Adif menapak masuk ke dalam bilik baharunya. Perlahan pintu ditutp sebelum dia terus melompat ke atas katilnya.
Aku dah bagitau kau banyak kali supaya kau tak datang ke sini, tapi kau tak dengar.
Adif terdiam. Gagal untuk menyangkal kata-kata itu. Jujur dia masih ketakutan akibat makan tengah hari di rumah dato Hazam.
" aku tak pernah tahu yang benda tu ada kat sini!! " marah Adif.
Bulu romanya meremang apabila teringatkan waktu makan tengah hari tadi. Jelas kelihatan seekor lembaga berambut panjang yang asyik mengekori Intan.
Lebih lebih lagi apabila lembaga itu turut menjamu selera bersama Intan. Bayangkanlah, mereka berkongsi pinggan yang sama.
Kau kata kau tak tahu? Berapa kali aku bagitau kau? Ada kau dengar? Takkan?
Adif menunduk mengeluh, akur dengan kata-kata makhluk itu.
" ok! Aku mengaku aku salah, jadi?" Balas Adif.
Krack! Krack!
Bunyi sesuatu merangkak di atas almari itu membuatkan matanya terus merenung sudut hujung almarinya. Kosong.
Kau cari aku kenapa? Tak puas tengok aku ke?
Dup!
Nasib tak luruh jantungnya apabila melihat benda itu sedang elok sahaja bertenggek di atas almarinya. Rambutnya yang panjang menutupi sebahagian mukanya yang kelihatan kemerah merahan seperti terbakar.
" kau diamlah. Kau tahu pasal Intan bukan? Bagitau aku. " soal Adif.
Apa yang aku akan dapat kalau aku bagitau kau?
" kalau kau tak bagitau aku, aku akan buang kau! " ugut Adif.
Hanya seketika sebelum bilik itu mula bergema dengan suara hilaian ketawa. Seakan-akan mengejek si jejaka.
Buang aku? Apa kau boleh buat? Kau takkan berjaya! Aji Sudin je yang boleh buang aku tapi dia dah mati! Mati!
Adif mengetap bibirnya. Geram.
Aku lapar!
" itu bukan masalah aku! " bidas Adif.
Kau tuan aku!
" Tak! Aku takkan bagi darah aku pada kau! " balas Adif lagi.
Kau akan... Hahahah..
Dan bilik itu kembali bergema dengan suara hilaian.
****
" aku yang paling cantik!! Paling cantik dan kaya!! Titik!! Arghh!! "
Intan membaling pisau itu ke cermin dindingnya. Mujurlah tersasar, kalau tak, menyusahkan orang gaji nak mengutip serpihan tu.
" kenapa?! Kenapa?! Kenapa?! Kenapa dia muncul?! Tak guna!! Harta tu milik aku! Aku takkan biarkan sesiapa pun rampas harta papa dari aku!! " teriaknya kuat.
Intan terus bangkit dari katilnya. Pisau yang dibalingnya tadi dikutip semula.
"kok sampeyan keganggu aku!! ( kenapa kau ganggu aku?!) " teriak Intan.
Perlahan, tapak tangannya terus dihiris menggunakan pisau itu tadi. Tawa sinis dilepaskan.
" aku bakal mateni kowe, Adif Hazrael (aku akan bunuh kau, Adif Hazrael! )"
Tawanya sekali lagi bergema.
Tap! Tap!
Dia hanya membiarkan darahnya menitis ke lantai. Bukan untuk suka-suka tapi sekadar menjamu temannya.
Perlahan-lahan, sesuatu berambut panjang mengerbang merangkak keluar dari bawah katilnya. Perlahan-lahan ianya merapati Intan. Darah yang menitis itu dijilat licin.
Ya! Itulah rahsia kecantikan Intan.
YOU ARE READING
Bisikan Dendam [C]
ParanormalAdif Hazrael. Terpaksa berpisah dengan keluarganya sejak kecil demi menjaga maruah keluarga. Penampakan demi penampakan yang menganggunya menghilang kerana kemunculan "ia". Anggapannya bahawa "ia" akan pergi apabila semuanya selesai meleset apabila...