul, panik.

"Half..." Nina terus tak sedarkan diri.  Asrul menepuk dahinya. Dia mengangkat Nina kembali ke atas katil. Botol 'air' dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah. Dia terus menyimpan peralatan yang tidak sepatutnya dilihat oleh Nina ke dalam begnya. 

Usai kemas dia mencari handphone Nina didalam beg slingnya. Baterinya mati. Dia mengambil handphonenya lalu mendail nombor Fateh.

"Der..." Asrul memanggil apabila Fateh menjawabnya.

"Asrul, mampos aku Asrul, Nina hilang wei. Mati aku wei. Mati aku. Dahlah Pak Kareem dah pesan tengokkan minah tu. Dari semalam dia tak balik. Taktahu lemas ke sesat ke." kata Fateh ditalian. "Semalam aku dah pergi pulau lain, balik je tengok dia tak balik-balik. Pagi ni pun dia tak ada. Apa aku nak buat sial." sambungnya lagi tanpa memberi ruang kepada Asrul bercakap.

"Dia ada dengan aku."

"Kau jangan memain sial. Anak orang tu, bodoh." marah Fateh yang menganggap Asrul ingin memperdajalkannya.

"Mana ada. Serius dia ada dengan aku. Nanti aku ambil gambar dengan dia send ke engkau." kata Asrul. Dia melihat Nina yang sedang berbaring di atas katil.

"Asal ada dengan kau?" tanya Fateh, mempercayai kata-kata Asrul.

"That guy nama Zarul bawak dia pergi pulau lain try nak rogol dia. Luckily aku ada dekat sana."

"Serius? Serius dia buat macam tu dekat Nina?"

"Yup."

"Babi punya Zarul. Memang aku nak terajang je dia. Anak babi!"

"Rileks okay. Kau cakap dekat cikgu kau, Nina balik dengan aku. Cakaplah dia sesat and aku jumpa dia. Aku tak boleh nak hantar sana. Aku dekat Redang ni. Petang ni gerak tempat lain." kata Asrul.

"Okay bro. Thank you so much, bro. Jaga Nina elok-elok."

"Okay, no hal. Bye." Asrul mematikan taliannya. Handphone dicampak ke atas katil. Dia keluar meninggalkan Nina tidur seorang diri.

"Kita nak pergi mana?" tanya Nina kepada Asrul. Mereka kini berada dijeti menunggu bot untuk naik ke darat. "Balik. Nak balik tak?" tanya  Asrul kepada Nina. "Ke nak stay satu malam lagi kat sini dengan aku?" tanya Asrul. Nina tidak mengendahkan kata-kata Asrul yang dia tahu ingin mengusiknya. Perutnya rasa memulas selepas bangun tadi. Kemudian Asrul membawa Nina untuk makan sup di restoren resortnya. Baru rasa sedikit lega. Kemudian mereka berjalan disekitar Pulau Redang dan mengambil gambar. Sebelum kemas untuk balik ke KL.

Nina mengeluarkan handphone yang sudah di caj. Dia mengambil gambar Asrul dari sisi tepi. "Cuba tengok ni." Nina menunjukkan gambar tersebut kepada Asrul. Asrul melihat gambar yang ditunjukkan Nina. "Handsomenya aku..." kata Asrul. Nina menjulingkan matanya. 

Kemudian dia melihat lagi gambar-gambar yang diambil di pulau tadi. Dia baru teringat, dia jarang mengambil gambar dengan Asrul. Dia zoom ke arah Asrul yang tersenyum, Nina tersengih. Asrul mempunyai lesung pipit yang tajam disebelah kanan, rambutnya diwarna dengan sedikit perang, berkulit kuning langsat dan mempunyai bibir yang agak pink. Mungkin sebab dia tidak merokok. Dia melihat pula gambar lain mereka berdua yang diambil oleh rakan-rakan Asrul. Dia akui Asrul sememangnya ada rupa.

"Jangan tengok lama sangat. Nanti jatuh hati." Asrul bisik kepada Nina. "Apa?!" jerit Nina kepada apabila dia melihat Asrul seperti bercakap dengannya tetapi suara perlahan. Bunyi bot yang kuat menyebabkan Nina tidak dapat mendengar suara Asrul. Asrul menggeleng perlahan. 

Sampai di jeti Shah Bandar, Kuala Terengganu Asrul dan rakan-rakannya terpisah. Pada awalnya mereka berjanji untuk pergi ke Langkawi tetapi disebabkan Nina yang akan bersekolah pada minggu hadapan menyebabkan dia batalkan trip dengan rakan-rakannya.

Asrul membelok keretanya ke sebuah resort di Cherating, Terengganu. Asrul yang membelok tiba-tiba menyebabkan Nina terjaga. Dia membuka mata. "Kita dekat mana?" tanya Nina.

"Cherating. Kita stay sini satu malam eh? Aku tak larat nak drive sampai KL malam ni." kata Asrul. Nina akur dengan permintaan Asrul apabila dia melihat Asrul yang kelihatan penat. Mereka keluar dari kereta. Asrul menunju ke kaunter receptionist. Pembayaran dibuat dan kunci bilik diambil. Nina menghulurkan tangannya.

"Nak apa?" tanya Asrul kepada Nina. "Kunci bilik aku." kata Nina.

"Kita share sayang..." Asrul menunjal kepala Nina. Asrul membuka pintu bilik. Terdapat dua buah katil didalam bilik tersebut.

"So nak I mandi dulu ke, you mandi dulu ke, mandi sama-sama?" laju kata-kata meluncur dari mulut Asrul.

"Hah?" Nina ternganga mendengar kata-kata Asrul. Asrul pula memejam matanya apabila sedar kesilapannya.

Bersalut TubuhWhere stories live. Discover now