Irsyad membuka pintu biliknya lalu masuk ke dalam. Selepas menutup pintu bilik, dia terus merebahkan badannya ke atas tilam. Matanya dipejamkan.
"Aku mana ada boyfriend lain selain daripada kau"
Kata-kata Sofia tadi bermain-main di fikirannya.
"Seriously aku ni boyfriend dia?" tanya Irsyad seorang diri.
Irsyad termenung memandang siling biliknya.
"Hm, betul ke dia tu girlfriend aku?"
Irsyad meng'on'kan iphonennya. Aplikasi galeri dibuka. Banyak gambar dia bersama Sofia.
"Kenapa muka Sofia banyak dalam galeri aku?"
Dia melihat semua gambarnya bersama Sofia.
"Tak sangka aku ni sweet orangnya"
Irsyad tersengih-sengih tatkala melihat gambar itu.
"Haih, bosan lah pulak. Hm" Irsyad meng'off'kan iphonenya lalu diletakkan ditepinya.
"Nak buat apa ni siaa"
"Pergi lah jalan-jalan"
Irsyad tersentak. Dia melihat sekeliling.
"Tak payah cari aku. Kau takkan nampak"
"Fitri? Kau buat apa dekat sini?" tanya Irsyad.
"Aku datang nak bagi kau cadangan"
"Cadangan untuk apa?"
"Untuk menghilangkan rasa bosan kau tu" jawab Fitri.
"Ha apa cadangan kau?" soal Irsyad.
"Kan aku dah kata tadi, pergilah jalan-jalan"
Irsyad bangun duduk dari pembaringannya.
"Nak jalan ke mana?"
"Jalan je lah mana-mana yang dekat. Kau pergi ajak Sofia sekali" kata Fitri.
"Ajak Sofia? Untuk apa?"
"Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. Sambil-sambil tu, kau boleh berbual-bual dengan dia. Tentu dia happy"
"Kenapa dia nak happy pulak?"
"Sebab dapat berbual dengan kau. Lagi pun, selama ni dia sedih tau sebab kau layan dia dengan kasar. Ni kau dah berubah sikit, ha layan lah dia baik-baik" kata Fitri.
"Hm. Aku pun happy juga dapat berbual dengan dia. Aku tak tahu lah kenapa mula-mula aku nampak muka dia, aku rasa macam menyampah"
"Tu la. Orang dulu-dulu kata, jangan benci-benci sangat. Nanti jatuh cinta"
"Em, tak berbahaya ke kalau kami keluar?" tanya Irsyad.
"Tu kau jangan risau. Inshaallah korang berdua tak apa-apa. Aku ada perhatikan korang nanti" balas Fitri.
"Hm. Nanti lah aku ajak dia. Dah kau boleh berambus"
"Kau halau aku ke?"
"Mungkin"
"Ok bye"
Irsyad berdiri. Dia berlalu ke arah balkoni yang terdapat di luar biliknya. Dia menghirup udara di situ. Irsyad memejamkan matanya.
'Sofia. Aku akan cuba untuk ingat kenangan kita'
Dia membuka matanya. Matanya tertacap pada kelibat Sofia yang sedang duduk di tepi kolam renang sambil kakinya diayun-ayunkan dalam air. Irsyad tersenyum. Dia masuk semula ke dalam biliknya lalu keluar menuju ke kolam renang.
YOU ARE READING
7 Jejaka Hots [Book2]
Roman pour AdolescentsSetiap perhubungan pasti ada dugaan . Begitu juga dengan Sofia dan Irsyad . Pelbagai jenis dugaan yang dihadapi oleh Sofia di Jepun . Bukan saja di Jepun , di Malaysia juga nyawa dia mungkin terancam . Natasya , bekas kekasih Irsyad . Merancang sega...