Bunyi jam loceng dari hponku membuatkan aku terjaga dari mimpi yang indah . Pantas aku menekan simbol mata yang menandakan aku sudah bangun . Ermm hpon ni jelah yang selalu kejutkan aku bangun .
Perlahan² aku bangun dari katil . Tuala yang tersidai kemas aku capai lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri .
Setelah siap membersihkan diri dan memakai uniform seragam sekolah aku terus ke dapur untuk membuat sarapan pula . Ye aku masih bersekolah . Yuran semua aku yang tanggung sendiri .
Roti yang dah siap dibakar aku makan dengan berselera . Rangup ! Memang kegemaran aku sejak kecil . Siap sahaja sarapan aku terus menapak ke pintu untuk memakai kasut .
Tali kasut aku ikat dengan kemas . Sebelum bergerak ke sekolah aku sempat menjeling anak patung arnab yang berada di atas sofa bersama selimut . Erm dia dah jadi patung semula . Pintu aku tutup rapat dan mula melangkah menuju ke sekolah .
**************************
Sekarang masa sukan . Semua berkumpul di dewan sukan . Cikgu kim memberikan beberapa bola kepada ketua yeoja yang mewakili pelajar yeoja sahaja .
aku sudah tahu permainan yang akan dimainkan sebentar nanti . Jantungku mula berdegup laju . Aku tahu kalini pasti aku akan terkena lagi .
" Okey cepat buat team ! " Arah momo sebagai leader .
" Hyunmin ! Kau masuk team aku arrasoe !! " Panggil nayeon dan aku terus masuk ke dalam gelanggang dengan lemah .
3 minit permainan ini berlangsung tapi masih tiada aura negatif . Tapi tak lama....mereka sudah mula membaling bola ke arahku .
Bukkkk
Tepat sebiji bola terkena belakangku dengan kuat . Aku tersungkur seketika dan bangkit semula . Tak mahu orang cakap aku lemah . Bola tadi aku baling semula .
Aku selalu jugak kena buli dengan diorang sebab dikatakan aku miskin . Tinggal seorang...sara diri sendiri dan hanya taeyeon yang mahu berkawan dengan aku .
Diorang cakap aku pembawa sial sebab kematian omma dan appa . Disebabkan itu mereka tidak mahu berkawan denganku .
Buk Buk Buk Buk Buk !
Beberapa bola hinggap ke badanku dan juga kepala . Sakit aku cuba tahan . Lengan aku jadikan sebagai perlindung kepala .
" Nah padan muka ! "
" Kau dah takde duit keluar jelah dari sekoklah ni ! "
" Kerja jelah , tampung hidup kau..makan minum kau , rumah kau , bil bil kau tu ....jangan menyusahkan orang "
Itu lah ayat² yang sering aku dengar sejak kematian omma dan appa . Diorang tidak mahu aku bersekolah disitu sebab takut terjadi benda yang buruk sekiranya aku ada disini .
Buk !
Satu lagi lontaran tepat mengena pada muka ku . Darah mula mengalir dihidung . Cikgu mana ? Ahh time macam ni cikgu pergi tandas ! Kepalaku berasa berpinar . Pening . Aku terduduk lemah .
Bukkkkk
" Huh " aku mendongak melihat orang yang menghalang sebiji bola dari terkenaku . Sungguh sado . Dia menahan bola itu menggunakan belakang badannya . Mukanya memandangku . Gentleman !
Itu dia...Kim Taehyung
" Gwenchana hyunmin ? " Tanyanya sambil menunduk memandangku .
" Na...nae "
" Min !!!!!!!! " jeritan taeyeon memenuhi ruang dewan sukan . Dia berlari pantas ke arahku dengan muka yang risau . Dia sahaja lah rakan sekerja dan juga rakan sekelas . Boleh dikatakan sahabat sehidup semati . 3S
gitu ." Kau tak apa² ke min ?!! Hidung kau berdarah ni !! Pipi kau pon dah lebam !! Erkk gomawo taehyung ahh sebab tolong dia tadi !! " Taeyeon menunduk tanda terima kasih kepada taehyung .
" eh takpe , perkara kecik je . Bawak lah dia ke bilik rawatan " Taehyung menggosok belakang lehernya .
" Kau okey tak ?? " Tanya taeyeon lagi . Dia mencangkung dihadapanku dengan riak wajah yang cemas .
Aku hanya tersenyum macam kambing . Mataku kabur dan akhirnya aku pengsan .
**************************
Mataku liar memandang sekeliling . Macam kat bilik rawatan je . Aku bangun dari pembaring . Mataku terpaku ke arah dua figura yang amat aku kenali . Taeyeon dan taehyung .
" akhirnya kau dah sedar ! Risau aku tau ! Kau pon satu...bukan nak tangkap bola² tu ! Ishhhh ! Geramnya aku dengan kau ni !!!! Lain kali jangan main kalau tak reti main !! " Taeyeon sudah mula membebel sambil bercekak pinggang macam makcik . Aku hanya terkebil² melihatnya .
" Taehyung ahh , gomawo " aku menghadiahkan senyuman kepadanya . Dia membalas semula senyuman kepadaku dengan manis sekali boleh cair ! Tanpa mempedulikan taeyeon yang sedang bercekak pinggang .
***************************
Aku melangkah masuk ke dalam rumah . Sempat juga berborak dengan taehyun tadi . Dia yang hantar aku pulang ke rumah . Baik juga dia ni .
Pintu aku tutup rapat . Mataku menjeling ke arah sofa . Eh takde? Mana patung arnab tu pergi ? Sekarang baru tengah hari . Takkan lah ada orang curi pulak!!!
Pantas langkahku mendaki tangga menuju ke bilik . Sampai sahaja di bilik aku terus memcari di atas katil dan bilik air . Beg sekolah aku letak di sebelah meja belajar .
Aku berlari anak menuruni tangga . Destinasi seterusnya ialah dapur ! Ye dapur !!! Tapi....kosong dan sunyi . Tiada tanda² ada oranh masuk ke dapur .
Aku menggaru kepala yang tidak gatal . Mana pulak bunny ni pergi . Last aku nampak dia ada kat sofa . Aku melangkah keluar rumah . Mana tahu ada kat luar .
" jungkook !? Is that you ? " Tanyaku kepada seorang namja yang sedang menyidai baju aku . Dari segi susuk tubuhnya aku pasti itu jungkook .
" Nae ? Eh bila min balik ? Tak perasan pulak " jungkook berjalan ke arahku . Aku terus menarik tangannya masuk ke dalam rumah . Takut jiran² nampak nanti habis dia kena jadi bahan gosip kawasan perumahan ni .
Pintu rumah aku tutup rapat . Mataku memandang jungkook dari atas sampai bawah dan ke atas semula .
" wae? " Tanya jungkook kebingungan . Dahinya berkerut .
" kenapa kook bertukar jadi manusia siang buta ni ? Bukan ke selalu malam² je bertukar ? Waeyo ? " Tanyaku hairan . Aku menyilang tangan ke dada menunggu jawapan dari jungkook .
" Ahhh itu ke...ingatkan apalah tadi . Muka kau series je . Seram aku " jungkook tergelak kecil .
" Cepat bagitahu aku ! " Tegasku ingin jawapan . Aku tenung matanya ingin mencari jawapan yang jujur . Mana tahu selama ni dia menipu aku kan ? Boleh jadi jugak .
" aku jadi macam ni sebab dari sumpahan tu jugak . Dia ada cakap... kalau dua hati bersatu ...sumpahan ni akan lenyap dengan perlahan . Tapi aku tak faham apa maksud dia " Jungkook menggaru kepalanya .
Dua hati bersatu ? Apa maksudnya ?
-Bersambung-
YOU ARE READING
(c) That Bunny Doll Is My Boyfriend !!
Fanfictionpatung arnab itu rupanya hidup dan bertukar menjadi manusia normal . seram ? adalah sikit tapi...disebabkan mukanya yang comel dan kacak..semua perasaan seram itu hilang . Dengan adanya dia..hidup aku yang keseorangan tidak sunyi lagi . Bunny oppa s...