SELANG beberapa hari, satu peristiwa hitam berlaku. Saat Aurora dan Tini pulang dari sekolah, mereka terlihat Raizil terkapai-kapai dalam sungai. Aurora yang terkejut dan cemas, terus terjun ke dalam sungai bagi menyelamatkan heronya.
Malangnya, Aurora terlupa akan sesuatu. Dia tidak pandai berenang!
Mujurlah Tini bertindak cerdik dengan menjerit meminta pertolongan orang yang lalu-lalang di situ. Ayah Aurora bersama seorang penduduk Kampung Semangar yang kebetulan sedang menunggang motosikal dan lalu di jalan berhampiran, segera pergi menyelamatkan Raizil dan Aurora.
Haru-biru juga keadaan ketika itu. Bimbang salah seorang daripada mereka pergi menghadap Ilahi.
😍😍😍😍😍
"KAMU ni gila ke apa Ice? Kenapa kamu terjun dalam sungai sedangkan kamu tak pandai berenang?!" Suara Hamdan bergegar dalam rumah batu sederhana besar itu.
Hampir gugur jantungnya apabila dapat tahu puteri tunggalnya lemas dalam sungai dek sibuk hendak menyelamatkan orang. Mujurlah Hamdan dan jiran kampungnya kebetulan lalu di situ. Jika terlewat, mungkin nyawa anak kesayangannya itu melayang!
"Maafkan Ice, ayah. Kaki Ice ni tiba-tiba saja melompat ke dalam sungai." Aurora tersengih-sengih di hadapan ayahnya yang sedang bergerak ke hulu dan ke hilir.
Hamidah, ibu Aurora, sedang memicit kepala anak daranya. Aurora kata dia rasa berpinar-pinar akibat peristiwa petang tadi.
"Banyaklah kamu punya tiba-tiba. Lain kali, kalau tak pandai berenang, jangan ada hati nak selamatkan orang yang lemas! Kamu ingat kamu tu hero?!"
"Habis tu, takkan Ice nak biarkan dia mati je? Ice bukan herolah, ayah. Ice heroin.."
"Eh, budak ni, menjawab pula dia!"
"Dahlah tu, abang. Perkara dah jadi, tak perlulah bising-bising lagi." Hamidah menyabarkan suaminya yang sedang naik angin.
Tahu yang Hamdan bukan sesuka hati memarahi Aurora. Suaminya itu amat menyayangi Aurora dan bimbang akan keselamatannya.
"Ayah, macam mana dengan cikgu Ice? Dia tak apa-apa, kan?" Aurora bertanya tanpa menghiraukan angin taufan ayahnya.
"Cikgu kamu selamat. Kamu tak perlu bimbang. Bimbangkan diri sendiri dulu."
Intonasi suara dikendurkan. Hamdan tak mampu marah lama-lama dengan puterinya itu. Dia baru tahu yang Raizil adalah guru Aurora. Sibuk sangat memancing di petang hari sampai terjatuh ke dalam sungai!
Jenuh juga guru muda itu mendengar leteran Hamdan saat Hamdan berjaya mengheretnya keluar dari sungai.
"Terima kasih ayah, sebab selamatkan Ice dan cikgu Ice." Aurora yang duduk di atas lantai, memegang tangan ayahnya lembut. Meredakan kebimbangan sekeping hati tua itu.
"Jaga diri kamu baik-baik sayang. Kalau terjadi apa-apa yang buruk pada Ice, ayah tak tahulah apa yang bakal berlaku pada ayah dan mak." Hamdan mengusap ubun-ubun anaknya itu dengan rasa sebak.
Bersyukur kerana Allah masih memanjangkan nyawa puterinya. Aurora sajalah tunjang kegembiraan Hamdan dan Hamidah setelah anak sulung mereka melanjutkan pelajaran ke United Kingdom, tahun lepas.
"Maafkan Ice sebab dah buat ayah bimbang. Ice janji akan jaga diri baik-baik. Selebihnya, berlindunglah dengan Allah."
Tangan Hamdan dan Hamidah dikucup penuh kasih. Aurora cuba melegakan hati galau kedua-dua insan penting dalam hidupnya itu.
😍😍😍😍😍
SEJAK peristiwa itu, Raizil membentuk pertalian erat dengan keluarga Aurora. Dia yang berhutang nyawa dengan Hamdan menganggap lelaki itu sebagai bapa angkatnya.
YOU ARE READING
Kekasih Encik Dingin
Teen FictionBila pemuda dingin bersemuka dengan gadis suka menyakat, apa yang bakal berlaku? Puteri Aurora @ Ice, seorang gadis kampung yang lincah dan ceria. Raizil Nasri pula pemuda dingin dan kurang emosi. Aurora buat perangai gila dengan menyakat pemuda it...