Bisikan Dendam(19)

818 46 0
                                    

Imbas kembali**

Ustaz itu mengeluh perlahan.

" kau pasti mahukan sesuatu bukan? Bagitau saja, aku akan bagi! " ujarnya.

" baiklah!! "

" ya! Bagitau! Asalkan kau jangan kacau kaum adam atau hawa lagi.. " tegasnya lagi.

Aku.. Aku bukan begitu! Aku tak kacau orang kalau tuan aku tak suruh!

" jadi, tinggalkan Adif! " marah lelaki berkopiah itu.

Aku akan!!

Ustaz itu mengurut janggutnya perlahan.

" kau agak pelik, apa kau mahukan sebenarnya huh! " ragu-ragu.

Aku tak ingin apa apa, setelah perjanjian itu selesai, aku akan pergi!

" kau jangan mempermainkan aku!! Wahai makhluk terkutuk! " ustaz itu menjerkah lembaga berwajah terbakar di hadapannya.

Baik kau jaga mulut kau! Aku tak akan mempermainkan kau, sudah tertulis dalam perjanjian bahawa aku akan pergi bila aku berjaya selesaikan janji aku!

" boleh ke aku percaya dengan janji-janji syaitan? " soal lelaki itu lagi.

Kedengaran bunyi tawa halus di cuping telinganya.

Aku berpegang pada janji..

" baiklah! Aku pegang janji kau!! Aku harap kau mampu berpegang pada janji! " ujar ustaz itu.

Ya! Jangan kau campur urusan aku lagi! Anggap saja urusan kau dan Adif selesai!

Ustaz itu mengurut janggutnya lagi. Anggukan diberikan. Nampaknya, dia harus mengambil alternatif ini terlebih dahulu.

" baiklah! Tapi kalau kau menipu, aku takkan berdiam diri! "

****

" macam mana kamu sekarang? " soalan itu membuatkan Adif menguntumkan satu senyuman.

" alhamdulillah, saya ok.. " balas Adif perlahan.

" baguslah, kakak kamu macam mana? " soal lelaki itu lagi.

Adif tersenyum paksa.

" dia dah beransur pulih sikit ustaz.." Ujar Adif. Lelaki di hadapannya menganggukan kepalanya.

" syukur, alhamdulillah.. Allah tu maha esa lagi maha pemurah, anggap saja ini ujian daripada dia untuk memguji kesabaran hambanya. " ujar lelaki itu.

Adif mengangguk sebelum tersenyum lagi.

" tapi, macam mana dengan dia?" soalan itu membuatkan Adif mengerutkan keningnya.

" apa maksud ustaz? Dia? " soal Adif pula.

" kamu buat buat tak faham pula, dia? Kawan baik kamu tu? "

Adif menepuk dahinya.

" oh dia ke? Bila masa pulak dia jadi kawan saya ustaz, mashaallah.. " Adif mengeleng-geleng kepalanya.

" iyerlah, ustaz berkias jer tadi, macam mana dengan dia? "

Adif menggaru kepalanya yang tak gatal.

" er.. Dia.. Dia.. "

" kamu dah buang dia ke laut? " tegas bunyinya.

Adif sekadar tersenyum.

" alhamdulillah.. Baguslah kalau macam tu, Adif.. Dia tak boleh hidup dengan manusia.. "

Sekali lagi, Adif hanya tersenyum. Senyuman yang menyimpan seribu makna.

****

Adif masuk masuk ke dalam keretanya. Sempat dia bersiul-siul. Malam ni, dia akan terbang ke Australia semula. Maklumlah, dia pulang hanya untuk menziarahi kakaknya.

Tapi, sebenarnya dia juga mempunyai agenda lain.

Keretanya diparking di perkarangan rumah banglo besar itu. Langkah diatur ke pintu utama milik rumah itu.

" Assalamualaikum! " salam diberikan.

" Waalaikumusalam.. eh? Adif! "
Maya menapak keluar dari rumah itu.

" macam mana Maya? Sihat? " soal Adif.

" sihat, Adif? " Maya turut menyoal soalan sama.

Adif tersenyum kecil. Lama betul dia tak jumpa Maya, sampai bahasa panggilan pun sudah bertukar.

" Alhamdulillah.. Sihat.. " ujar Adif.

" baguslah.. Kalau macam tu, jemputlah naik.. " ajak Maya.

Adif mengangguk.

" eh, kakak Maya ada kat rumah? " soal Adif lagi.

" ada, kat dalam nuh, tengah tidur kut.. " balas Maya.

Adif menapak ke dalam rumah itu. Ruangan itu dipandang lama. Bersih dan kemas. Ditambah lagi dengan hiasan-hiasan yang menenangkan matanya.

Mereka berbual-bual rancak sebelum satu topik dibuka. Agenda sebenar Adif.

" so Maya, macam mana? " soal Adif.

Maya mengangguk sebelum tersenyum.

" ianya ok, Maya boleh handle ni.. "

" Maya sure? " sekali lagi Adif menyoal.

Maya mengangguk.

" Maya boleh jaganya Adif, jangan risau, kak Laily dah bagi greenlight untuk jaga, lagipun kalau jatuh ke tangan orang yang salah, bahaya.. " Maya menyambung panjang.

" thank you Maya.. "

" sama-sama.. " balas Maya.

" oklah kalau macam tu take care ye? Tolong jaga ia, Adif hanya boleh harapkan Maya jer.. Lagipun, Adif tak nak dia jatuh ke tangan yang salah.. " jelas Adif.

Maya mengangguk.

" ok Adif, Maya faham. "

****

Maya membelek botol kaca itu.

" mmm,, jangan risau, kau akan selamat dengan aku.. " ujarnya perlahan.

Maya tersenyum sebelum meletakkan botol itu semula ke dalam almari.

Nampaknya, dia ada tanggungjawab baru yang lebih besar. Senyuman diserlahkan sebelum dia menapak pergi dari situ.

Bisikan Dendam [C]Where stories live. Discover now