Bisikan Dendam(9)

724 50 9
                                    

Adif cuba menjarakkan dirinya dengan Intan.

" kenapa dengan adik ni? " soal Intan apabila melihat Adif yang berundur ke belakang.

Adif menggeleng perlahan. Namun, semakin dia berundur, semakin rapat Intan cuba merapatkan dirinya dengan Adif.

" kakak nak cakap dengan Adif boleh? Yerlah, maksud kak Intan, kak Intan ada hal nak tanya Adif. " ujar Intan.

" apa dia kak? Cakap kat sini tak boleh ke? " balas Adif. Perasaannya mula tak enak.

" huh? Kat sini? Ermm.. " Intan mengetap bibirnya. Kalau cakap kat sini, rahsianya akan terbongkar.

" kat sini tak best la dik, akak nak belanja Adif makan, maklumlah, kak Intan tak pernah belanja Adif. " sekali lagi Intan bersuara.

Adif terdiam seketika untuk berfikir.

" baiklah. " balasnya perlahan. Kesian pula mahu mengabaikan kakaknya.

Intan sudah tersenyum lebar.

" jom!! "

*****

" kak Intan nak cakap apa? " soal Adif sambil menghirup jus anggurnya dengan menggunakan straw bersaiz king itu.

Intan memandang Adif. Dia harus cepat mencari idea!

" sebelum tu, boleh tak kalau Adif pergi belikan kak Intan kek tu? Nampak best jugak. " balas Intan. Senyuman diserlahkan untuk memujuk Adif.

Adif tersenyum paksa.

" yelah, kejap eh? " ujar Adif.

Perlahan dia bangun dan menuju ke arah penjual kek itu. Melihat Adif yang sudah berlalu pergi, pantas Intan terus meletakkan serbuk berwarna putih itu ke dalam jus milik Adif. Sempat jus itu dikacau supaya serbuk itu larut.

" Kak Intan buat apa ni? " suara yang tiba-tiba muncul membuatkan Intan terkejut.

" er.. er.. Tak derlah, kak Intan nampak macam air Adif ni sedaplah! Terliur pulak! " Intan menggaru kepalanya yang tak gatal. Nasib sempat cover.

Adif memandang air miliknya.

" kalau macam tu, ambil jelah! " balas Adif.

Intan menjongketkan keningnya. Perlahan dia ketawa kecil.

" tak apalah, kak Intan order yang lain, Adif minumlah. " Adif mengangguk sebelum duduk di atas kerusi yang bertentangan dengan Intan. Kek yang dibelinya itu diserahkan ke Intan.

" nah! "

" o.. Thanks Adif! " ucap Intan.

Adif mengacau ngacau airnya menggunakan straw saiz kingnya. Ada sesuatu yang tak kena.

"Cepatlah minum!! Minum air tu Adif!!" Intan mula menjerit di dalam hatinya.

Jangan minum Adif! Dia cuba nak bunuh kau! Percaya cakap aku! Kau akan mati!

Adif tersentak apabila mendengar suara itu. Terasa tangannya mengigil. Perlahan, dia mendonggak memandang Intan.

" hmm.. Kak? Apa kata kita pergi sekarang? Perut Adif dah start meragam pulak " perutnya dipegang.

" apa?! Minumlah air tu dulu!! " bidas Intan.

Adif terkebil-kebil apabila suara Intan yang tiba-tiba menaik seakan-akan memarahinya. Nampaknya benda tu tak menipunya. Semua mata sudah memandang ke arah mereka.

" ma... maafkan kak Intan, kak Intan badmood la, marilah balik! " Intan bersuara lagi bagi menutup malunya. Adif sekadar mengangguk perlahan.

" tak guna!! Kenapa dia tak minum!? Kenapa?! " Intan menjerit di dalam hatinya.

*****

Laily mengemaskan meja yang baru di duduki pelanggannya itu.

" asal diorang tu? Marah marah je? Peliklah manusia sekarang ni-Ops! "
Tanpa dia sengaja, air di atas meja itu tertumpah ke lantai.

" alamak! Mampus aku! Tak guna betullah! " keluhnya perlahan.

Mop yang tersadai di tepi dinding itu terus diambil.

" asal kucing ni? minum air la pulak? Aku dah lah nak mop lantai ni! Shush! Shush! " kucing itu cuba dihalau. Melihat kucing itu sudah beredar dari situ, dia menyambung mengelap air yang tumpah.

Namun pandangannya kembali tertumpu pada kucing tadi. Keningnya dikerutkan apabila kucing tadi tiba-tiba jatuh dan menggelepar kesakitan. Darah membuak keluar dari mulut kucing itu

" Ya Allah! Apahal pulak dengan kucing ni?! " Mop dicampakkan ke lantai, pantas dia berlari mendapatkan kucing yang kesakitan itu.

Nasib baiklah sudah lewat petang, pelanggan pun kurang. Semua mungkin sudah balik ke bilik masing-masing, kalau tak, memang bankruplah kedai dia.

Jujur, dia ketakutan dengan situasi yang tak pernah dia alami. Langkah diatur laju ke arah kawannya yang berada di kaunter.

Bisikan Dendam [C]Where stories live. Discover now