Nota Dialog: Segelas Air

18 1 0
                                    

Seorang wanita berbincang dengan seorang ustazah :

Wanita: Ustazah, saya tidak mahu ikut kelas pengajian ini lagi.

Ustazah: Apa alasannya?

Wanita: Saya lihat di kelas pengajian ini perempuannya suka bergosip, lelakinya munafik, pengurusnya cara hidupnya tak betul, jemaahnya sibuk dengan henfon, dll..

Ustazah: Baiklah. Tapi sebelum awak pergi, tolong lakukan sesuatu untuk sayaboleh? Tolong ambil segelas penuh air dan berjalanlah keliling dalam masjid ini tanpa menumpahkan setitis air sekalipun ke lantai. Lepas tu awak boleh tinggalkan masjid ini.

Wanita: Oh boleh. Itu senang je.

Diapun melakukan apa yg diminta oleh ustazah, sementara pengajian sedang berlangsung.

Setelah selesai, dia berkata kepada ustazah, bahawa dia sedia untuk pergi.

Ustazah: Sebelum awak pergi, saya ada satu soalan. Ketika awak tadi berjalan keliling dalam masjid, ada tak awak dengar orang bergosip, melihat orang munafik, melihat orang sibuk dengan henfonnya?

Wanita: Tidak pula.

Ustazah: Awak tahu mengapa?

Wanita: Tidak.

Ustazah: Sebab awak terlalu fokus pada gelasmu, memastikan tidak tersandung dan tidak ada air yg tumpah.

Begitulah dgn kehidupan kita.

Ketika kita mengarahkan pandangan, aktiviti dan tujuan kita hanya kepada Allah ﷻ, maka :

• Kita tidak akan ada waktu untuk melihat dan mencari kesalahan orang lain.

• Kita tidak akan ada waktu untuk menilai dan mengkritik orang lain.

• Kita tidak akan ada waktu untuk bergosip atau mendengar gosip dari orang lain.

• Kita akan menolong orang lain dan fokus pada langkah kita menggapai redha-Nya.

Manusia bila direndahkan tidak mungkin menjadi sampah, disanjung tidak mungkin jadi rembulan.

Maka jangan risaukan kata-kata orang, sebab setiap orang melihatmu dengan pemahaman dan pengalaman yang berbeza.

Teruslah melangkah selama engkau di jalan yang benar, meski terkadang kebaikan tidak selalu dihargai, bahkan mungkin dibenci.

Tidak usah sibuk menjelaskan perihal dirimu, sebab yang menyukaimu tidak perlu itu semua dan yang membencimu tidak percaya itu semua.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik.

Jika dizalimi orang jangan berfikir untuk membalas dendam, tapi berpikirlah cara membalas dengan kebaikan untuk dia berubah.

Jangan mengeluh, teruslah berdoa dan ikhtiar. Sibukkan diri dengan kebaikan hingga keburukan penat mengikutimu.

Semoga Bermanfaat
😊

Ok Noted!Where stories live. Discover now