Part 5

181 7 1
                                    

Shankar terlentang menghadap langit,hanya titisan dan deru hujan yang didengari,beberapa orang yang melihat pertelingkahan pada waktu itu pun keluar dari persembunyian setelah melihat Shankar si pembunuh upahan rebah.Tiada siapa yang mahu membantunya,lelaki misteri itu hanya berlalu meninggalkan Shankar terbaring menunggu sakaratulmaut menjemputnya.Beberapa orang yang tadi bersembunyi datang kearah Shankar lalu bersorak kegembiraan melihat rebahnya Shankar.

Berita kekalahan dan kematian Shankar tersebar luas dan pantas,maka golongan-golongan berjiwa hitam menjadi resah dan susah atas kematian seorang pembunuh yang sangat dikagumi mereka,namun tiada siapa tahu gerangan silelaki berjubah yang menewaskan Shankar.

Di Istana Negeri Merani

Paduka indera bumi masih memegang anak panah yang ditemui di tempat kejadian.Dari struktur pembuatan anak panah itu serta pada mata panah mempunyai bekas racun seakan berwarna biru kehitaman iaitu sejenis racun yang dihasilkan melalui campuran tiga jenis bahan iaitu buah gatal,getah panas dan kodok beraku.Jika terkena racun ini nescaya mangsa akan kekejangan dengan badan kebiruan lalu mati.

Paduka Indera Bumi seakan dapat meneka kehadiran panah itu adalah dari seekor makhluk bernama BARIGOWO.Tetapi makhluk itu dikatakan telah pupus hampir 500 tahun lalu,mana mungkin ia muncul lagi.Borigowo sejenis makhluk ghaib yang dikenali dengan sifat iblisnya,tidak mempunyai rupa tetap.Selama yang pernah didengari oleh Paduka Indera tiada siapa lagi yang dapat melihat rupa sebenar barigowo ini.

Walaupun Paduka indera bumi tidak pernah melihat makhluk itu namun kisah dan senjata makhluk itu ada pernah diceritakan dari turun temurun keturunan mereka malah setiap cerita kejahatan dan maha bahaya akan diceritakan secara terperinci,senjata,rupa dan kekuatan termasuklah cerita Shankar yang disangka telah mati Dahulu.Paduka indera kene berhati-hati malah mengeluarkan arahan berjaga-jaga kerana musuh yang baru menyerang itu belum diketahui dari mana asalnya,jika itu adalah benar makhluk Barigowo,bermakna mereka mengalami masalah besar kerana makhluk itu tidak pernah diketahui cara untuk membunuh mereka,tubuh makhluk itu yang seakan gabus hitam dan menyerupai bayang-bayang bersama busur sangatlah sukar untuk menyerang atau mendekati mereka.

"katakan pada semua pengawal..mulai hari ini akan melakukan rondaaan dengan lebih kerap dan berhati-hati,serta tambahkan bilangan peronda.."-titah Paduka Indera kepada ketua pengawal.

"Menerima perintah tuanku."-balas ketua pengawal sambil merafak sembah atas titah Raja mereka.

"Maafkan hamba tuanku,apakah geranganya yang menyerang..? sehingga menampakan kegelisahan tuanku.?"-seorang pahlawan dari Negeri merina itu bertanya,kerana tidak pernah dilihat olehnya akan kerisauan dari paduka indera sebegitu rupa.

"Barigowo..."-Ringkas dibalas.

Suasana menjadi sunyi setelah mendengar nama itu keluar dari mulut paduka indera.Nama yang sangat ditakuti oleh kaum mereka satu ketika dahulu,walaupun masih belum dapat kepastian,mereka harus berjaga-jaga.Berita tentang barigowo tersebar pantas diNegeri Merani.Semua rakyat kini dalam keadaan gelisah dan takut.

"Jemput Tok Ayah Muslihuddin ke istana beta,"-Paduka indera Bumi mengarah orangnya.Tok Ayah Muslihuddin merupakan seorang ulama dan Guru dinegeri Merani itu.Segala hal agama dan sejarah akan Dirujuk kepada Tok ayah,kerana tok ayah mempunyai banyak pengetahuan tentang Hal-hal sejarah dahulu serta Agama berbanding orang lain.

Dari jauh kelihatan Tok Ayah yang agak uzur sedang menunggang kereta lembunya,kerana umurnya yang agak berusia ratus tahun itu,kudratnya tidak kuat untuk berjalan jauh.sampai sahaja di pekarangan istana.Paduka Indera Bumi terus mendapatkan Tok Ayah,Paduka sangat menghormati ulama itu walaupun dia seorang Raja tetapi apabila berhadapan dengan Tok Ayah,paduka indera Bumi akan salam dan menundukkan kepalanya lalu mencium tangan lelaki tua itu.

RasianWhere stories live. Discover now