PADA satu pagi yang hening, Aurora dan Tini membawa kertas lukisan dan painting stand menuju ke sungai. Niat mereka tak lain dan tak bukan untuk melukis. Namun, siapa sangka mereka bakal terserempak dengan Raizil di situ.
"Eh, sir. Buat apa dekat sini? Nak jatuh sungai lagi ke?" soal Aurora ceria. Bertuah betul dia dapat bertemu dengan si kacak itu pada hujung minggu.
"Assalamualaikum." Raizil memberi salam tanpa menjawab soalan penuh perlian pelajarnya itu.
Dia duduk santai atas kerusi lipat sambil memegang sebuah joran. Joran dibiarkan terpacak atas tanah.
"Waalaikumussalam." Tini dan Aurora menjawab serentak.
"Sir, tak takut ke jatuh sungai sekali lagi?" tanya Aurora dengan soalan yang sama.
Dia mendirikan painting stand tidak jauh dari tempat Raizil duduk. Sebentar tadi, Jais, bapa Tini menghantar Aurora dan puterinya ke tepi sungai dengan menaiki kereta. Jika Aurora dan Tini menunggang basikal, mereka tidak mampu membawa peralatan melukis yang lengkap.
"Kalau saya jatuh, awak jangan terjun," jawab Raizil dengan nada malas.
"If you jump, I jump."
"Aurora..."
"What?"
"Sedar sikit yang awak tu tak pandai berenang."
"Sir pun sedar diri sikit yang sir tak pandai berenang. So, memancing tu hati-hati. Jangan sampai jatuh dalam sungai."
Raizil mendengus kecil sebelum menoleh ke arah gadis yang sedang tersenyum lebar memandangnya. Kalau ayat tak ada bunyi mengusik dan sarkastik memang bukan Aurora namanya.
"Jumplah sangat. Aku biar aje kau lemas nanti. Baru padan muka," celah Tini sebelum duduk atas kerusi tinggi yang dibawanya. Kurang senang dengan ayat Aurora.
Hampir tercabut jantungnya saat melihat Aurora lemas. Mujurlah ada Hamdan dan orang kampung yang mampu menyelamatkan Puteri Aurora daripada terus tenggelam dalam air.
Tini pun bukan pandai berenang. Jika situasi sama berulang dan tak ada siapa hendak membantu, apa yang akan jadi kepada sahabatnya itu?
"Sampai hati kau, kan? Kalau aku mati lemas, aku jadi hantu dan cekik kau Tini."
"Aurora..." Sekali lagi Raizil menderam kecil. Terpaksa menegur mulut cabul gadis itu.
Raizil ingat dengan jelas kejadian yang berlaku beberapa minggu lalu. Dia terjatuh ke dalam sungai kerana sibuk hendak mengambil penyauk ikan yang hanyut dibawa air.
Sedang dia tenggelam timbul di permukaan sungai, dia terlihat akan Aurora yang terjun dari atas jambatan tanpa berfikir panjang. Sangkanya, Aurora pandai berenang dan cuba menyelamatkan dirinya. Hakikat sebenar, gadis itu hampir maut disebabkan kecuaian sendiri!
"Yes, sir?"
"Behave." Pendek saja amaran Raizil.
"Sir, kenapa memancing waktu pagi? Bukan ke sir selalu memancing waktu petang?" Tini bertanya seraya melakar sesuatu atas kertas lukisannya.
"Bosan duduk rumah. Saja datang awal ke mari." Raizil ringan mulut menjawab soalan Tini.
"Sir sepatutnya duduk rumah," celah Aurora laju.
"Kenapa pula?" Berkerut-kerut dahi Raizil memandang Aurora.
"Nenek Siah tu tak ada teman. Dia lagi bosan duduk sendirian. Sebagai cucu, sir sepatutnya banyak habiskan masa dengan nenek sir. Cubalah jadi cucu yang suka berbakti. Takkan sir nak biarkan nenek sir berbual dengan ayam dan itik?"
YOU ARE READING
Kekasih Encik Dingin
JugendliteraturBila pemuda dingin bersemuka dengan gadis suka menyakat, apa yang bakal berlaku? Puteri Aurora @ Ice, seorang gadis kampung yang lincah dan ceria. Raizil Nasri pula pemuda dingin dan kurang emosi. Aurora buat perangai gila dengan menyakat pemuda it...