"Allahhu.....Akhbarr"-Fahin menjerit setelah merasakan dirinya seakan dijemput sakaratulmaut.semakin lama semakin bercahaya dan silau lalu tersentak fahin dari mimpi.
"Ya Allah,mimpi apakah ini"-fahin berbisik sendirian,tubuhnya berpeluh bagaikan orang sedang berlari jauh.Dilihatnya apoi sedang lena disofa usang ,Fahin terus melihat jam ditangan menunjukkan pukul 2 pagi,makna nya dia telah tidur lama dan sepatutnya dia baru habis meronda waktu itu.
"Apoi...apoi bangun kita dh lambat ronda ni"-Fahin mengejutkan apoi yang sedang lena dibuai mimpi,
"pukul berapa dah"-balas apoi sambil mata masih terpejam,Cuma mulut sahaja bergerak.
"pukul 2 pagi dah ni"
"Eh biar betul"dengan nada terkejutnya apoi terus bangkit dari baring dan pergi mencapai clocking lalu menghampiri fahin yang sudah sedia diatas motor hanya menunggu masa untuk memulas throttle.
Mereka menjalan kan tugas seperti biasa,tiada gangguan mahupun perasaan takut menghantui mereka.Mungkin kerana kelewatan mereka clockin menyebabkan fikiran mereka memikirkan alasan yang harus diberikan pada ketua mereka,tidak akan diterima alasan mistik dan hantu didalam dunia nyata ini,apatah lagi fahin dan apoi adalah remaja yang tidak mempercayai makhluk-makhluk halus itu.
"Eh apoi kita nak bagi alasan apa ni"-Fahin menanyakan soalan yang dari malam tadi bermain difikirannya,kini sudah jam 7.00am,waktu kerja mereka sudah tamat dan perlu serahkan buku report kepada ketua mereka.
"hurmmmm"-apoi masih tiada jawapan
"kau rasa alasan motor rosak logik tak?"-fahin memberi cadangan
"logik juga"-apoi menyokong sambil sibuk mengemas barang-barang untuk diserahkan.
Itulah rutin harian fahin dan apoi setelah tamat waktu bertugas mereka,dan bersepakat setuju mengunakan alasan kenderaan mereka rosak atau mereka sanggup diambil tindakan tatatertib dan surat tunjuk sebab.Setelah siap dengan semua jawapan yang akan diberikan.Fahin dan apoi pon melapor diri tamat tugas,nasib menyebelahi mereka kerana ketua mereka menerima alasan mereka dengan mudah,malah tidak meminta bukti yang benar motor mereka rosak.
Fahin dan apoi terus pulang kerumah untuk melelapkan mata kerana malam mereka berjaga,itulah waktu tidur mereka.berjaga dimalam hari dan tidur disiang hari itupun hanya sebentar.Apabila sudah pukul 10 pagi selalunya Fahin akan terjaga dari tidur dan melakukan kerja-kerja lain.Adakala dia akan bantu menjaga cyber café kawannya sebagai kaunter,adakala Fahin akan duduk melepak bersama apoi dikedai makan.
Fahin tidak dapat melelapkan matanya seperti biasa,begitu juga apoi,mereka bercadang untuk bersarapan diwarung JUNAIDAH,warung yang selalu mereka akan singgah disetiap pagi apabila bersarapan atau duduk berjumpa.
"apoi..ko rasa semalam tu apa?"-Tanya fahin memula kan bicara sementara menunggu makanannya sampai
"ntah la,aku pun tak berani nak ckap"-balas apoi
"kau rasa hantu atau binatang"
"ishh..kau ni,kalau binatang takan la dia terbang?"
"tapiiii,"
"dah lah kita anggap jela tu perasaan kita"-apoi memotong kata-kata fahin.
Sebenarnya fahin ingin bertanya akan mimpi nya malam tadi,tapi belum sempat dia menyambung apoi telah memotongnya.Jadi fahin mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja mimpinya sebagai mimpi sahaja.Apoi yang ada dihadapannya dilihat kusyuk menjamah nasi lemak telur beserta air kopi O.
YOU ARE READING
Rasian
FantasyMengisahkan Tentang kehidupan yang dilalui oleh seorang lelaki bernama fahin, yang telah terjerumus didalam kehidupan Dunia Kedua. adakah Fahin mampu melaluinya atau dia bakal mengakhiri hidupnya.?