Nota Sihat: Propolis

29 1 0
                                    

Apa itu propolis? Pernah dengar?

F.A.Q,

S : Adakah Propolis Active telah melepasi ujian Kementerian Kesihatan Malaysia?

J : Ya, Propolis Active telah melepasi piawaian ketat Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Nombor sijil BPFK- KKM: MAL: 09100013 TC

S : Apakah kebaikan propolis untuk tubuh badan apabila diamalkan?

J : Propolis mempunyai 2 fungsi, Sebagai:

1. SUPLEMENTASI: Membekal Zat, Vitamin dan Mineral lengkap, pada tubuh, yang mungkin tidak mencukupi pada diet pemakanan kita setiap hari. Zat, Vitamin dan Mineral yang terdapat pada Propolis akan menutupi kekurangan tersebut.

PERAWATAN : Fungsi pembunuh Kuman, Virus, Bakteria dan Anti-Oksidasi yang terdapat pada propolis membantu merawat berbagai penyakit-penyakit merbahaya pada masa kini.

S : Bolehkah bayi dan kanak-kanak mengambil propolis?

J : Propolis dihasilkan oleh lebah sama seperti madu yang dihasilkan oleh lebah. Ia semulajadi dari tumbuhan. Sesuai untuk bayi, kanak-kanak remaja, dewasa dan tua. Sekiranya anda ragu-ragu, sebaiknya, merujuklah pada doktor dan pakar pemakanan anda terlebih dahulu.

S : Berapa cepatkah penyakit boleh sembuh?

J : Tidak ada satu tubuh yang serupa. Dari laporan yang diterima, ada pengguna yang mendapat kesan serta-merta, ada keesokan hari, ada yang selepas 3 hari, ada setelah 1 minggu, ada yang selepas 2 minggu, ada juga selepas 1 bulan. Bagi kes-kes penyakit yang telah lama dan kronik, ada 3 bulan hingga 6 bulan, Ada juga laporan, segelintir pengguna yang tidak mendapat apa-apa kesan. Berkemungkinan, atas sebab pengambilan yang tidak teratur.

S : Apakah perbezaan air liur enzim sarang burung layang-layang (walit ) dengan air liur enzim lebah (propolis), dari sudut zat tambahan dan perawatan?

J ; Air liur enzim walit banyak kebaikannya. Kajian makmal menunjukkan, ia masih tidak dapat menandingi kelebihan dan keunggulan air liur enzim lebah (propolis) dari sudut zat tambahan dan perawatan penyakit. Tambahan, ia telah diperakui oleh Al-Quran dalam Surah An-Nahl: Ayat 69. ( sila rujuk Al-Quran )

S: Bolehkah saya menggunakan Propolis setiap hari sebagai suplemen. Dan apakah kelebihan Propolis Active berbanding suplemen-suplemen harian lain?

J: Suplemen lain juga baik, Kelebihan Propolis ialah..... Ia bertindak dalam 3 fungsi : "Membekal" vitamin dan mineral, "Menghalang" serangan penyakit dan "Merawat" penyakit yang telah bertapak sekian lama dalam tubuh. Ia mempunyai sifat "Antibiotik" semulajadi. Itulah yang tiada pada suplemen-suplemen lain. Itulah kesempurnaan Maha Pencipta. Campurlah suplemen lain dengan propolis, malahan akan lebih baik.

S : Apakah propolis Active mengandungi alkohol ?

J : Tidak. Sebagai satu-satunya pengeluar muslim produk propolis di Malaysia. Kami amat menitik beratkan kesucian dan keaslian pada produk keluaran kami. Kami tidak mampu menjawab dipadang masyar nanti... sekiranya ada perkara yang bertentangan dalam pengetahuan kami.

Ok Noted!Where stories live. Discover now