Nota Muhasabah: Bahagia Tanpa Sholat?

6 0 0
                                    

'Bagaimanakah seseorang itu boleh bahagia tanpa solat?Seseorang yang berusaha menyempurnakan solatnya sebenarnya dia sedang membetul dan menyempurnakan hidupnya.

Adakah solat yang kita persembahkan kepada Allah akan diterima atau dilemparkan semula kepada kita seperti kain buruk. Jika solat kita tidak diterima maka alangkah ruginya kita.

Seluruh kehidupan kita juga akan hilang rasa bahagia dan nikmat. Seakan semua perkara datang untuk menyesak dan menghimpit kita. Pasangan yang menyakitkan hati, anak-anak yang tidak taat, rakan dan jiran yang sentiasa mencari perbalahan, saudara mara yang saling memburukkan, segalanya yang sepatutnya menjadi sumber kebahagiaan kini menjadi sumber kedukaan dan kesedihan.

Jika solat tidak sempurna sekadar ala kadar sahaja bagaimana kita ingin meraih rahmat Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT telah berjanji akan menjaga orang yang menjaga solat.'

- Petikan buku Isteriku Bidadari - Ebit Lew

Ok Noted!Where stories live. Discover now