"Duduk lah Natasya" kata Datin Alliya.
Natasya tersenyum.
"Panggil je saya Tasya"
Datin Alliya mengangguk.
"Kamu duduk lah dulu dengan Syad. Saya nak buat air dulu" kata Datin Alliya lalu berlalu ke dapur.
Natasya dan Irsyad duduk di atas sofa.
"You duduk berdua je ke dengan mummy you?"
Irsyad mengangguk.
"Daddy dengan adik tak ada dekat sini. Diorang dekat Malaysia. Kami ada rumah dekat sana. Rumah kami dekat Johor. Tapi kami tak selalu balik sana" kata Irsyad.
"Ouhh" Natasya mengangguk.
Datin Alliya muncul dengan menatang sebuah dulang. Dia meletakkan dulang itu di atas meja.
"Ha jemput lah minum, Tasya" pelawa Datin Alliya.
"Terima kasih datin" Natasya tersenyum lalu mengambil satu cawan.
Datin Alliya duduk di sebelah Irsyad.
"Ada apa kamu bawa dia ke sini?" tanya Datin Alliya pada Irsyad.
"Saja. Dia kata nak berkenalan dengan keluarga Syad"
"Ouh. Umur Tasya berapa?" soal Datin Alliya pada Natasya.
"Seumur dengan Syad"
"Ouh. Dah lama ke berkawan?"
"Em boleh lah. Baru tiga bulan"
"Tasya tinggal dengan siapa?"
"Dengan ayah dan kakak. Ibu saya dah meninggal setahun yang lepas" kata Natasya.
"Mummy ni, banyak betul soalan dia" celah Irsyad.
"Eh biarlah. Mummy nak tahu latar belakang dia nih. Tasya ni girlfriend Syad kan? Apa salahnya kalau mummy nak tahu tentang dia"
"Hm, suka hati mummy lah"
Tiba-tiba telefon Irsyad berdering menandakan ada panggilan masuk. Irsyad melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.
"Sorry ya. Syad naik atas dulu. Emergency" Irsyad terus berlalu naik ke tingkat atas untuk menjawab panggilan tersebut.
Natasya senyum sinis.
'Bagus Haziq. Masa yang sesuai'
"Er datin berdua je ke dengan Syad tinggal sini?" tanya Natasya.
"Ya. Suami saya dengan anak lelaki saya yang lagi sorang tu tak tinggal sini. Diorang ada dekat Malaysia. Jarang diorang balik sini"
"Ouh. Buat apa tinggal dekat sana?"
"Nak jaga rumah tu lah supaya tak terbiar"
"Ouh. Baiklah datin. Saya dah habis minum. Mari saya tolong bawakkan dulang ni ke dapur" Natasya meletakkan cawannya ke atas dulang.
"Eh tak apa. Saya boleh bawak sendiri. Kamu duduk je dulu ya. Tunggu Syad turun" kata Datin Alliya lalu mengangkat dulang itu.
"Baiklah" Natasya tersenyum.
Datin Alliya mula melangkah ke dapur. Senyap-senyap Natasya mengikutinya dari belakang. Dia mengeluarkan pisau yang terletak di kocek belakang seluarnya.
YOU ARE READING
7 Jejaka Hots [Book2]
Teen FictionSetiap perhubungan pasti ada dugaan . Begitu juga dengan Sofia dan Irsyad . Pelbagai jenis dugaan yang dihadapi oleh Sofia di Jepun . Bukan saja di Jepun , di Malaysia juga nyawa dia mungkin terancam . Natasya , bekas kekasih Irsyad . Merancang sega...