Nota Kesihatan: Penawar Ajaib

50 7 4
                                    

PUASA ITU TONGKAT AJAIB UNTUK PENYEMBUHAN

Sistem pencernaan merupakan satu sistem yang menjadi pusat kajian para saintis masa kini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sistem pencernaan merupakan satu sistem yang menjadi pusat kajian para saintis masa kini. Ini kerana banyaknya penemuan mengejutkan berkenaan kaitan penyakit dengan sistem ini dijumpai sejak beberapa kurun yang lepas.

Banyak kajian terbaru membuktikan kenyataan tokoh-tokoh perubatan berkenaan pentingnya sistem pencernaan sebagai pusat penyakit dan juga ubatnya. Sebagai contohnya:

Histamin iaitu pengantara keradangan banyak terdapat di usus (ECL cells) maka tidak hairan banyak penyakit termasuk penyakit mental, autoimun, kanser dan juga penyakit kronik  yang menunjukkan simptomnya di usus.

Maka cara memulihkan keradangan ialah dengan memulihkan usus dan cara terbaik adalah berpuasa!

Percayalah! Tubuh kita mempunyai keupayaan untuk sembuh secara semulajadi.

Berpuasalah nescaya kamu akan sihat” (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Naim dari Abu Hurairah).

Maka berpuasalah dan elakkan makanan berlebihan menjadikan badan lebih sihat supaya kita dapat beribadah kepadaNya.

Fakta:

-Bila kita tidak makan dalam tempoh 6 jam, insulin akan mula menurun parasnya, fisiologi pembakaran lemak hanya akan terjadi sekiranya paras insulin dalam badan berkurangan

-Untuk mendapatkan tenaga berterusan untuk aktiviti harian, tubuh akan mula membakar sumber tenaga dalam bentuk simpanan dihati dan otot iaitu glikogen dan seterusya membakar lemak yang tersimpan dalam tubuh.

-Tidak perlu solusi yang mahal, menurut kajian cukup dengan berpuasa anda akan kekal muda dan mendapatkan kulit yang lebih sihat.

– Ahli Biologi dari Salk Institute, California Satchidananda Panda pula menyatakan intermittent fasting membantu tubuh untuk melakukan peremajaan dan perbaikan sehingga dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

-Beliau turut menyatakan berpuasa menyebabkan tubuh merespon berbagai mekanisme atau tanda kerosakan tubuh lebih baik. Dengan berpuasa, sel tumor kekurangan bahan makanan untuk berkembang, memperbaiki inflamasi dan menghilangkan sel yang rosak dari dalam tubuh.

Masih tidak mahu percaya?Berpuasalah…

◈◈Nota_Ummi◈◈Dah sakit baru sibuk cari penawar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

◈◈Nota_Ummi◈◈
Dah sakit baru sibuk cari penawar. Saya insaf 😥

Ok Noted!Where stories live. Discover now