-Selatan tanah air
Hari semakin gelap.Sepertinya kegelapan ingin menguasai alam.Terdengar sayup suara hasrul menjerit memanggil nama Fahin agar cepat bersiap untuk melaksanakan tugas harian mereka sebagai pengawal keselamatan di Maktab Perguruan yang terletak diselatan tanah air Malaysia.
"Kau ni mengelabah macam tempat kerja tu lari pulak," kata Fahin kepada hasrul separuh bergurau, mereka memang selalu bergurau sehinggakan benda penting pun mereka susah untuk serius.
Hasrul antara sahabat Fahin yang banyak meluangkan sisa-sisa masa hidup bersama melepak dan bekerja.Mereka sangat dikenali di kampung bukan kerana kebaikan seperti orang lain lakukan,tapi kenakalan mereka yang menyebabkan ada sesetengah jiran tetangga yang kurang selesa.
Selepas Fahin bersiap, Fahin mencapai kunci motor EX5 hitamnya berkasutkan merah tanah disebabkan setiap hari melalui jalan-jalan tanah merah ketempat kerja mereka atau lebih senang digelar MARKAS oleh mereka sendiri.
Setelah melalui liku-liku tanah merah hampir 10 minit barulah mereka sampai dimarkas.Seperti biasa rutin mereka sebelum malam semakin menghampiri dan mengelapkan suasana petang itu,Fahin menulis report dan Hasrul akan mencari kayu api untuk dibakar sebagai bara dan asap agar dapat mengurangkan serangan si penghisap darah dan bahaya dari haiwan yang mereka sendiri tidak tahu.
Sedang Fahin sibuk menulis laporan dan Hasrul mencari kayu api, tiba-tiba kedengaran sesuatu benda gugur atas bumbung markas.
"Adoi,apa benda pulak lah jatuh ni? Dah la sini tak ada elektrik,kalau apa-apa rosak susah la,"-bisik hati Fahin sendiri separuh mengeluh kerana markas mereka tiada bekalan elektrik disambungkan.
Ditambah pula markas jauh ditengah hutan kebun,lagi lah susah kerana mereka hanya menggunakan pelita sebagai alat ganti lampu Kalimantan.
"Apoi kau tengok apa jatuh atas bumbung ni, kayu patah ke?"-jerit Fahin
Apoi adalah nama samaran bagi Hasrul. Kepada yang tidak mengenali dia mungkin tidak akan tahu nama sebenarnya Hasrul bin Ahat,tetapi panggilan samarannya 'Apoi'.Ringkas namun jauh dari nama sebenar.
"Tak ada apa-apa la,angin kot.Kau tu buat je laporan bagi siap,"-balas apoi sambil berseloroh menyuruh fahin menyiapkan laporan.
Selepas siap laporan,Fahin terus bangkit dan menarik pintu besar masuk agar tertutup rapi supaya tiada siapa dapat memasuki kawasan larangan itu lagi pada waktu itu,dari jauh Fahin lihat apoi sedang bertungkus lumus mengidupkan unggun api. Kemudian,mata Fahin teralih pada pokok rendang yang berada betol-betol dibelakang pos kawalan mereka.
"Banyak jasa kau pokok, dedaun mu yang indah itu memayungi pos kawalan kami,dengan izinNya yang Maha Besar,"-bisik hati Fahin sendirian.
Fahin teringat peristiwa pada pokok itu sewaktu hari pertama dia melapor diri di pondok kawalan ini.Pada masa itu,fahin ditugaskan tanpa mengetahui cerita yang tersimpan dikawasan dan tempat itu.Apabila sudah larut malam barulah rakan setugasnya menceritakan kisah disebalik pos kawalan tersebut.
Pondok yang tampak usang ini sebenarnya menyimpan 1001 kisah.Antara yang diceritakan kepada Fahin ialah seorang petugas seperti mereka meninggal dunia di dalam pos kawalan fahin bertugas sekarang.Selepas itu, seorang pekerja india juga mati bersebelahan dengan pos kawalan mereka serta banyak lagi. Namun demikian, cerita itu tidak menakutkan hati Fahin kerana Fahin merupakan antara seorang dalam beribu manusia yang tidak mempercayai benda-benda yang tidak nampak di mata.Namun demikian, pada malam pertama dia bertugas itu jugalah sahabatnya Apoi menceritakan kisah-kisah mistik seakan misteri nusantara.
Waktu apoi sedang bercerita padanya,Fahin terpandang seolah kelibat orang di balik pokok itu.Disebabkan keadaan yang terlalu gelap, Fahin tidak dapat melihat dengan jelas,dan menganggap itu adalah haiwan semata-mata.Fahin lebih suka berdiam dan tidak mempersoalkan apa yang dilihatnya kepada Apoi.
YOU ARE READING
Rasian
FantasyMengisahkan Tentang kehidupan yang dilalui oleh seorang lelaki bernama fahin, yang telah terjerumus didalam kehidupan Dunia Kedua. adakah Fahin mampu melaluinya atau dia bakal mengakhiri hidupnya.?