"Assalamualaikum.. selamat datang wahai anak muda" tiba-tiba terdengar suara dari belakang memberi salam kepada fahin.
"waalaikumusalam" jawab fahin sambil menoleh kebelakang. Pak Cik...! kan pak cik yang ada didalam mimpi saya..?
"ye nak..jangan khuatir, tenang. kami mengalukan kedatangan mu" kata lelaki tua itu sambil tersenyum.
Fahin semakin keliru, apabila melihat apa yang dimimpinya sebelum ini, muncul dihdapan matanya. Semuanya kini benar-benar wujud. siapa mereka semua ni..? apa sebenarnya yang mereka ingin kan. fahin mula rasa dirinya bagai terancam. "arghhh mungkin mereka ingin menculik aku..! tetapi wajah gadis dan lelaki tua itu nampak baik!".
fahin dijemput masuk kedalam rumah yang sangat besar dan indah, warna rumah yang seakan coklat putih itu, memperlihatkan keunikkan nya, pintu rumah yang besar dibuka khas untuk fahin. kaki kanan melangkah terlebih dahulu, dibelakang fahin lelaki tua masih mengekori nya, manakala dihadapan fahin gadis itu mendahului. didalam rumah sudah bersedia begitu ramai orang, ada yang berbadan besar sasa , berpakaian seakan pahlawan sambil memegang tombak. manakala beberapa gadis memakai kebaya berwarna putih sambil dibahu mereka tergantung busur dan anak panah sedia di keliling rumah. Cantik, unik dan indah didalam rumah itu.
"Silakan duduk" kata gadis itu kepada fahin, sambil menunjukkan sebuah bantal yang dialas dilantai. fahin hanya mengekori tanpa banyak bicara. Lelaki tua itu turut duduk dihadapan fahin, Gadis itu berlalu meninggal kan fahin bersama lelaki tua.
"Wahai anak muda." satu suara garau menyapanya dari sebalik pintu atau mungkin bilik. suara itu seakan dimiliki oleh lelaki yang sangat tegas dan berbadan besar. Fahin ternanti-nanti kemunculan lelaki itu disebalik pintu.
"adakah kamu yang bernama fahin, pemuda dari dunia nyata.?" tanya suara itu,dan tidak lama kemudian, keluarlah seorang lelaki berbadan sasa dan tegap berserta diiringi beberapa lagi lelaki berbadan tegap dan bersenjata tombak dan pedang.
Kehadiran lelaki itu disambut dengan hormat oleh semua penghuni yang ada, termasuk lelaki tua di hadapan fahin. Semuanya bangun lalu tunduk sedikit tanda hormat. fahin hanya megikut rentak mereka. Kemudian lelaki bertubuh sasa itu duduk berhampiran fahin, semua hanya melihat diam seribu bahasa.
"Beta kenalkan diri...nama beta PADUKA INDERA BUMI, raja kepada negeri Merani ini. tempat ini adalah jajahan beta dan kami mejoriti beragama islam. gadis yang membawa kamu kesini itu adalah puteri kesayangan beta." terang Paduka Indera Bumi kepada fahin.
Fahin hanya menganggukkan kepala tanda faham.Jantungnya mula berdegup kencang, dihadapannya seorang raja, manakala gadis yang selalu ditemuinya itu adalah anak perempuannya. Apakah aku bakal di hukum?! fahin mula bermain soalan didalam otaknya.
Kemudian kelihatan seorang gadis berpakaian biasa keluar dari satu pintu sambil membawa sedulang air dan juadah kuih muih. semua itu dihidangkan dihadapan fahin,
"Silakan menjamu wahai anak muda." Raja Indera Bumi, memperlawa fahin menjamah hidangan yang disediakan oleh mereka. Fahin menjamah perlahan-lahan,sambil diperhatikan oleh mereka semua.
Selepas beberapa minit, kelihatan gadis anak kepada Raja Indera Bumi keluar dari satu bilik. Cantik!!! sangat Cantik!! ini kah yang dinamakan Cinta pandang pertama.? Fahin terpegun dengan apa yang dilihatnya kini. Gadis itu berjalan dengan penuh berhati-hati dan perlahan. Pakaiannya nampak sangat cantik. Dengan Reka bentuk baju kebaya yang di tambahkan kain kembang. berserta selendang warna kuning keputihan. Baju pula hitam bercorak bunga kuning keemasan sama dengan Kain.
Gadis itu duduk bersebelahan dengan Fahin, membuatkan jantung fahin berdegup kencang. Takut, suka , malu dan sebagainya bercampur baur. Kecantikan gadis gunung itu tidak mampu ditatap lama oleh fahin, dia hanya mampu mencuri pandang melalui anak mata.
YOU ARE READING
Rasian
FantasyMengisahkan Tentang kehidupan yang dilalui oleh seorang lelaki bernama fahin, yang telah terjerumus didalam kehidupan Dunia Kedua. adakah Fahin mampu melaluinya atau dia bakal mengakhiri hidupnya.?