#49 ; Kenal 👑

2.6K 126 8
                                    

Sofia memandang mak Munah tidak berkelip.

"Hoi, kau dah kenapa pandang mak Munah macam tuh?" tegur Afieq.

"Hairul Amri tu anak mak Munah?" soal Sofia pada mak Munah.

Mak Munah mengangguk.

"Kenal ke?"

"Kenal sangat. Dia tu kawan saya. Boleh la rapat" balas Sofia.

"Ouh yeke? Baguslah kalau Sofia berkawan dengan dia. Dia tuh bukan pun ada kawan perempuan"

"Kenapa?" tanya Sofia.

"Dia tu pemalu nak bergaul dengan perempuan ni"

Tiba-tiba Sofia ketawa.

"Seriously dia pemalu? Saya tengok dia , ok jer berkawan dengan saya. Tak malu pun. Siap kacau saya lagi" kata Sofia sambil tergelak kecil.

"Haa, siapa kacau kau? Meh aku belasah dia. Suka hati dia je kacau awek orang. Memang nak kena tampar dengan aku ni. Bawa aku jumpa dia. Biar aku bagi ceramah dekat dia. Ish, siapa mamat tuh? Kenapa dia kacau kau? Berani betul dia kacau adik aku. Aku tahu lah adik aku ni cun. Dia tak tahu ke yang adik aku ni dah berpunya? Ha, dia tak tahu ke? Dia tak selidik dulu ke? Dia tak tanya kau ke yang kau ni dah berpunya ke belum? Dia..."

"Woi! Dah lah tuh. Membebel pulak mamat ni. Mulut tu bebaik sikit eh. Mak dia dekat sebelah ni" Sofia memotong percakapan Afieq lalu menjeling kecil memandang mak Munah.

Afieq memandang mak Munah.

"Budak kacau kau tu anak mak Munah? Ouh. Kesah apa aku dia anak siapa. Yang penting sekarang ni, kenapa dia kacau kau?" kata Afieq.

"Rul kacau Sofia ke?" celah mak Munah.

"Eh, tak adalah. Saja je saya cakap macam tuh"

"Yeke? Boleh percaya ke ni?" Afieq memandang Sofia dengan pandangan ragu-ragu.

"Ye. Dia tak kacau aku pun. Dia tuh baik budaknya tau"

"Yeke baik?"

Sofia mengangguk.

"Hairul Amri yang mana ek?" Afieq mengetuk-ngetuk dagunya.

"Budak yang balik Malaysia dengan aku tu"

"Bukan kau balik dengan Nazri ke?"

"Memang lah aku balik dengan dia. Kan ada lagi sorang dekat sebelah Naz. Tu lah Hairul" balas Sofia.

"Ouh, tu Hairul? Muka macam penyangak tu kau kata budak baik?"

Sofia memukul bahu Afieq.

"Kau ni! Nak kutuk dia, jangan lah depan mak dia. Bongok!"

"Hehe, sorry mak Munah. Terlepas cakap pulak" Afieq tersengih.

"Tak apa lah. Tapi betul ke Rul ada kacau Sofia?"

"Tak ada lah. Saya gurau je" kata Sofia.

"Ha yelah. Kamu berdua habiskan lah makanan tu cepat. Nanti mak Munah nak basuh"

"Eh, tak apa. Saya boleh tolong basuhkan"

"Tak perlu lah. Ni kan kerja mak Munah. Biar mak Munah je yang buat. Sofia pergi rehat dekat dalam. Tengok tv ke" kata mak Munah.

"Tengok tv? Baiklah, saya dah habis makan. Saya pergi dulu. Bye adik" Afieq pergi ke arah singki lalu membasuh tangannya. Selepas basuh tangan, dia terus melangkah ke ruang tamu.

"Hish. Suka hati dia je bukak tv rumah orang" kata Sofia lalu mengemas pinggannya dan pinggan Afieq.

"Tak apa ke Sofia tolong kemas ni?" kata mak Munah sambil mengutip pinggan-pinggan lauk.

"Tak apa. Saya dah biasa basuh pinggan dengan cawan ni"

"Kalau macam tu, baiklah. Kamu basuhkan lah. Mak Munah nak pergi hantar makanan ni dekat jiran-jiran"

"Ha, mak Munah nak pergi hantar ke? Sofia nak ikut" kata Sofia.

"Nak ikut? Habiskan basuh tu dulu"

"Baik!" dengan segera Sofia membasuh pinggan dan cawan itu. Hampir terhempas pinggan tu dibuatnya.

"Haih, basuh elok-elok. Jangan gopoh sangat. Nanti pecah, mak Munah juga kena ganti. Ingat pinggan tu murah ke? Mahal tau. Pinggan berjenama tuh. Susah nak dapat. Mak Munah bukan pun ada duit sangat nak ganti. Mak Munah ni orang susah tau"

"Iye lah mak Munah. Sorry. Jangan lah membebel" kata Sofia.

"Heh, yelah. Mak Munah ni memang suka bebel. Lagi-lagi bebel dekat si Rul tuh. Dia tu keras kepala. Mak Munah suruh tolong sikit pun, pemalas. Haih, apa nak jadi lah dengan anak bujang tuh"

Sofia ketawa perlahan.

"Dia memang pemalas tuh. Study pun tak"

"Iye? Kalau dia pemalas lagi, Sofia hempuk je dia pakai buku"

Sofia ketawa lagi. Mak Munah juga turut ketawa.

"Haha, ok. Nanti Sofia hempuk dia. Kalau dia marah, Sofia cakap dekat dia yang mak Munah suruh eh" kata Sofia.

"Haha yelah. Dah siap ke belum tuh?" tanya mak Munah.

"Lagi sikit je ni" balas Sofia.

"Ha, cepat sikit"

"Dah siap! Jom lah mak Munah. Kesian jiran-jiran tuh tunggu makanan diorang tak sampai-sampai lagi" kata Sofia sambil ketawa.

"Ha jom" mak Munah menjinjit dua bungkus plastik makanan lalu berjalan ke arah pintu utama.

"Abang, adik nak ikut mak Munah kejap" kata Sofia pada Afieq yang sedang duduk di atas sofa sambil menonton tv bersama Arsyad.

Eh, sejak bila Arsyad ada dekat ruang tamu ni ?

Hm , abaikan .

"Ke mana?" soal Afieq.

"Ke hati ku. Chiaa" Arsyad mencelah.

Sofia tersengih. Afieq memandang Arsyad.

"Buat apa pergi hati kau?"

"Gurau jelah"

"Aku nak ikut mak Munah pergi hantar makanan dekat rumah jiran lah" kata Sofia.

"Ha pergi lah"

"Ok" Sofia terus melangkah ke arah mak Munah yang sedang menunggunya di muka pintu.

"Dah bagi tahu abang?" tanya mak Munah.

"Dah. Jom. Jalan kaki ke?"

"Yelah. Rumah jiran tak jauh pun" balas mak Munah lalu berjalan ke pintu pagar hadapan.

Sofia memerhati sekeliling.

"Tak nampak rumah pun. Keliling pagar. Depan sana jalan raya besar. Mana rumah jirannya?"

Mak Munah memandang Sofia. Dia tersenyum.

*****

Bersambung..

Next bab tunggu buln depan .

Ok bye .

Stay tune yaa 😘

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now