Bisikan Dendam(17)

674 46 0
                                    

" mama kecewa dengan kamu!! " suara itu memetir di ruangan tamu itu.

Intan menunduk. Giginya dikacip menahan geram.

" apa kamu fikir?!! Bunuh adik kamu?? Darah daging kamu?! Apa semua ni Intan!? " soalan itu diajukan ke arah Intan.

Adif sekadar memandang drama itu di sudut dinding rumah.

Kerana perbuatan Intan, dato Hazam terpaksa menerima rawatan susulan di hospital. Kenyataan rasmi sudah diterima dari pihak hospital, makanan yang dimakan dato Hazam mengandungi racun.

"maafkan Intan ma! " Intan sudah mula menangis. Tangannya tak berhenti menyapu cecair jernih yang keluar dari matanya.

" sudah! Masuk bilik kamu!! Kamu dah semakin melampau!" Arah datin Melisa.

Intan menunduk, perlahan dia menapak pergi dari situ. Namun siapa tahu bahawa di sudut hatinya, dia mula menaruh dendam yang lebih besar!

Adif sekadar memandang Intan yang beredar dari situ. Sempat dia melihat jelingan maut dari Intan. Namun dia abaikan. Siapa sangka Intan betul-betul berani mengambil risiko besar sebegini?

****

Adif terundur ke belakang. Tubuhnya mengigil ketakutan saat melihat Intan.

Kakaknya sudah berubah.

Gadis itu berpakaian serba hitam dengan satu kerundung hitam yang menutupi separuh wajahnya. Di tangannya memegang sebilah parang.

Jelas parang itu berkilat saat terkena pantulan cahaya. Tajam.

" kakak, apa semua ni? " jerit Adif.

" kau diam!! Kau curi kebahagian aku! Kau curi segalanya! " tempik Intan.

Adif mula berundur ke belakang. Kakinya terasa tak kuat untuk menampung tubuhnya.

" Adif... Adif.. " jelas kedengaran suara-suara halus yang menyeru namanya.

" kau diam!! Kau pemusnah! Kau musnahkan segalanya. " Suara Intan perlahan lahan berubah garau.

" hentikannya kak!! Benda tu! Benda tu sedang mengawal kakak!! Tolonglah kak! " Adif mula meraih simpati.

" ah!! Diamlah!! " serentak dengan jeritan itu, Intan menghayunkan parangnya ke arah Adif. Nyaris nyaris ingin terkena.

Namun Adif dengan pantas berjaya mengelak. Nafasnya terasa berat apabila nyawanya hampir-hampir sahaja melayang.

Suasana malam yang sepatutnya menjadi waktu yang paling sunyi dan tenteram kini bertukar. Kedengaran suara mengilai-gilai.

Dengan sisa tenaga yang tersisa, Adif terus melarikan diri.

Bammm!! Bamm!!

Kedengaran bunyi pintu dan jendela tertutup dengan sendiri. Adif terundur ke belakang. Nyawanya dalam taruhan.

" malam ni!! Aku, Intan Amalina! Akan tamatkan riwayat kau! Adif Hazrael!!" Ujar si gadis.

Langkah diatur ke arah Adif yang sudah berada di jalan mati. Intan ketawa galak. Namun tawanya itu cukup untuk menaikkan bulu roma milik Adif.

" Kau akan mati!! "

Zup!!

Parang itu sekali lagi dilibas ke arah Adif.

" arghh! " Adif menjerit kesakitan apabila parang itu mengenai lengannya. Pantas lukanya ditekup dengan tapak tangannya.

Intan seakan akan dirasuk, parang itu dilibas sesuka hati. Namun, dalam sekelip mata, parang itu tiba-tiba melayang jatuh ke belakang.

" tak guna!! " Intan berteriak keras.

Adif, kau memang lemah tanpa aku!

" kau kena tolong aku!! Dia dirasuk! Cepat! Tolong aku! " jerit Adif.

Serentak dengan itu, kelibat lembaga berwarna hitam menerpa ke tubuh Intan. Intan terjatuh ke belakang sebelum dia meraung kesakitan.

" A-Apa yang berlaku?? " terketar-ketar dia bersuara.

Kau tak nampak? Dia lemah! Benda peliharaan dia sendiri yang serang dia!! Sebab Dia lemah! sebab tu kau tak boleh lemah Adif!

" kau.. kau kena tolong dia! Dia kakak aku!! " Adif memandang ke lembaga di sebelahnya.

Tolong? Tak mungkin! Dia cuba bunuh kau!

" tapi dia tetap kakak aku! " jerit Adif. Dia sendiri buntu.

Aku takde sebab nak tolong dia!!

" tolonglah!! Kau kata aku tuan kau! Kau kena ikut cakap aku! " tegas Adif.

Dan Kedengaran bunyi guruh menyambar di langit. Adif terundur ke belakang apabila lembaga di sebelahnya terus menerkam makhluk yang menyerang Intan.

Kedengaran seperti bunyi kucing bergaduh namun lebih keras suaranya. Sesiapa saja yang mendengar pasti meremang. Dan lembaga itu mula mengilai namun diselangi dengan tangisan. Adif menelan air liur.

Apa yang akan berlaku sekarang?

Bisikan Dendam [C]Where stories live. Discover now