"Awak, saya nak ke klinik." Rose menekan perutnya. Perutnya rasa masih memulas. Entah, mungkin dia makan salah. Dia juga rasa dirinya panas, mungkin demam.
Pantas Jimin mengangguk. Dia mula memapah Rose untuk ke kereta. "Sejak bila ni?" Rose menggeleng dan bahunya diangkat. "Molla... Saya rasa lemah sangat."
Jimin rasa semakin risau, dia pantas memecut kan kereta untuk ke klinik. Mudah mudahan Rose tidak sakit teruk.
Selepas mendapat ubat berkenaan, Jimin pun mula memapah Rose. Rose menggeleng lalu menepis lembut tangan Jimin. Dia tersenyum nipis. "Gwaenchana Jimin, saya boleh jalan."
"Tapi awak sakit tu..." Jimin memandang Rose dengan pandangan simpati. Rose menggeleng. "Jinjja, saya okay."
Jimin mengangguk. Dia hanya akur. "Geurae... Jalan perlahan lahan." Jimin hanya memerhati langkah Rose, takut kalau kalau Rose tiba tiba jatuh pengsan.
"Apa awak buat sampai demam teruk macam ni?" soal Jimin risau. Rose mengangkat bahunya. "Kelmarin petang, saya dan Lisa jalan jalan kat taman. Tu je. Ada juga kami makan aiskrim, kami beli kat van aiskrim yang selalu menjual di taman tu."
Jimin mengangguk. Wajah risaunya memandang Rose. "Macam mana lah awak boleh jadi macam ni..." Rose tersenyum lemah. "Thanks sebab ambil berat tentang saya."
Jimin mendecit. Rambut Rose diusap lembut. "Tugas saya sebagai seorang suami." Rose mengangguk. Kepalanya rasa amat sakit. Berdenyut kuat. Tiba tiba, semua gelap.
⟹skip
Rose membuka matanya perlahan lahan. Kepala tidak lagi sesakit tadi. Okay dah, sikit.
Dia cuba bangun, namun dia terlalu lemah untuk berbuat demikian. Kepalanya masih ada rasa sedikit sakit, badannya juga sakit.
"Jiyoung...?" dia menoleh ke tepi untuk memandang anaknya, ya, anaknya ada di dalam baby court. Tapi dia tak mampu nak bangun, terlalu penat.
"Awak dah bangun?" pintu bilik ditutup. Langkahnya dituju ke arah baby court. Anaknya dikeluarkan dari baby court lalu dibaringkan anaknya di tepi Rose. "Awak mesti rindu dia kan?"
Rose tersenyum. "Gomawo, Jimin-ah..." Jimin tersenyum nipis lalu mengangguk. "Awak kena rehat lebih, teruk sangat condition awak ni. Nanti saya bawakan bubur, lepas makan, makan ubat."
Tanpa membantah, Rose mengangguk. Demi sihat kan? Kalau tak, macam mana nak jalan jalan dengan Jiyoung dan Jimin minggu depan?
Mereka bercadang untuk ke Melbourne. Harap cuaca disana tak sejuk sangat waktu mereka ke sana, kesian Jiyoung nanti.
"Jiyoung, nanti kita ke Melbourne... Suka tak?" Jiyoung yang tadi hanya menggoyang goyangkan kaki dan tangan itu tersenyum membuatkan Rose tersenyum. Gembira melihat wajah comel anaknya yang tersenyum itu.
Itu lah ubat untuk segala galanya.
Jimin dipandang, diberi senyuman manis kepada lelaki itu sebelum memandang anaknya semula. "Jiyoung jangan sakit macam omma tau, nanti tak dapat kita bercuti sekeluarga..." bibir didekatkan ke pipi gebu Jiyoung lalu dicium lemah.
"Awak, awak tidurkan lah Jiyoung..." kata Rose lemah. Dia terlalu lemah, entah kenapa, sakit kepala dan perutnya datang balik. Jimin yang kelihatan risau itu membuatkan dia tersenyum. "Saya okay... Cuma perlukan rehat."
Jimin mengangguk perlahan. Jiyoung diangkat lalu dibawa ke arah baby court dan ditidurkan anaknya itu. Selepas beberapa minit tidurkan anaknya itu, dia mula keluar dari bilik untuk bawakan makanan untuk Rose.
"Macam mana lah isteri aku boleh sakit ni..." dia menggeleng. Tak aman dia sebab isterinya yang tengah sakit itu.
ツ- ( tbc )
YOU ARE READING
Ⓒ perempuan murah ↬ rose bp & jimin bts
Fanfic"Comel je perempuan murah macam kau ni kan?" "Siapa kau cakap murah?" +this ff contains perverted scene so please think before you read this ff. ©levright || 2017