Bisikan Dendam(3)

1K 70 0
                                    

Adif menongkat dagunya. Pandangan dihalakan ke pintu biliknya. Seram pulak bersendirian di dalam biliknya. Salah dia jugak sebab menolak ajakan Wadi untuk keluar jogging. Wadi pun satu, suka betul jogging malam-malam.

Adif.. Kau ada masalah ke? Bagitaulah aku, aku akan selesaikan untuk kau.. Adif..

Adif memejamkan matanya rapat-rapat. Dia tidak mahu mendengar suara itu. Terasa badannya mula berkeringat.

' Jangan kacau aku, aku perlu berehat, aku tak nak diganggu.. '

Adif, aku bukannya menganggu kau, aku cuba membantu kau, kau kawan aku bukan?

' Sejak bila kita kawan? Aku tak pernah mengaku kau sebagai kawan aku, pergilah, aku nak rehat. '

Adif, aku tahu yang budak tu dah lama kacau kau! Jangan risau Adif, kau kawan aku, aku akan hapuskan dia..haha..

' Jangan kau berani buat apa-apa, aku tak mahu apa-apa berlaku, baik kau pergi. Jangan kacau aku lagi. Aku boleh uruskannya sendiri!! '

Haha,, uruskan sendiri? Kau lemah Adif, kau selalu berlembut dengan dia, cukuplah Adif, aku akan berikan kau ketenangan sebenar. Kau tunggu sajalah.. Haha

Matanya segera dibuka, peluh sudah mula membasahi dahinya. Dia memandang ke arah jendela yang terbuka luas.

Tak guna.

Jelas kedengaran sayup-sayup suara hilaian di cuping telinganya. Ditambah lagi dengan angin malam yang sepoi sepoi bercampur dengan bau hanyir itu. Adif meraup wajahnya.

Nampaknya ia sudah keluar.

Bammm!!

Adif melompat ke atas katil apabila pintu itu dibuka dengan kuat. Nasib tak tercabut jantungnya.

" A.. Adif!! "

Kelihatan Wadi yang muncul dengan wajahnya yang pucat.

" Tau- Taufiq, Adif!!Taufiq!! " tersekat-sekat suaranya.

" huh? Bersabar Wadi, cerita betul-betul kat aku, apa yang berlaku? " langkah di atur ke arah Wadi yang tak berganjak dari posisinya.

" Taufiq kena rasuk!! " jerit Wadi.

Bagai ingin gugur jantungnya.

" sabar Wadi- " kata-kata Adif mati apabila dia memegang kedua-dua bahu Wadi untuk menenangkannya. Wadi yang berpakaian hanya sekadar singlet berwarna hitam itu mula membuatkan Adif kecut perut.

Sejuk...

' Tak! Aku mesti bersangka baik Wadi memang suka berjoging malam-malam.. Sebab tu badan dia sejuk, Tak Adif, Tak,, Wadi memang suka joging.. '

" Adif? Aku pergi dulu ye!! nanti kau datang ke sana! " Ujar Wadi sebelum dia berlari keluar semula dari bilik itu.

Adif pantas mengangguk. Langkah diatur ke arah almarinya untuk menukar pakaiannya.

" Eh? Kenapa kau datang semula ni? Kata nak tunggu aku kat sana? " soal Adif apabila melihat Wadi yang selamba saja melangkah masuk.

" huh? Kau mengigau ke apa ni Adif? Aku baru siap joging la.. " Kata Wadi sebelum terus duduk di atas katilnya itu. Tangannya mengipas-gipas wajahnya. Panas.

" tapi tadi kau... " ayatnya terhenti. Bulu romanya mula meremang.

Adif mengigit bibirnya. Pandangan dihalakan pada pintu yang masih terbuka luas itu.

' Tak guna! Aku kena tipu lagi! Berani betul dia permainkan aku! '

Bisikan Dendam [C]Where stories live. Discover now