Part 6

132 6 1
                                    

Fahin lebih banyak berdiam sahaja..Jiwanya sangat terganggu dengan apa yang dialami dan dilaluinya semenjak dua menjak ini.

"Weii...kau kenapa ni..? tak sehat ke..?"- apoi menegur, sengaja separuh menjerkah..kerana melihat Fahin asik termenung.

"ehh..tak ada la..." jawab fahin ringkas.

"haihhh..pelik aku dengan kau ni.."

Fahin hanya mendiam kan diri, tidak mahu dia membalas apa yang dirungutkan oleh apoi. sebenarnya dia sendri pun pelik dengan dirinya sendiri.ahhhh..baik aku balik tidur..!! fahin berkata didalam hati.

"apoi jom la balik..aku ngantuk la.." ajak fahin kepada apoi..

"jom" balas apoi ringkas.

Mereka pulang kerumah masing-masing, selepas selesai mandi dan sedikit sarapan. fahin melelapkan matanya, Baru sahaja mata nya terlelap, dia didatangi mimpi yang sama.. tetapi kali ini dia sedang berjalan keseorangan, tanpa hala tuju.!!

"Wahai anak muda, kemari " tiba-tiba terdengar suara memangil nya,, fahin mencari disekelilingnya,,kosong!! tiada apa yang ada ..!

 "sini anak muda.!" suara itu masih masih memanggil fahin, menyebabkan fahin terpinga-pinga. puas dia memusingkan badannya melihat sekeliling, dan akhirnya terlihat seorang lelaki berjubah, kabur dan samar-samar muncul dari satu sudut yang dipenuhi rimbunan pokok-pokok kecil.

 Fahin bersedia untuk lari. tetapi kemana?!... dia sendiri tidak tahu dia dimana dan mengapa. "siapaa pak cik?"... fahin cuba memberanikan diri untuk berkenalan

  "panggil sahaja tok ayah" balas lelaki tua itu, dengan senyuman manis dan ikhlas.

  "mengapa saya disini.?" fahin cuba mncari jawapan.

  "untuk perkenalan,"

  "Perkenalan..?" berkerut dahi fahin.!

  "Tidak mengapalah anak muda, suatu hari nanti kita akan bertemu kembali...assalamualaikum...." lalu lelaki tua yang mengelar dirinya Tok Ayah itu ghaib bagaikan debu beterbangan. Fahin hanya membatu terpegun melihat keajaiban yang baru sahaja berlaku dihadapannya. lebih kurang 10 minit dia terpaku kaku, barulah fahin berkelip matanya,

  "ehh.. siapa tadi.!" Fahin baru sahaja bagai tersedar dari lamunan. Namun persoalannya sia-sia kerana Tok Ayah sudah tiada dihadapannya.

  *                  *                      *                      *                  *                           *                        *

  Petang itu Fahin awal-awal sudah bersiap, begitu juga apoi. mereka menuju ke tempat kerja dengan tenang, tiada apa yang perlu dikejarkan, masa masih banyak kerana waktu itu jam baru pukul 5.30 petang.

  Mimpi pagi tadi fahin telah abaikan, dia menganggap itu sebagai mainan tidur. Baginya ada benda lebih penting yang perlu dia fikirkan, iaitu Gadis manis yang selalu muncul didalam mimpinya sejak dua menjak ini. Kedengaran bunyi cengkerik dan burung hantu mula bernyanyi, malam itu cuaca sedikit dingin ditambah dengan angin kuat seakan hujan bakal membasahi bumi.

  "Fahin... kau tolong tutup kayu-kayu tepi tu" apoi menjerit sambil sedang cuba menghidupkan api untuk membuat bara.

  "okay.." balas fahin sambil menganggkat zink yang sedia ada disebelah pondok kawalan untuk menutup kayu yang telah disusun disebelah pondok juga. 

  Sementara menunggu waktu meronda, Fahin dan apoi duduk bersembang kosong. tiada apa lagi yang mereka harus lakukan, hanya meronda dan menulis report pada setiap 1 atau 2 jam. Begitulah harian mereka.

RasianWhere stories live. Discover now