Enjoy <3
----------------->
"Hyung, aku nak keluar malam ni." tanpa memandang Yoongi, dia meminta izin daripada Yoongi, iaitu rakan sebiliknya untuk keluar malam nanti.
"Kelab malam?"
"Eo." Jimin mengunyah keropok yang masih bersisa di dalam mangkuk di atas pangkuannya itu. Yoongi berdecit. "Aku bukan apa, cuma aku tak nak lah kau buat benda tak senonoh tu. Apa aku nak jawab kalau omma kau tanya aku nanti? Aku ni sebenarnya tak kesah pun kalau kau nak buat apa-apa, sebab, kau bukan ada apa-apa hubungan dengan aku pun. Kau cuma roommate aku." kata Yoongi panjang lebar. Dia menjeling ke arah skrin televisyen yang memaparkan cerita bertajuk 'Spicy Killer' itu. Cerita bergenre thriller.
Jimin berdecit sinis. "Hyung!"
Yoongi menoleh ke arah Jimin dengan pandangan kelirunya. "Apasal?"
"Hyung pandai-pandai lah tipu perempuan tu! Aku tak kesah dan dia bukan omma aku hyung!" kata Jimin dengan suara yang meninggi. Dihempas geram mangkuk yang kosong itu ke atas meja kopi di depan dan berlalu ke arah bilik untuk bersiap.
Yoongi hanya mampu menggeleng. Kotak rokok di atas meja kopi dicapai dan dikeluarkan sebatang rokok. Dikeluar kan lighter dari poket seluarnya lalu dinyalakan api ke mulut rokok. "Huh..."
⟹skip
Bunyi muzik yang bergema di dalam kelab malam itu mampu membuat telinga semua orang yang baru dalam kelab malam tersumbat akibat bunyinya yang terlalu kuat.
Jimin tergelak sambil menyambut handshake kawan-kawannya itu. "Tae! Kook! Joon! Hobie!"
Hoseok membuat gaya 'kuda'nya itu lalu menjerit memanggil bartender yang sedang melayan seorang gadis di sana.
"Woi bartender! Nanti-nanti lah mengurat tu! Layan dulu lelaki-lelaki hensem di sini!" Hoseok tergelak tatkala bartender itu menuju ke arah mereka dengan wajah menyampah. Mungkin kerana mengacau perbualan nya yang rancak dengan gadis cantik tadi itu.
"Hah, korang order ah, aku belanja!" Hoseok menepuk belakang mereka berempat sambil tergelak besar. Gayanya macam orang yang hyper dan dalam masa yang sama, mabuk walaupun arak belum diteguk mahupun disentuh.
Setelah order apa yang mereka nak, bartender itu pun berlalu untuk siapkan minuman yang dipesan oleh mereka berempat. "Eh Jimin, aku dengar ada perempuan baru tau kat kelab malam ni. Gerenti berliur kau pandang dia." jamin Hoseok lalu mengangkat ibu jarinya.
Jimin tergelak. "Jinjja? Mana dia?"
Hoseok meliarkan anak matanya untuk mencari perempuan yang baru sahaja dimaksudkannya tadi. Jari telunjuknya di angkat dan ditunjuk ke arah seorang perempuan yang berambut coklat yang berada jauh disana bersama seorang lelaki.
Setelah puas menilik perempuan itu walaupun dari jarak yang jauh, Jimin tersenyum puas. "Kau tolong order perempuan tu, boleh kan?"
Hoseok menepuk dadanya, wajah bangga ditayang. "Sure bro, ni kelab malam aku. Everything kawan aku nak, aku akan tunaikan! Hahaha!"
Jimin tersenyum sinis. "Thanks Seok."
"Pesanan korang." bartender itu tersenyum lalu menghidangkan minuman mereka berlima di depan mereka.
Jungkook terlebih dahulu meneguk laju minumannya. "Lek lah Kook. Perlahan-lahan." Hoseok tergelak melihat gaya Jungkook minum. Jungkook tersenyum. "Haus ah."
Hoseok meneguk minumannya sehingga habis lalu diletak gelas kaca ke atas bar. Belakang Jimin ditepuk. "Aku pergi order dulu."
Jimin mengangguk lalu tersenyum. "Ok faster, aku tak sabar ni."
ツ- ( tbc )
YOU ARE READING
Ⓒ perempuan murah ↬ rose bp & jimin bts
Fanfic"Comel je perempuan murah macam kau ni kan?" "Siapa kau cakap murah?" +this ff contains perverted scene so please think before you read this ff. ©levright || 2017