Tidak mampu ku lelapkan mataa~~
Bagai hidup ku sudah dipukau maya..~~
Mata mu bagaikan penawarr..~~
"Sungguh gembira hati anaknda beta ini,apakah yang membuatkan anaknda gembira sebegini?"-tegur Paduka Indera Bumi,sengaja menerjah puteri nya yang sedang leka menyanyi kecil.
"Ayahnda,maafkan anaknda tidak menyedari kehadiran ayahnda.Tiada apa hanya mengembirakan hati sendiri"-balas siputeri cuba berdalih.
"benarkah?,sedangkan angin dapat ku tahu taufan atau ribut,inikan lagi hati anaknda beta.."
"maafkan anaknda...."-balas puteri rasa bersalah kerana cuba berdalih,namun masih terpampang raut wajah gembira.Paduka Indera Bumi menyedari akan hal itu dan sengaja tidak dipersoalkan lagi.
Sambil memetik daun-daun di dalam perjalanan,siputeri turut mengalunkan bait-bait puisinya seakan lagu.Bila kegembiraan menerpa dihatinya begitulah sifat puteri,dia lebih gemar berjalan menuju kehujung sempadan jajahan ayahndanya yang terletak di puncak gunung dan mampu melihat permukaan bawah yang dipenuhi warna hijau dedaun dan terbentang luas awan dihadapan mata.
Sedang puteri melihat ruang yang terbentang luas serta di belai angin lalu,dia tidak menyedari sepasang mata sedang memerhatikannya disebalik rimbunan dedaun disemak hutan belukar di belah kirinya.
"Zasssssss" satu anak panah terbang pantas melepasi siputeri,dengan pantas puteri menarik busur nya dan bersedia menunggu serangan hendap yang tidak diketahui asal usulnya.Siputeri bukan lah seorang gadis yang lemah,kerana bangsa dan rakyat mereka sentiasa diajar mempertahankan diri,malah wanita kaum mereka akan di didik mengunakan busur panah sebagai senjata dan kemahiran dalam mempertahankan diri dari segala ancaman musuh.
"Hey sipengecut..!! keluar mu jika berani,jangan pandai bermain bunyi dibalik awan..!!"-teriak siputeri seakan marah,kerana diserang hendap dan anak panah itu nyaris melukakan nya.
Sunyi....tiada sahutan mahu pun bunyi larian,lama siputeri berjaga-jaga mengawasi keadaan sekeliling.Serangan hendap sebegitu tidak mengejutkan bagi puteri,kerana mereka pasti ada musuh didalam hidup ini,lagi-lagi siluman dan beberapa pemburu yang diupah oleh golongan siluman.
Sepasang mata tadi masih tidak berganjak,setapak mahupun seinci.Jika dia tersalah langkah nescaya ajalnya mungkin di mata anak panah yang sudah sedia untuk dilepaskan oleh puteri,sipemerhati tahu kehebatan kaum gunung dalam mengunakan busur panah sebagai senjata amat cekap dan pantas,dapat mensasarkan kearah musuh dengan hanya mendengar bunyi.Kerana itu sipemerhati sangat berhati-hati.
"Jika aku tahu siapa yang menyerang tadi,nescaya aku yang akan membunuhnya dahulu..!!"-siperhati berjanji didalam dirinya,kerana perlakuan si penyerang itu mampu melibatkan nyawanya,Walaupun tujuan mereka mungkin sama.
Perlahan-lahan busur panah diturun kan dari posisi saiga,tetapi anak panah masih dibusur menunggu masa untuk dilepaskan,sambil mengundur beberapa tapak kebelakang telinga puteri masih cuba mengesan sebarang bunyi untuk membalas serangan.Masih berkeadaan sunyi lalu puteri memusingkan badannya dan hilang seakan kabus.
"Cisss...!! Tiada apa yang aku dapat..!! siapakah yang menganggu tugas aku.."-si pemerhati merungut sendirian didalam hati nya,sambil matanya cuba melilau mencari penyerang yang terlalu bodoh itu.Namun tiada apa-apa yang kelihatan mahupun bunyi,hanya siulan dedaun berlaga sesama sendri yang kedengaran,itu pun kerana tiupan angin yang lembut.
Puteri sampai di istana ayahndanya dalam keadaan tercungap-cungap,dadanya kencang turun naik dan ditangannya masih digengam erat busur panah.Paduka Indera Bumi membiarkan puterinya mengambil nafas dahulu sebelum menyampaikan apa yang ingin di sampaikan.
YOU ARE READING
Rasian
FantasyMengisahkan Tentang kehidupan yang dilalui oleh seorang lelaki bernama fahin, yang telah terjerumus didalam kehidupan Dunia Kedua. adakah Fahin mampu melaluinya atau dia bakal mengakhiri hidupnya.?