Nina membuka matanya yang kelat. Dia rasa penat sangat selepas seharian snorkeling semalam. Dia menggosok-gosokkan matanya perlahan. Dia melihat katil Mimi, kosong. Dia terus bangun. Dia melihat jam sudah menunjukkan jam 11 tengahari. "Shit... tertidur!" jerit Nina. Semalam dia sudah berpesan kepada Mimi untuk mengejutkannya. Tetapi...
Nina mencapai tuala dan membersihkan diri. Usai mandi dia mencapai handphonenya. Cuba menghubungi Fateh, tetapi gagal. Kemungkinan tiada line atau Fateh off phone. Whatsapp berbunyi.
'Betul taknak join weols?' mesej dari Zarul dibaca. Nina yang memikirkan dia bakal kebosanan pada hari ini bersetuju untuk mengikut Zarul and the geng. Walaupun malam tadi dia batalkan kerana ingin mengikut Fateh.
Nina bersiap-siap. Dia mencari pakaian yang bersesuaian untuk memancing pada hari ini. Tetapi tiada satu pakaian yang bersesuaian dan dia rasakan tidak cantik. Dia melihat beg Mimi yang sedikit terbuka. Dia melihat pakaian yang dibawa oleh Mimi. Kemudian dia melihat satu dress pendek bertali halus berwarna oren bunga putih. Dia mengambil dan menyarungnya. Apabila dia melihat bahunya yang terlalu terdedah, dia mengambil kardigen putih dan menyarungnya. Rambut dilepaskan kemudian mengambil sling bag mustardnya.
Nina menyarung sandal putihnya dan menuju ke jeti. Dari jauh dia melihat Zarul dan lima orang rakannya dan Zara, kawan kepada Mimi. Mereka menaiki bot menuju ke Fishing Village.
"You pandai memancing ke?" tanya Zarul. Mereka sedang melihat peralatan memancing dan umpan umpan sotong yang sudah dipotong. Zarul mengambil satu batang pancing dan diberikan kepada Nina. Nina mengambil tanpa soal dan mengikut Zarul ke satu spot di bahagian tepi boat.
"You cucuk sotong ni masuk dalam cangkuk. Lepas tu lepaskan ke dalam air. Lepaskan tali sikit demi sikit lepas tu, tunggu. Bila you rasa ada benda tarik, you pusing tali naik ke atas." Zarul menerangkan kepada Nina dengan bahasa mudah.
Nina mengikut kata-kata Zarul. Dia cuba mencucuk sotong ke mata kail tetapi tercucuk jarinya. Nina menjerit kecil. Zarul menarik jari Nina yang sudah berdarah dan hisap jarinya. Nina terkejut dengan tindakan spontan Zarul terus menarik jarinya.
"You okay ke? Sakit?" tanya Zarul kerisauan.
"Pedih sikit." kata Nina. Dia memicit jarinya untuk hentikan pendarahan.
"You duduklah dekat kerusi sana tengok I yang kacak ni pancing okay?" kata Zarul lembut. Nina mendengar kata-kata Zarul. Dia sendiri tak rasa ingin memancing dan tak tahu memancing. Dia mengikut Zarul kerana takut keseorangan di bilik.
Selepas hampir sejam menunggu Nina memegang kepalanya yang sedikit pening. Dia memejam kepala dan memicit kepalanya yang pening dengan keadaan bot terhuyung hayang dipukul ombak. "You okay ke?" tanya Zarul yang melihat Nina yang sedang memicin kepalanya.
"I mual lah. Mabuk laut kut." kata Nina. "Meh I urutkan kepala you." kata Zarul. Dia cuba menyentuh Nina. Nina menepis perlahan. "Nah takpe. Kita habis pukul berapa ni?" tanya Nina.
"I'm not sure. Maybe lagi dua jam dekat atas ni. Dia orang tengah excited tu dapat ikan." kata Zarul melihat rakannya sedang ketawa mengeluarkan ikan dari mata kail. "You nak ubat? I mintak dekat Zara. Maybe dia ada." kata Zarul.
"Boleh jugak." kata Nina yang rasa semakin loya. Zarul menuju ke arah Zara. Kemudian dia kembali dengan sebiji pil. "You makan lepas tu, rehat okay?" Nina mengangguk perlahan. Dia makan ubat yang diberikan oleh Zarul. Kemudian melelapkan mata.
Nina membuka matanya. Dia melihat keadaan keliling yang sudah semakin gelap. Tidak ada lagi motion yang dirasakan seperti di atas bot. Kemudian dia sedar. Kini dia berada dipantai. Dia melihat kiri dan kanan. Tidak ada sebarang chalet disekelilingnya. Dia bangun menuju ke arah Zarul dihadapan unggun api.
"Bangun dah princess?" tanya Zarul. "Kita dekat mana?" tanya Nina. "Kita dekat Pulau Susu Dara." kata Zarul.
"Kat mana ni?"
"Still dekat perhentian. No worries." kata Zarul. Dia sedang membakar ikan yang dipancing petang tadi.
"Mana yang lain?" tanya Nina. Dia tidak melihat kelibat Zara dan kawan kelas Zarul yang lain. Yang ada cuma satu unggun api di hujung pantai sebelah sana. Kelihatan ada beberapa orang perempuan dan lelaki sedang bergembira.
"Dia orang balik ke bilik." kata Zarul pendek.
"Kenapa kita dekat sini? Dengan tak ada bendanya. Jomlah balik" ajak Nina. Dia sudah mula rasa risau.
"Kita spend time dekat sini okay?" kata Zarul. Dia menghulur sepinggan ikan kepada Nina. Nina menolak kerana bau yang agak hanyir. Meskipun dia rasa sangat lapar kerana tidak menjamah makanan dan minuman, dia tidak berselera melihat keadaan ikan itu.
"You takut ke?" tanya Zarul. Dia melihat raut wajah Nina yang penuh kerisauan. Dia cuba memegang rambut Nina yang lembut dan halus. Tetapi ditepis Nina.
"Jomlah balik." rengek Nina.
"Mana ada bot dah malam-malam macam ni. Tunggu esok pagi, okay." Asrul mengambil tikar yang dibawa di bentangkan dihadapan unggun api. "Duduk sini." kata Zarul. Tetapi Nina tidak mengendahkannya.
"Esok bot datang pukul berapa?" tanya Nina. "Why bother pasal esok? Malam baru je mula." kata Zarul. Dia meletakkan tangannya di atas paha Nina yang terdedah. Dia cuba untuk mencium Nina. Nina mengelak.
"Zarul... apa ni." Nina menepis lembut tangan Zarul dipaha pula. Cuba mengawal keadaan. Tetapi Zarul melihat Nina tidak sebenar-benarnya menolak. Kini tangannya memeluk pinggan Nina.
"I ada. You relaks okay. Kita have fun je." kata Zarul. Nina sudah rasa tidak selesa. Tangan Zarul semakin ligat menyentuh pahanya. Dia menolak Zarul perlahan. Dia tak mahu lelaki ini berang dan memukulnya. Tetapi Zarul tetap juga menyentuh Nina. Dia menarik pinggang Nina dan memeluknya dengan lebih erat. Nina menjerit meminta Zarul hentikan perbuatannya. Air mata sudah mula menitis.
"Zarul... please stop. Don't do this to me." Nina menolak badan Zarul yang sudah menindih badannya. Tetapi tenaga Zarul lebih kuat dari kudrat wanitanya. Zarul mencium leher Nina. Nina menolak kepala Zarul. Tetapi Zarul masih meneruskan perbuatannya. Zarul cuba membuka cardigan putihnya. Nina menjerit. Tangannya mengambil pasir pantai dan membaling ke arah muka Zarul.
Zarul mengaduh. Dia menggosok matanya yang dimasuki pantai. Nina larikan diri dari Zarul. Dia berlari ke arah kumpulan manusia yang dia lihat di bahagian pantai sebelah sana. Dia menjerit meminta tolong. Zarul cuba mengejarnya. Tetapi apabila dia melihat Nina sudah bersama dengan kumpulan lelaki tersebut dia berpatah balik. Dia menelefon water taxi mengambilnya di pulau itu.
Nina lari sekuat hari menyelamatkan dirinya. Kepalanya pening dan tekaknya mual. Dia rasa tidak lagi kuat untuk berlari. Tetapi digagahkan juga. Dia terus berlari menuju ke arah kumpulan manusia yang dia lihat semasa bangun dari tidurnya tadi. "Tolong!" jerit Nina sekuat hari. "Tolong...!!" jerit Nina lagi. Dia terjatuh. Seorang lelaki dari kumpulan itu menuju ke arah Nina.
"Eh girl, you okay?" tanya lelaki yang Nina tidak kenali. Nina menunjuk ke arah Zarul yang sudah berpatah balik ke unggun api. "Dia cuba nak rogol saya..." kata Nina lemah. Lelaki itu membantu Nina bangun dan menuju ke arah kumpulan mereka. Nina memuntahkan air kerana loya tadi. Badannya rasa lemah.
"Apasal ni?" tanya seorang lelaki dari kumpulan itu yang menuju ke arah Nina. Dia ingin membantu memapah Nina. "That guy nak rogol dia." kata rakannya. "You okay tak?" tanya lelaki itu. Nina mengangkat kepalanya dan menggeleng. Lelaki itu memandang Nina yang tak bermaya.
"Nina!" Nina membuka matanya. Asrul!

ANDA SEDANG MEMBACA
Bersalut Tubuh
RomanceNina merupakan gadis 17 tahun yang polos dan naif. Dia ingin mengubah menjadi seorang gadis yang cantik dan seksi untuk memenuhi ciri-ciri gadis idaman Fateh, rakan karibnya. Fateh, rakan sekolah Nina sering menunjukkan ciri-ciri lelaki budiman apab...