Bisikan Dendam(4)

912 58 0
                                    

Adif berjalan membuntuti dato Hazam memasuki banglo mewah yang bertingkat itu.

" Adif, masuklah, papa naik atas kejap, kamu tunggu kat sini ye? " ujar dato Hazam perlahan.

Adif sekadar mengangguk.

Semua ini hanya penipuan sajalah Adif! Dia berlakon tu! Takkan kau percaya cakap orang tua tu!

Adif menggeleng perlahan .Dia tak mahu mendengar atau bercakap dengan benda tu. Dia tak nak. Lebih-lebih lagi apabila benda tu suka-suka hati menjelma di depannya.

Prap! Prap!

Bunyi tapak kaki itu membuatkan Adif tersedar dari lamunannya.

" kenapa ni Adif? Adif ok tak? " soal dato Hazam.

Sekali lagi dia mengangguk.

" Adif!! " jeritan itu membuatkan Adif berpaling ke belakangnya.

Seorang wanita dalam lingkungan 40-an berlari ke arahnya. Tubuh Adif terus dirangkul erat.

" anak mama apa khabar!! Mama rindu kamu! " ujar wanita itu dalam nada teruja.

Pelukan itu hanya dibiarkan sepi tanpa dibalas semula.

' Rindulah sangat, dulu masa papa buang aku, kau tak datang pun cari aku, tanya khabar aku ke... '

Lamunannya terpadam apabila wanita itu meleraikan pelukan. Senyuman yang diserlahkan olehnya membuatkan Adif ikut sama menyerlahkan satu senyuman palsu di wajahnya.

" Adif, jom kita ke meja makan, mama masak banyak sangat lauk! Cepat Adif.. "
Wanita yang menggelarkan dirinya sebagai mama itu terus menarik tangan Adif.

***

Punggungnya dilabuhkan disalah satu kerusi mewah itu.

Kau serius nak layan mereka Adif? Mereka ni dah buang kau? Apa kau buat ni Adif?

Adif menarik nafas sedalam-dalamnya, dia harus membiarkan suara itu daripada menganggunya. Hanya seketika sebelum pandangannya teralih pada seorang gadis yang baru muncul.

Hatinya bagaikan ingin luruh apabila melihat gadis itu. Bulu romanya mula meremang, ditambahkan lagi dengan tubuhnya yang mula berkeringat. Pantas, pandangan ditundukkan.

" Adif ok tak? " suara dato Hazam membuatkannya mendongakkan wajahnya semula.

Air liur diterima sebelum dia mengangguk.

" siapa ni pa? Macam pernah nampak je? " Adif hanya memandang sekilas pemilik suara itu.

" Intan, nikan Adif, adik kamu, kan papa dah bagitau hari tu , kamu ni nyanyuk ke apa? " sindir data Hazam.

Adif memandang gadis yang dipanggil Intan itu. Jelas kelihatan riak wajahnya yang mula berubah.

" oh, Adif ke ni? Wah, dah besar ye Adif sekarang, Adif ingat kakak tak? Kak Intan ni? " ujar gadis yang bergelar Intan itu.

Kenapa kau perlu takut? Aku akan jaga kau..

Adif tersenyum. Paksa.

" oh kak Intan ke ni? Yelah, 8 tahun tu lama kut kak, macam mana nak ingat akak? Dah bertambah makin cantiklah akak sekarang! " Adif mula bermain ayat di sebalik perasaan takutnya.

Intan sudah tersenyum simpul apabila dipuji.

" apa adik ni? Akak biasa-biasa jerlah.. " balasnya sambil menekup mukanya.

' Nak cover cantik la tu. Puih.. '

" ehem..ehem.. " batukkan kecil dari anak tekak dato Hazam membuatkan semua mata memandangnya.

" haha,, papa tahu kamu berdua seronok berjumpa semula tapi, di depan rezeki ni, tak elok tengok saja, makanlah" ujar dato Hazam. Senyuman sudah menghiasi wajahnya. Akhirnya keluarganya lengkap semula.

Datin Melisa juga bersuara. " dahlah, jemput makan, mama masak best ni"

Bisikan Dendam [C]Where stories live. Discover now