Bisikan Dendam(18)

676 48 0
                                    

Peristiwa hitam itu telah menyebabkan kehidupan Adif berubah 180 darjah. Peristiwa yang sukar dia lupakan. Sesuatu yang baginya agak mustahil untuk berlaku, rupa-rupanya terjadi di depan matanya sendiri.

Datin Melisa sendiri tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak gadis telah kehilangan akal warasnya disebabkan ketamakkannya sendiri dan hasutan si iblis.

Pelbagai cara yang dilakukan untuk membuang benda peliharaan Intan namun semuanya hanya menemui jalan buntu.
Kesihatan Intan semakin merosot dan tubuhnya semakin mengurus walhal selera makannya makin bertambah.

Gadis itu juga mula mencederakan dirinya sendiri tanpa sebab. Kecantikkan dan harta yang dia dambakan kini mula memakan dirinya sendiri.

Akhirnya, Intan terpaksa dihantar ke sebuah pusat rawatan khas. Satu pusat yang menjanjikan satu harapan kepada dato Hazam dan datin Melisa bahawa Intan akan sembuh.

Adif Hazrael?

Ya! Dia sudah berjaya menempatkan dirinya di sebuah bidang pekerjaan yang terkenal. Seorang ahli calculus di negara Australia.

****

Aku sudah banyak membantu kau Adif tapi ada satu rahsia yang patut kau tahu Adif.

" apa maksud kau? " soal Adif perlahan.

Aku tak membunuh orang dengan sewenang-wenangnya Adif. Aku buat hanya kerana perjanjian. Sebuah perjanjian yang telah membuat aku terikat.

" apa maksud kau? " soalan sama disoal lagi.

Perjanjian tu dah tamat Adif.. "

" aku tak faham.. "

" aku telah diberi satu amanah daripada tuan aku untuk mencari siapa yang telah menghantar benda ni pada kau, dan aku perlu hapuskannya.. Sekarang, semuanya sudah selesai.. "

" maksud kau, kau akan tinggalkan aku? " soal Adif lagi.

Kau kena faham, Aji Sudin tak mati kerana aku bunuh!  Dia mati kerana kemalangan. Ianya bukan salah aku Adif.

" jadi, selama ni, aku salah faham tentang kau? " soalan demi soalan.

Kau perlu faham, Adif.. Makhluk seperti aku takkan mampu mencederakan manusia, lebih-lebih lagi membunuh manusia tanpa bantuan manusia yang lain.. Kerana ketamakkan dan busuk hati manusia yang menyebabkan semua ni berlaku..

Adif memandang makhluk di atas almari itu.

Adif, semuanya dah selesai, kau sudah berjaya dapatkan apa yang kau nak, kau dah berjaya capainya.. jadi kau tak perlukan aku..

" tapi, macam mana aku nak hidup tanpa kau? Kau penyelamat aku! Kalau malam tu kau takder kat situ, aku pasti akan mati! "

Kau kena terima, alam kita berbeza Adif, segalanya terletak di tangan kau.. Kenapa kau perlukan aku lagi? Kau dah ada pelindung yang satu, Adif, ingat Dia.. Jangan jadikan aku sebagai penyelamat kau..

" tapi.. "

Carikan satu botol untuk aku, setelah aku masuk,kau campak aku ke laut..

" apa yang kau merepek ni! " tengking Adif. Terasa hangat di kedua-dua matanya.

Cukuplah Adif, ingat, aku sekadar belaan kau saja Adif, jangan pernah kau anggap aku sebagai lawan atau kawan kau kerana kita sama-sama makhluk. Tapi sudah menjaga lumrah bahawa aku tercipta dari api, kau dari tanah, kau lebih hebat dari aku.. Kau tak perlukan aku..

Sekelip mata, kelibat hitam itu meloncat ke arah jendela.

Kita takkan pernah jadi kawan, Adif, kerana itu akan menjadi satu kesalahan besar bagi kau..

Rambutnya panjang mengurai kelihatan kusut masai. Kedengaran sayup-sayup suara tangisan. Namun keadaan kembali sunyi apabila lembaga itu terus ghaib melalui pintu jendela.

Adif meraup wajahnya. Selama 18 tahun dia bersama belaannya itu. Dan sekarang mereka akan berpisah. Pandangan perlahan-lahan dihalakan ke arah jendela.

Betul, dia lebih kuat dan dia ada pelindung yang maha esa untuk melindunginya.

Bisikan Dendam [C]Where stories live. Discover now