KISAH SEDIH BAHANA POST GAMBAR MAKANAN YANG SEDAP
Loceng rumah berbunyi. Seorang pemuda berdiri pintu pagar. Dia menolak kapcai separuh umur masuk ke halaman rumah bila pagar dibuka lalu memberi salam. Sambil berdiri dihalaman rumah, dia memulakan bicara.
"Nak tanya sikit pada cikgu. Isteri saya mengandung 5 bulan anak sulung. Dia minta nak makan ketam lembut yang katanya ada di restoren Kuala Gula, Perak. Mengidamlah tu. Dia terlihat dalam facebook kenalannya post gambar keluarganya pergi ke restoren tu, gambar ketam lembut digoreng, gulai semilang hidup. Nak tanya cikgu, jalan nak pi Kuala Gula sebab orang kata cikgu biasa pi."
Saya pun memberi petua jalan sebab saya pernah pergi. Saya bertanya,"Nak pi dengan apa?" Katanya,"Motor ni, ini saja yang saya ada. Jika tak ditunai, kesian tak sampai hati." katanya sambil tersengih. Allahuakbar! bukan dekat, lebih 100 km. Membawa isteri mengandung dengan motor sejauh itu tentu membahayakan kandungannya. Dia tidak ada lesen memandu kereta, bila saya pelawa kereta saya.
"Takpa cikgu, cikgu jangan susah hati, saya akan usaha bawa bini saya ke sana juga dengan apa cara pun. Terima kasih atas pertolongan cikgu." Dia menghidupkan enjin motor,memberi salam dan meninggalkan saya dihalaman rumah. Sedih. Jika saya tidak rosak buah pinggang, mampu memandu lagi sejauh itu,sanggup saya tolong hamba Allah ini yg begitu kasihnya pada isterinya.
Inilah bahana bercerita keseronokan kita, kemampuan kita kepada khalayak umum, dijaja seluruh dunia. Akibatnya ada orang yang teringin ada yang mengidam. Betul mengidam itu perkara budaya, kepercayaan sahaja, tetapi suami mana tak terkilan jika tidak dapat memenuhi permintaan isteri yg mengandung anak sulung. Ke paya diharung mencari jika haruan, keli yg diidam, ke bukit didaki jika pelanduk yg dihajati, ke laut didayung jika teringin gulai senangin, bahkan berlari kekaki langit memetik bintang jika itulah permintaan seorang isteri yg dikasihi.
Teringat saya seorang kawan pernah menghubungi saya ketika di Mekah untuk beli mee maggi mekah, kerana terdengar cerita orang mee maggi Mekah sangat sedap sedangkan isterinya mengandung. Sanggup memandu hampir 600 km pergi balik ke rumah saya utk sebungkus mee maggi demi isteri yg mengandung. Lihatlah ketika orang lain seronok bercerita sedap makan ketam lembut digoreng, insan ini dan isteri akan mengharung perjalanan lebih 100 km dengam kapcai separuh umur, demi permintaan isteri, entah akan tercapaikah hasrat mereka? Ya Allah permudahkanlah bagi mereka.
Mereka yang mempamer keseronokan tentu telah melupakannya setelah disiarkan, tetapi berapa ramai insan yg cedera hatinya seperti pemuda ini bila menatap pos sedemikian. Mungkin ada anak yatim hanya menelan air liur, mungkin ada anak si miskin hanya berupaya menatap atau bercerita kepada emak dan ayah. Tidakkah berdosa mereka yang bercerita keseronokan mereka tetapi melukai orang lain secara tidak sedar. Berbeza dengan iklan kerana pengiklan mempamerkan barangan dengan tujuan menjual, ada tujuannya, tetapi kita mempamer apa yg kita buat, tiada tujuan, melainkan untuk bermegah tetapi tak mengaku nak bermegah.
Berhentilah menunjuk-nunjuk kepada orang lain, nikmat Allah yg dikurnia kpd kita, sebaliknya laungkan sekuat rasa di hati rasa syukur dengan apa yang Allah beri. Berhentilah dari melukai hati nurani insan lain tanpa sedar. Kasihanilah mereka yang tidak berdaya, tidak mampu.
Saya ingin mengajak anda peka pada keadaan sekeliling kita, jangan hanya memikir diri sendiri, keseronokan diri. Apa juga tindakan kita biarlah orang lain tidak tercedera, hati mereka tidak terguris. Apa juga nikmat yang kita dapat, berbanggalah kpd Allah yang menganugerahkannya, bukan kepada manusia. Bukan tidak boleh memuji nikmat Allah, tetapi pujilah dalam lingkungan yg terhad, seperti kawan rakan, jiran yang kita boleh berkongsi nikmat tersebut, bukan dilaung sedunia. Kisah yang saya paparkan ini hanya satu dari begitu banyak perkara yang ditunjuk-tunjuk dalam facebook dan media yang menjana titik dosa berterusan. Wallahua'lam.
Fb @abdghaniharon
*****************Nota Ummi
Saya sependapat dengan Cikgu Abdul Ghani 👆. Memerhati keadaan sekeliling. Didalam keluarga besar pasti tidak semua yang bertuah dengan rezeki melimpah. Malah mungkin cuma satu dua keluarga sahaja yang nampak 'hidup lebih berada' daripada ahli keluarga yang lain.
Sikap suka menunjuk nikmat kesenangan walaupun dalam lingkungan kaum kerabat dan sahabat dekat sahaja sudah boleh mencetus pelbagai reaksi.
Bayangkan sahaja seorang anak kecil yang masih tidak mengerti kepayahan hidup, pulang ke rumah merengek memujuk merayu hingga sampai meraung memaksa si ibu dan ayah menunaikan keinginannya mahu seperti sepupunya yang miliki segalanya.
Pergi berjalan-jalan setiap waktu cuti hujung minggu bersama mainan baru. Bercerita seronok dengan itu dan ini yang hanya mampu didengar dengan perasaan jealousy
Penuh hati-hati si ibu memujuk dan menegur sikap anak yang menuntut. Kadang si anak boleh dipujuk namun sering tidak memahami dan mengulang desakan. Si ayah tersenyum kelat terus merancang percutian. Hanya mampu membawa si anak ke zoo atau taman permainan berhampiran yang tidak mengeluarkan bajet yang banyak. Yang penting anak gembira.Itu hal si anak kecil. Bagaimana pula dengan anak-anak yatim yang berada dalam kalangan keluarga besar tersebut. Hampir setiap hari membaca status ibu saudara atau sepupu yang makan itu ini, pergi sana sini, cerita seronok begitu begini dan si anak yatim hanya mampu memberi komen dalam hati, bestnya diaorang.
Jadilah insan prihatin. Jika mampu untuk berkongsi nikmat itu dengan saudara-saudaramu, silakan. Allah akan membalasnya dengan lebih baik lagi. Namun jika belum mampu atau tidak dapat berkongsi dengan orang lain, simpan sahajalah momen itu untuk anda sendiri. Jangan sampai diamnya orang-orang sekeliling anda berubah menjadi dengki.
Anda mampu mengubahnya.
😊
Kita tak marahlah. Cakap je.
YOU ARE READING
Ok Noted!
SpiritualitéHanyalah sebuah buku nota yang berisi segala hal yang ingin saya ingat selalu.