-Pergunungan Asia
Disebalik hutan gunung ganang ini terdapat sebuah negeri yang sangat indah, sepertinya mereka semua hidup dalam keadaan aman dan damai.Nama Negeri itu adalah NEGERI MERANI
Di hujung kampung merani kelihatan sebuah rumah tersegam indah, dari struktur pembinaanya yang diperbuat daripada buluh mampat dan segar menunjukkan penghuninya adalah daripada golongan bangsawan atau raja-raja.Kelihatan seorang wanita sedang termenung jauh melihat ke kaki gunung.
"Wahai anaknda permaisuri hati ku,apakah yang bermain dibenak akal fikiranmu"?-sapaan raja bangsa pergunungan kepada permaisurinya.
"Tiada apa-apa ayahanda,anakanda hanya melihat-lihat akan keindahan alam semesta ini," jawab si permaisuri,cuba menyembunyikan sesuatu.
Paduka Indera Bumi adalah raja bagi Negeri Merani jajahannya.Manakala Athmira adalah puteri tunggalnya.Paduka Indera Bumi mempunyai kawasan jajahan yang agak besar dan terkenal diserata jajahan pergunungan lain.
Puterinya Athmira pula merupakan seorang gadis yang amat cantik.Namun, puteri tunggal itu mempunyai sifat dan naluri yang sangat ganjil,kerana pada suatu ketika dahulu Puteri Athmira pernah melanggar peraturan negeri jajahan bapanya sendiri atas sebab seorang lelaki.
"ALAM TIDAK BISA DISATUKAN SEPERTIMANA KITA,NAMUN CINTA MAMPU MENGATASI SEMUA PINTU DIMENSI"
Kelihatan Paduka Indera Bumi termenung melihat puterinya,amat jelas raut wajah seorang raja itu hampa atas jawapan yang diterima dari puterinya.Sebetulnya dia seorang ayah sangat mengerti akan kecelaruan hati anak puterinya itu.Perlahan-lahan Paduka Indera Bumi melangkah meninggalkan puteri kesayangan nya itu.
Setelah yakin bahawa ayahandanya telah pergi meninggalkannya keseorangan,Puteri Athmira berpaling ke belakang untuk memastikan bahawa ayahandanya sudah tiada.Dengan pantas Puteri Athmira membuka tangannya yang sebelum ini ditekapkan didadanya dan jelas terpampang nama seseorang di telapak tangan kanannya.
"Akan ku semat kau dihati ku,dan akan ku datang kembali untuk cerita kita," bisik hati Puteri Athmira sambil tangan nya diletakkan didada.
Dari jauh kelihatan sesusuk tubuh seseorang sedang mengintai perbuatan Puteri Athmira,tetapi cepat disedari Puteri lalu dengan pantas Puteri menyapa.
"Siapa tu?"-tanya puteri dengan nada agak tinggi
Tiada jawapan yang dibalas namun hanya ditinggalkan bunyian semak samun dilanggar orang sedang berlari.Dengan pantas puteri mencapai busurnya yang sentiasa digantung dibahunya, lalu anak panah dilepaskan ke arah bunyi yang ditinggalkan si pengintip.Anak panah yang tidak mengenali mangsa menerjah dengan ganas,rakus dan pantas mengharap agar dapat melumpuhkan mangsa.
Tiada kedengaran bunyi apa-apa petanda bahawa anak panahnya mengenai mangsa,si puteri dengan pantas menghaibkan dirinya balik ke istana.
"Arghhh,nyaris sahaja aku dibunuhnya!"-keluh si pengintip separuh cemas.
"Selalu saja aku gagal,pasti aku akan dihukum lagi,"-si pengintip meneruskan rungutan sambil berlalu pergi.
Di istana,si puteri duduk termenung memikirkan siapa di sebalik semak samun tadi.Sedang asyik si puteri berfikir,dia kembali terlihat sebaris nama yang tertulis di telapak tangannya yang lembut putih gebu dan halus itu.
Kelihatannya si puteri sangat merindui pemilik nama tersebut.Siapakah pemilik nama itu,yang mampu membuat si puteri merindu?
"Argh, baik aku melihatnya," kata hati si puteri
Tetapi wajah puteri jelas kelihatan risau kalau-kalau perbuatannya diketahui oleh ayhandanya,nescaya ayhandanya akan murka.Namun kerinduan hatinya membuatkan dia bernekad.
YOU ARE READING
Rasian
FantasyMengisahkan Tentang kehidupan yang dilalui oleh seorang lelaki bernama fahin, yang telah terjerumus didalam kehidupan Dunia Kedua. adakah Fahin mampu melaluinya atau dia bakal mengakhiri hidupnya.?