Part 12

83 5 0
                                    


" Aku risau gila tau pasal kau.  Nasib lah mamat ni bawak kau balik!  Tiber je dia datang kat cafe pastu tanya aku pasal kau.. Aku ingat kau dah balik.  Dah lah call tak berjawap!  " Bebel taeyeon di sebelah katil milik hyunmin. Habis je waktu kerja dia terus berlari menuju ke rumah hyunmin.

Password rumah hyunmin dia tahu.  Sebab tu tadi dia main terjah je masuk bilik.  Nasib lah dia tak pikir apa² bila nampak jungkook ada sekali dalam bilik tu.

" Ye.. Sorry buat kau risau.  Aku okey je sekarang " selimut ditarik ke atas menutupi kepalanya.

" hmm yelah.. Nanti aku bagitahu boss yang kau amek MC cuti sakit.  Nanti dengan cikgu pon aku bagitahu ye?  Kau rest lah.  Aku balik dulu . Ubat jangan lupa makan "

" ye.. Aku tahu lah.  Aku bukan budak kecik lagi "

" amboii...ouh btw.. Sape namja tadi?  " Tanya taeyeon yang sudah berdiri di sisi katil hyunmin.

" Namja.. Erm.. Urm dia... Ehe.. "

" Bodyguard dia "

Terkejut taeyeon mendengar suara garau yang berada di muka pintu bilik. Dada diurut perlahan. Haih terkejut dibuatnya...

" Dasyat eh kau sampai upah bodyguard... Maju dah member aku sorang ni.  Okey lah papai aku balik dulu ye!!! Jaga diri tau! " Kakinya terus melangkah keluar meninggalkan mereka berdua disitu.

" Kau nak aku ambilkan apa² ke untuk kau? " tanya jungkook cuba membantu.

" erm nak tv " jawap hyunmin sambil tersengih lemah.

" Tak boleh. Aku pergi amek ubat jap.  Lepas makan ubat tu kau kena rehat dan tidur.  Jangan nak mengade tengok tv bagai " Jungkook menyilangkan tangannya lalu menuju ke dapur.

" Eleyh.. Tadi tanya aku nak apa... Bila dah jawap.. tak bagi.. Aku lepuk kang namja ni " Bebel hyunmin. kening dikerutkan tanda marah. Tangan disilang geram.

" Aku dengar!!!!  " jerit jungkook.

" Ye memang sengaje nak bagi kau dengar!!!!!  "




Haih demam² pon still mengade macam orang tak demam budak ni...





🐇----------------------------------------💕







Wajah lemah hyunmin dipandang sayu.  Belakang tangannya dilekap pada dahi yeoja itu.  Panas. Plastik Cool fever dibuka lalu ditampal pada dahi yeoja itu.

" Haih.. Kalau aku takde ni.. Agak² apa jadi dengan kau ye?  Mati kesejukkan agaknya kat bumbung tu "

Jungkook tersenyum lemah.  Kepalanya mula teringat akan kedua orang tuanya.  Pasti mereka risau tentang dirinya yang tiba² menghilangkan diri.

Tapi ada bagusnya dia tidak pulang.  Tidak mahu dirinya dipaksa berkahwin dengan seorang yeoja yang entah mana mama dan papanya kutip.

Terasa bersyukur juga bila disumpah jadi patung arnab dan dibeli oleh seorang yeoja.  Yeoja yang telah hampir mencuri hatinya...

Dia percayakan pada takdir. Jadi.. Mungkin hyunmin ni adalah jodohnya. Takdir mereka akan berjumpa walaupun dalam situasi yang pelik macam ni.

Dia percaya yang hyunmin mungkin jodohnya.. Dan mengenai sumpahan tu.. Mungkin disebabkan hyunmin jugak sumpahan tu hampir lenyap.

" Aku akan jaga kau mulai dari sekarang "

Pipi hyunmin dikucup lembut.  Nak popo kat dahi tapi dahi dah kena popo dengan cool fever ermmm.




🐇-----------------------------------💕





TOK TOK TOK TOK TOK

" KAU SABA JAP!  AKU DATANG!  " Laung jungkook dari dapur.  Aihh kacau je dia nak memasak pagi² ni.

Pintu dibuka luas ingin melihat manusia mana yang suka sangat main ketuk² pintu pepagi ni.  Takde kerja ke?

Sudip yang dipegang dari tadi akhirnya terjatuh akibat terkejut.

"J-Jungkook?  Kau ke? "

" Taehyung?  "

" kau buat apa kat sini jungkook?  Asal kau ada kat rumah hyunmin ni?  Kau hilang pi mana selama ni?  Asal aku tak tahu kau kat sini weh.. Sampai hati kau tak contact aku " wajah taehyung yang tadinya ceria bertukar sedih.. Dan sedih bertukar kembali ceria.

" Nanti aku story...kau masuk lah dulu .  Btw kau buat apa datang rumah ni?  Asal kau pakai baju sekolah ni?  Kau sekolah lagi ke?  Bukan ke kau dah habis sekolah?  "tanya jungkook yang pelik dengan taehyung.  Sofa bertentangan dia duduk.  Begitu juga dengan taehyung.

Lalu sudip yang jatuh dilantai pon dipalau.

" ehek.. Aku saje masuk sekolah balik.  Nak usha awekkk erm " belakang leher digosok .

" kau asal tak pergi sekolah?  Asal datang sini?  " Tanya jungkook lagi.

" Aku ponteng lah harini.  Nak jenguk hyunmin jap.  Taeyeon kata dia demam.. Tu yang aku datang sini.  " Jawap taehyung. 

" ha ah.. Dia tengah tidur lagi tu "

" Hah kau citer lah macam mana kau boleh ada kat sini and kenapa kau menghilang diri selama dua tahun?  Kalau nak elak dari kena kahwin paksa pon sekurangnya bagithu lah aku.. Tup tup tup mak kau call kata kau hilang dah berhari² sampai lah sekarang."

" Haih tulah.. Macam ni citernya...tapi kau kena percaya apa yang aku cerita ni.... Bukan rekaan semata.. "

" Yelah "












-Bersambung-

(c) That Bunny Doll Is My Boyfriend !! Where stories live. Discover now